27 Sept 2017

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN FIZIK T4 2017

Naaah saya taw tu ramai guru guru yang mau ni copy soalan kan senang, cantik kalau diprint dan boleh ubah-ubah lagi soalan dan jawapan kalau mau, saya pun ambil/cedok dari buku buku teks dan beberapa buku rujukan juga hihi, saya tengok yang paling latest pun soalan peperiksaan akhir tahun fizik 2011 kalau tidak silap, jadi saya kasi rajin diri mau kasi retype kertas 1 fizik 2017, kertas 2 on going. ini preview seja ni hihih, mau full copy, pm fb saya hendry getruda

Jawab semua soalan.
1. Kejadian berikut adalah bukan fenomena semula jadi kecuali ;

A. Letupan nuklear
B. Pecutan keretapi
C. Tenaga nuklear
D. Pancaran matahari

2. Berikut ialah bidang kajian dalam fizik kecuali ;

A. Daya dan gerakan
B. Cahaya
C. Struktur sel
D. Gelombang

Kuantiti terbitan
Unit
Isi padu
Ketumpatan
Kg/m
Daya
N
Cas elektrik
C
Jadual 1
3. Antara unit unit bagi kuantiti terbitan dalam jadual diatas, manakah kuantiti terbitan yang tidak benar.

A. Isi padu
B. Ketumpatan
C. Daya
D. Cas elektrik







4. Definisi bagi kuantiti asas ialah?

A. Tidak boleh ditakrifkan dalam kuntiti asas yang lain.
B. Unit paling kecil sekali.
C. Unit yang hanya boleh dibahagikan dengan diri sendiri.
D. Kuantiti terbitan adalah sama dengan kauntiti asas.

5. Apakah yang dimaksudkan imbuhan.

A. Menyatakan kuantiti fizik yang sangat besar atau kecil
B. Penambahan nombor dalam kuantiti fizik
C. Imbuhan sesuatu nombor
D. Nilai tambah dalam sesuatu kuntiti fizik

6. Pasangan imbuhan dan simbol imbuhan berikut adalah benar kecuali;

A. Nano - n
B. Senti - c
C. Kilo - k
D. Desi - D

7. Jarak dari rumah Amirul ke pejabat pos ialah 1.5 km. Berapakah jarak ini dalam m ?

A. 1500 m
B. 15000 m
C. 2000 m
D. 1700 m






8. Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk piawai

A. Tatatanda saintifik untuk menyatakan magnitud.
B. Bentuk nombor fizik
C. Sejenis bacaan fizik
D. Hanya boleh dipakai untuk menyatakan nilai fizik

9. Nyatakan maksud kuantiti skalar;

 A. Kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja
 B. Kuantiti yang mempunyai arah sahaja
 C. Kuantiti fizik yang besar
 D. Kuantiti magnitud dan arah

10. Kaedah yang paling baik untuk mengurangkan ralat rawak dalam pengukuran ialah

A. Dengan mengulang ekperimen untuk mendapatkan beberapa bacaan dan kemudian, mencari purata bacaan.
B. Mengukan alat yang peka.
C. Menggunakan lebih.

11. Sebuah kereta sedang bergerak dengan laju 10 m/s. apabila pemandu kereta melihat suatu halangan, dia menekan brek kereta. Kereta itu mengalami nyahpecutan secara seragam dan berhenti selepas melalui jarak 20 m. berapakah masa yang diambil oleh kereta itu untuk berhenti?

A. 4.0 s
B. 5.0 s
C. 6.0 s
D. 8.0 s



12. Antara situasi yang berikut, yang manakah disebabkan oleh inersia?

A. Suatu objek yang bergerak akan berhenti jika tiada daya paduan yang bertindak keatasnya.
B. Suatu objek akan bergerak dengan halaju seragam jika tiada daya paduan yang bertindak ke atasnya.
C. Suatu objek akan bergerak dengan pecutan seragam jika tiada daya paduan yang bertindak ke atasnya.
D. Suatu objek yang pegun akan bergerak dengan halaju seragam jika tiada daya paduan bertindak  ke atasnya.

13. Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan daya yang bertindak ke atas jasad?

A. Laju jasad itu bertambah
B. Arah jasad itu berubah
C. Bentuk jasad itu berubah
D. Jisim jasad itu berkurangan

14. Anatara graf yang berikut, yang manakah menunjukkan halaju seragam
 
A.



 
B.







C.

 
 
 
 
 
D.
 





15. Suatu gelembung udara terapung di atas permukaan suatu cecair dalam suatu tiub kaca yang tertutup seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Tiub kaca itu bergerak ke hadapan dengan halaju seragam. Apakah yang akan berlaku kepada gelembung udara jika tiub kaca diberhentikan secara tiba-tiba?
Rajah 1

A. Gelembung udara itu akan bergerak ke hadapan
B. Gelembung udara itu akan kekal pada kedudukan asalnya
C. Gelembung udara itu akan bergerak ke belakang
D. Gelembung udara itu akan tenggelam ke bawah





16. Sebiji kelapa jatuh bebas daripada pokoknya. Kuantiti yang manakah kekal malar semasa buah kelapa itu jatuh?

A. Momentum
B. Pecutan
C. Tenaga keupayaan
D. Halaju


17. Kuasa bagi suatu alat bertambah apabila

A. Alat itu melakukan kurang kerja dalam sela masa yang pendek
B. Alat itu melakukan kurang kerja dalam sela masa yang panjang
C. Alat itu melakukan ebih kerja dalam sela masa yang pendek
D. Alat itu melakukan lebih kerja dalam sela masa yang panjang


18. suatu spring diregangkan daripada 12 cm kepada 15 cm oeh daya 4 N. Berapakah tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan di dalam spring itu?

A. 0.02 J
B. 0.04 J
C. 0.06 J
D. 0.08 J



19. Seketul bata dibaling oleh seorang pekerja ke uadara. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan perubahan tenaga bata itu semasa gerakannya ke atas ? (Abaikan rintangan udara )


Tenaga
kinetik
Tenaga
keupayaan
Jumlah
tenaga
A
Berkurang
Berkurang
Berkurang
B
Berkurang
Bertambah
Tetap
C
Bertambah
Berkurang
Tetap
D
Bertambah
Berkurang
Bertambah


20. Definisi bagi inersia ialah;

A. Kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan rehatnya
B. Menghalang perubahan tenaga sesuatu objek
C. Tenaga untuk menambahkan keupayaan objek
D. Tiada dalam pilihan jawapan





 
21.







Jadual 2
Rajah diatas menunjukkan keratan rentas sebuah tasik. Titik manakah mempunyai tekanan paling tinggi?

A. P
B. Q
C. R
D. S


22. Sebuah kerusi berjisim 1.5 kg mempunyai empat kaki. Luas keratan rentas bagi setiap kaki itu ialah 16 . seorang lelaki berjisim 76.5 kg duduk di atas kerusi itu. Berapakah tekanan yang dikenakan oleh kerusi itu ke atas lantai?

A. 12.0 N
B. 12.2 N
C. 31.9 N
D. 47.8 N  




















 








Rajah 3

23. Seketul bongkah logam berdimensi 6 cm x 15cm x 20 cm mempunyai jisim 2.4 kg. Berapakah tenakan minimum dan maksimum yang mungkin dikenakan oleh bongkah itu ke atas lantai?



Tekanan minimum / Pa
Tekanan maksimum / Pa
A
600
2000
B
800
2667
C
2000
2667
D
2000
3600




24. Rajah 4 dibawah menunjukkan sebuah manometer dengan dua jenis minyak, A dan B yang seimbang pada dua hujung tiub. Jika ketumputan A ialah 800 kg , berapakah ketumpatan B ?
 








Rajah 4
A. 400 kg
B. 480 kg
C. 667 kg
D. 900 kg








25. Berapakah tekanan pada dasar sebuah kolam renang dengan kedalaman 2.5 m jika tekanan atmosfera di atas kolam itu ialah 1.01 x Pa ? ( ketumpatan air dalam kolam renang = 1000 kg )

A. 2.50  x   Pa
B. 1.01  x   Pa
C. 1.26  x   Pa
D. 1.35  x   Pa





26. Rajah 5 menunjukkan empat buah bekas yang mengandungi cecair yang berlainan. Titik manakah mempunyai tekanan yang paling besar?


Rajah 5
A. P
B. Q
C. R
D. S














27. Berapakah tekanan gas P jika tekanan atmosfera ialah 76 cm Hg?
Rajah 6
A. 71 cm Hg
B. 78 cm Hg
C. 81 cm Hg
D. 83 cm Hg


28. Antara yang berikut, yang manakah tidak mengaplikasikan prinsip Bernouli?

A. Penerbangan sebuah kapal terbang
B. Penunu bunsen
C. Kapal layar
D. Picagari
























29. Rajah 7 menunjukkan kedudukan objek X apabila diletakkan di dalam cecair W dan Y. Antara yang berikut, yang manakah betul jika ,dan  ialah ketumpatan bagi W, X dan Y?

Rajah 7


A.  >  >
B.  >  >
C.  >  >
D.  >  >




























30. Rajah 8 menunjukkan satu aliran udara yang bergerak dengan cepat di dalam sebatang tiub. Jika aras air pada titik P, Q, dan R ialah , dan  masing masing, pilih jawapan yang betul

Rajah 8

A  >   >
B  >   >
C  >  >
D  >  >  



31. Dua objek, P dan Q berada dalam sentuhan terma natara satu sama lain. P lebih panas daripada Q . Penyataan manakah yang salah?

A. P dan Q saling memindahkan tenaga antara satu sama lain.
B. Terdapat pengaliran bersih haba dari P dan Q.
C. Pada kesimbangan terma, suhu  P sama dengan suhu Q.
D. Pada kesimbangan terma, pemindahan tenaga antara P dengan Q terhenti.


32. Sebuah pemanas air 3600 W membekalkan 8.0 kg air seminit. Berapakah kenaikan suhu bagi air yang telah melalui pemanas itu?
( Muatan haba tentu air, c = 4200 J )

A. 1.17
B. 6.43
C. 8.75 ℃
D. 9.33 ℃







33. Apabila yang berikut, faktor yang manakah mempengaruhi muatan haba bagi suatu objek ?

A. Jisim objek itu
B. Bentuk objek itu
C. Kuantiti haba yang diserap oleh objek itu
D. Kuantiti haba yang hilang ke persekitaran


34. Apabila air mendidih pada suhu 100 ℃, haba yang diserap oleh air itu

A. Menambahkan tenaga kinetik molekul molekul air
B. Membuatkan molekul molekul stim bergerak rawak
C. Memutuskan ikatan antara molekul air
D. Hilang ke persekitaran


35. Antara yang berikut, penyataan yang manakah tidak benar tentang suhu sifar mutlak?

A. Merupakan suhu paling rendah yang mungkin
B. Setara dengan -273℃.
C. Diberi nilai 0 K
D. Merupakan suhu nitrogen cecair


36. berapakah haba yang mesti dikeluarkan dari 0.012 kg air pada suhu 25℃ supaya air itu membeku menjadi ais pada suhu 0℃? (Muatan haba tentu air c = 4200 J , haba pendam tentu pelakuran ais, l = 3.34 x 10 J )

A. 1260 J
B. 4008 J
C. 5268 J
D. 8033 J
















37. Hukum gas yang manakah menghubungkaitkan isi padu dan suhu mutlak bagi suatu gas yang berjisim tetap pada tekanan malar?

A. Hukum Boyle
B. Hukum Charles
C. Hukum Tekanan
D. Hukum alam


38. Apakah kuantiti yang kekal malar dalam ketiga-tiga hukum gas?

A. Bilangan molekul gas
B. Ketumpatan gas
C. Isi padu bekas
D. Kuantiti haba yang dibekalkan


39. Apakah proses yang dilalui untuk sesuatu pepejal berubah ke bentuk cecair?

A. Peleburan
B. Pendidihan
C. Pemenjelwapan
D. Kondensasi



40.  




Bagi memenuhi syarat untuk hukum gas seperti penyataan di dalam kotak di atas, tekanan gas haruslah.

A. Malar
B. Dimanipulasikan
C. Bergerak balas
D. Tidak berkaitan














41. Apabila suatu sinar yang selari dengan paksi utama ditujukan kepada suatu cermin cekung, sinar itu akan dipantulkan pada paksi utama pada suatu titik yang disebut sebagai

A. Titik pusat
B. Fokus kawalan
C. Fokus utama
D. Pusat lengkungan



42. Rajah 9 dibawah menunjukkan suatu sinar cahaya merambat daru udara ke air. Pasangan sudut tuju, i dan sudut biasan, r ditunjukkan dalam jadual . Indeks biasan air ialah 1.33.
Rajah 9

Antara pasangan berikut, yang manakah mungkin nilai i dan nilai r ?


i
r
A.
30.0°
30.0°
B.
30.0°
22.1°
C.
20.0°
20.0°
D.
20.0°
22.1°


43. Apakah yang akan berlaku kepada sinar cahaya apabila memasuki suatu medium lain secara berserenjang dengan sempadan?

A. Terbias jauh daripada normal
B. Terbias ke arah normal
C. Tidak berubah arah
D. Dipantulkan di sempadan









44. Suatu sudu direndam sebahagiannya di dalam segelas air kelihatan bengkok sedikit disebabkan oleh

A. Pantulan cahaya
B. Pembiasaan cahaya
C. Pembelauan cahaya
D. Penyebaran cahaya



45. Diberi bahawa indeks biasan bagi kaca ialah 1.5. suatu alur cahaya tuju mengenai sebuah prisma sisi secara menegak. Antara yang berikut, yang manakah bukan lintasan alur cahaya yang merambat melalui prisma?



46. Suatu sumber cahaya dipasang pada tapak sebuah akuarium dengan kedalaman 1.0 m seperti yang ditunjukkan dalam rajah 10

Rajah 10








Berapakah diameter lintasan cahaya yang membulat di permukaan air? Diberi bahawa indeks biasan air ialah 1.33

A. 1.3 m
B. 1.5 m
C. 2.0 m
D. 2.3 m


47. Antara aplikasi yang berikut, yang manakah tidak menggunakan pantulan dalam penuh cahaya ?

A. Periksop berprisma yang digunakan dalam kapal selam.
B. Binokular yang digunakan untuk melihat objek yang jauh.
C. Mikroskop yang digunakan oleh pelajar untuk melihat mikroorganisma.
D. Endoskop yang digunakan oleh doktor.


48. Suatu eksperimen dijalankan untuk mennetukan panjang fokus sebuah kanta cembung. Didapati bahawa apabila jarak diantara objek dengan imej ialah 80 cm, saiz imej adalah sama dengan saiz objek. Berapakah panjang fokus kanta cembung itu ?

A. 10 cm
B. 20 cm
C. 30 cm
D. 40 cm


49. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang pembinaan sebuah teleskop astronomi ringkas?

A. Panjang fokus kanta objek adalah lebih panjang daripada panjang fokus kanta                      mata
B. Kuasa kanta objek adalah lebih kecil darioada kuasa kanta mata.
C. Imej yang dibentukoleh kanta objek adalah nyata manakalaimej yang dibentuk oleh kanta mata adalah maya.
D. Jarak di antara kanta objek dengan kanta mata adalah lebih besar daripada hasil tambah panjang fokus kanta objek dan panjang fokus kanta mata.


50. Berikut adalah ciri ciri imej yang terhasil pada cermin satah kecuali

A. Sama saiz
B. Jarak objek daripada cermin adalah sama dengan jauh imej daripada cermin.
C. Sonsang
D. Sama tinggi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...