11 Oct 2013

Review : KUKUBIMA ENER-G!



Hilang satu peket sebab dalam sudah digunakan

Kawan-kawan sekalian hari ini admin akan mengulas pasal satu lagi produk tapi ini bukan produk kecantikan tetapi produk untuk tenaga ekstra ketika bersenam ataupun selepas bersukan. Tapi admin selalunya akan gunakan produk ini sebelum ke gym ataupun selepas habis bergym. Hakikatnya produk ini perlu diminum 2-3 peket sehari tapi macam rugilahkan kalau sudah makan banyak lepas tambah lagi minuman tenaga ni. Lainlah kalau yang betul-betul mau jadi body builder bolehlah, tapi kalau macam admin ni yang setakat mau tambahkan saiz sikit supaya nampak cantik lah kunun baju yang dipakai, kes mangsa fesyen lahni hehe. 

Admin pun selalu juga ambil ni kalau admin mau pergi gym tapi rasa kurang tenaga, sememangnya ianya membantu admin untuk menambah tenaga dan dari segi psikologinya diri akan rasa lebih kuat dan bersemangat semasa di gym sebab sudah meminum produk ini. Kalau dari segi kos mungkin adalah lebih baik beli glukos yang jual satu tin tu sebab kalau dikira-kira yang glukos tin biru tu lagi banyak dan jimat, kalau anda bernasib baik jumpalah yang glukos perisa original dengan harga RM9.90 selalunya yang admin jumpan yang harga dia RM 10.90 ataupun yang RM11.90 tapi lamalah juga pakaikan hehehe. Tapi admin selaunya campur saja dua-dua produk ini, lebih efisien kunun.

Baiklah mengenai produk ini rasanya seperti kopi tapi terasa macam kopi yang dicampur dengan glukos sikit, boleh dibancuh dengan air panas ataupun air sejuk dua-dua boleh, admin selalu guna air suam sebab suka tengok air macam mengelegak sebab kesan daripada sodium bicarbonate dalam produk ini kali. Tapi ada kafein taw produk ni kalau ko ada masalah susah mau tidur janganlah syok sendiri mau pakai nanti inda dapat tidur la jawabnya. Sesetengah gym ada jual ni barang tapi dorang jual by peket, RM1 dorang jual jadi bagus admin beli satu kotak terus, RM2.50 lagi jimatkan hehe. Jadi yang mau masuk gym tu boleh try ni barang manataw bagus untuk anda. 

Nota Ringkas......

Nama Produk : kukubima ener-g
Net : 6 sachet setiap sachet ada 4.5g
Syarikat : sidomuncul indonesia
Harga : RM 2.50
Rate : 4 star from 5 star
Kandungan : panax radix ginseng, royal jelly, honey, taurine, caffeine, vit B3,vit.B6,vit.12, Aspartame,cyclamate,acesulfame,sodium bicarbonate, citric acid,flavour coffe, instant coffe dan caramel.

10 Oct 2013

Lagenda : Mondowoi Si Gergasi Tambunan


Jika anda merupakan anak kelahiran asli Tambunan anda pasti pernah mendengar nama Mondowoi yang mana Mondowoi merupakan manusia bersaiz gergasi yang tinggal di Tambunan. Cerita ini mempunyai pelbagai versi, sehingga admin sendiri kurang pasti versi cerita manakah yang asal dan asli, admin sendiri pun kurang pasti. Tetapi cerita yang admin bakal kongsikan bersama pembaca hari ini ialah versi yang pernah admin dengar daripada orang-orang di sekeliling admin termasuk dadi admin sendiri. Selalunya sebelum kami tidur semasa kami masih kecil pasti dadi akan ceritakan kisah-kisah mitos dulu-dulu. "Tangon dongulu-gulu"(cerita) yang selalu akan berulang ialah cerita tentang mondowoi ini. 

Dari apa yang admin diceritakan dikatakan bahawa Mondowoi merupakan anak seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan "tompululangoi" hantu yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada pokok bambu dan mempunyai bulu kaki yang sangat banyak. Terdapat mitos sekiranya seseorang itu dapat mencabut bulu kaki "tompululangoi" tersebut orang itu akan menjadi kaya-raya.

Pada mulanya Mondowoi merupakan seorang manusia yang baik dan sentiasa menolong orang kampung yang berada di dalam kesusahan. Salah satu kebaikan yang pernah Mondowoi lakukan ialah ketika musim kemarau dikatakan Mondowoi telah berbaring secara melintang di sungai "Pagalan" untuk menakung air untuk menampung keperluan penduduk setempat.

Namun oleh kerana tubuh badannya yang besar dan tinggi daripada manusia biasa Mondowoi memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak, Mondowoi mulai mencuri haiwan ternakan masyarakat setempat untuk dijadikan makanan. Akibat perbuatannya itu penduduk tempatan membuat keputusan untuk membunuh Mondowoi kerana perbuatannya menyebabkan mereka tidak dapat memberikan makanan kepada ahli keluarga mereka. Dikatakan bahagian tubuh badan Mondowoi telah di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian kerana sukar untuk ditanam berikutan saiz dan kepanjangan badan beliau dan menurut mitos salah satu bahagian badan Mondowoi ditanam di Kampung Sandapak dan tanah dimana bahagian itu ditanam ditumbuhi sebatang pokok yang tinggi seperti ketinggian Mondowoi. Apa-apapun ini cumalah mitos dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pengajarannya kita tidak boleh membunuh hanya kerana perasaan marah dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya. Semoga cerita tersebut boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.

9 Oct 2013

Seram : Perbarisan Hantu Perang Dunia Ke ll Di Ranau Sabah





                                     Gambar yang diambil oleh Mayor John Tulloch 


RANAU - Kisah benar ini berlaku di Borneo ataupun dikenali sebagai Sabah pada tahun 1945 ketika perang dunia kedua masih berlangsung, ketika Perang Dunia ll buruh dan tawanan perang dipaksa untuk berbaris dan berjalan kaki daripada Sandakan menuju ke Ranau dengan kawalan ketat dan kejam dibawah senjata tentera Jepun.


"Perarakan Meriah" ini umpama suatu penyeksaan neraka kerana mereka dipaksa berjalan sejauh 160 batu selama sebulan dengan keadaan berkaki ayam, tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan dalam keadaan keletihan ditambah pula dengan cuaca yang panas terik.


Tidak cukup dengan seksaan itu mereka yang rebah dan tidak mampu meneruskan perjalanan akan dibiarkan mati begitu sahaja, ditembak ataupun dipancung. Tragisnya mereka yang masih hidup terpaksa memakan daging daripada mayat rakan mereka sendiri kerana kekurangan makanan.


Kesemua tawanan perang yang terdiri daripada 3600 orang indonesia dan Filipina serta 2400 tawanan perang yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat Australia mati akibat tidak tertahan dengan kedaan mereka. Hanya 6 orang tentera raykat Australia yang dapat melarikan daripada seksaan dahsyat itu. Ketika tragedi itu kian dilupakan oleh masyarakat sekeliling bahkan mungkin ada yang tidak sedar akan peristiwa tersebut, kini tragedi tersebut muncul kembali dalam sekeping gambar yang diambil oleh seorang warga Inggeris Mayor John Tulloch pada tahun 2010.


Gambar tersebut diambil ketika beliau mengambil gambar di kawasan jalan perarakan maut tersebut dengan tidak sengaja. Ianya dirakamkan ketika beliau di dalam kereta dan pada mulanya beliau menyangka bahawa ianya merupakan bayangan daripada tuala yang berada di papan pemuka kereta tetapi setelah diteliti ternyata imej tersebut menyerupai susuk tubuh manusia yang sudah menjadi kurus kering berjalan dalam satu perbarisan yang sangat menyeramkan. Mungkin Begitulah rupanya keadaan askar-askar yang telah diseksa 70 tahun yang lalu.


“Kami sedang melintasi jalan di sepanjangjalan itu , saya mengambil sekitar 200 gambar menggunakan kamera digital,” kata beliau, seperti dalam Daily Mail, Khamis 27 September 2012.


adakah berkemungkinana roh mereka masih tidak tenteram dan sebab itulah mereka masih merayau di sekitar jalan-jalan tersebut...

4 Oct 2013

Review : YOKO STYLE SUPER HOLD WAX

PRODUK RAMBUT

Baiklah salah satu produk lagi yang admin cuba baru-baru ini ialah produk rambut iaitu produk seperti yang berada dalam gambar diatas. Harga dia bolehlah tahan sebab kalau disebut tentang produk wax rambut ini memang mahallah apalagi kalau yang dari mandom tu yang warna putih tu onda perlu cakpalah harga dia yang paling kecil tu pun RM 2.90 dalam 20 g kalau tidak silap. Memang kikis duitlah bah juga kalau beli tiap-tiap minggu kan yalah kadang-kadang tiap-tiap pakai kalau pergi kelas atau kerja. Tapi untuk produk ini admin sebenarya terjumpa di salah sebuah kedai di Tambunan tempat admin sendiri. Wah tidak sangka ada juga produk seperti ini di sana yalah sebab selalunya di semenanjung ada baru di Sabah ada, mungkin ada tapi puas admin round-round inda juga jumpa-jumpa produk rambut ini, sebab harga di kedai yang admin beli tu RM 5.00 bah jadi manatau ada yang lebih murah lagi di semanjung (nama kedai dirahsiakan sebab admin mau beli sebelum habis hehe <<< sebenarnya lupa nama kedai tersebut) , tapi inda pula jumpa sedih jugaklah kalau tidak memang admin belilah banyak-banyak sebagi stok diri sendiri.

Kalau perempuan cakap rambut sebagai mahkota mereka begitu juga untuk para arjuna, manakan inda kadang-kadang orang yang biasa-biasa saja pun nampak hensem dari kebiasaan kalau menggunakan produk yang sesuai. Admin juga salah seorang pria yang menggunakan style rambut spike2 macam model dalam produk diatas, sebab kalau style rambut lain muka admin nampak lebih bulat dan tidak ada rupa geometri hehe, yang taw pasal bentuk muka tu tau-taulah apa yang admin maksudkan dengan geometri. Baiklah tentang produk ini admin agak suka menggunakannya memadangkan ianya mampu menyempurnakan style rambut admin. Rasanya kesannya hampir sama dengan produk wax yang lain yang berwarna putih tu maksud admin daripada rangkaian Mandom. Selepas memakai produk ini pastikan anda membasuh tangan sebab produk ini membuatkan tangan anda sedikit melekit. Tapi kalau pakai wax yang berwarna putih pun sama juga kena basuh tangan. Apa yang admin suka ialah ia tidak meninggalkan kesan-kesan putih pada rambut dan style rambut bertahan agak lama. 

Macam inilah rupa isi kandungan wax tersebut.


Rasanya kamu juga jarang jumpa wax berwarna jernih macam ini kan tapi percayalah memang ada wax seperti ini. Baunya pun menyenangkan mild fragrance katanya di sticker dia. Kepada jejaka-jejaka diluar sana sila membuat pilihan yang baik ketika membeli produk rambut ada juga produk yang membuat muka nampak berminyak seterusnya berjerawat tapi produk ini tidak memberikan kesan sedemikian



Nota Ringkas.......
Produk : Yoko Style Super Hold Wax
Nett : 100 g
Syarikat : Yoko China
Rate : 4 star from 5 
Harga :RM 5 mungkin lebih murah pun ada lagi
Ingredients : Water, Transparent Wax Base Material, Glycerine, propylene Glycol, Hydantoin and perfume.


Review : PIXY FACIAL FOAM BRIGHTENING

Harga di DIY  RM 6.90
Baiklah hari ini admin mahu hendak membincangkan tentang pencuci muka. Kalau cakap pasal pencuci muka pasti ramai lelaki diluar sana yang tidak seberapa mengambil perincian tentang produk pencuci muka ini.Ramai jejaka memandang enteng perkara tersebut dan terbukti sekali apabila ada yang menggunakan sabun mandi untu membersihkan muka. Untunglah kalau ada pria diluar sana yang mempunyai muka sudah sedia "flawless" dan tidak memerlukan produk yang khusus untuk penjagaan kulit wajah. Bagi admin sendiri pernah satu ketika dulu ketika masih di alam persekolahan memang pernah juga menggunakan sabun mandi seperti Lux, sabun Fruitale dan jenis-jenis sabun lain. Tapi apabila berada di tingkatan 2 pencuci muka seperti amat perlu kerana keadaan muka admin yang semakin berjerawat. Tapi pedulikan tentang itu semua itu semua kisah lalu memanglah bermasalah kalau tiap-tiap hari jalan kaki pulang rumah dan pergi ke sekolah kan, tapi syukurlah ada pengalaman seperti itu budak-budak zaman sekarang sudah ramai yang malu untuk berjalan kaki.

Dalam membeli produk pencuci muka admin mementingkan kesan pada kulit wajah admin dan juga kesan terhadapa kewangan admin. Yalah kadang-kadang produk yang bagus agak mahal menyebabkan dompet admin tergugat. Okeylah sebelum ini admin menggunakan produk Ponds yang warna Pink tu, bukan sebab apa tapi yang tu buat muka admin tidak berjerawat dan tidak mengeringkan muka admin, walaupun ada orang cakap itu produk untuk perempuan tapi bagi admin jika ianya sesuai dengan kulit muka kita, tidak salah jika pria turut menggunakannya tambahan pula memang tidak dapat dinafikan produk penjagaan lelaki sangat mahal. Baiklah baru-baru ini admin singgah satu kedai yang diberi nama DIY mungkin kedai ini cuma terdapat di semanjung kalau ada di Sabah tempat admin sendiri kan bagus. Kembali kepada topik tengah berkeliaran disana sini tiba-tiba admin terpandanglah produk pixy ini. Belek-belek macam ok ja, harga pun murah RM 6.90. Kalau pond dengan berat yang sama harganya 9.90 ataupun 10.90, bergantung kepada tempat anda beli produk berkenaan, kalau di GUardian atau Watson harga Pond ialah 10.90 kalau kedai-kedai biasa 9.90 jadi jimat RM 1. Dizaman yang serba serbi menggunakan duit ini setiap ringgit berharga. Untuk pengetahuan semua produk ini merupakan produk kosmetik daripada indonesia dan rasanya Pond juga produk Indonesia. Memandangkan sekarang ini admin banyak mencuba produk yang belum pernah dicuba maka admin pun beli setiub ini. Sampai rumah was-was juga untuk mencubanya, tapi kalau bukan sekarang bila lagikan?

Selalunya admin ambik masa seminggu untuk menentukan produk tersebut okey atau tidak pada admin. Buih yang terhasil agak banyak dan baunya juga menyenangkan berbeza sekali dengan pendapat admin pada awal pertemuan dengan produk ini. Oh patutlah syarikat Mandom yang menghasilkan produk ini patutlah produk ini berkualiti. Selepas seminggu penggunaan sememangnya ianya memuaskan hati admin. Tiada kesan yang tidak diningi seperti kulit kering dan berjerawat. Muka juga tidak bersinar selepas basuhan. Dengan harganya yang sememangnya bagi admin cukup berbaloi-baloi, admin akan beli lagi produk ini dalam 2-3 tiub sebelum balik sabah nanti. Confirm!!! (Admin tidak mendapat apa-apa tajaan untk produk ini ini cuma pendapat ikhlas dari admin, kalau tidak percaya cepat cuba!!!!! :) )

Nota Ringkas......

Nama Produk : Pixy Facial Foam Brightening
Net : 100 g
Syarikat : Mandom Indonesia
Harga : RM 6.90
Rate : 4 star from 5 star


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...