Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

18 May 2013

Sesuatu Tentang Dessert


Cupcake termahal di dunia bernilai 10 juta


Pengenalan Dessert

Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan utama.
Boleh diertikan sebagai makanan pencuci mulut. Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

(i) panas;

(ii) sejuk;

(iii) dingin beku.

Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan.

  • Desert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak.
  • Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap dengan hidangan-hidangan lain.
  • Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.

Jenis-jenis Dessert

Desert panas

Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja dessert tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas.
Contoh desert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buahbuahan,coklat, kekacang, krim atau sos.

Desert Dingin Beku
  • Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai.
  • Desert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas terutama selepas makan tengah hari.
  • Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.

Chocolate Souffle
Souffle
  • Sejenis desert panas mempunyai campuran lemak dan tepungnya di masak sebelum memasukkan susu, kuning telur dan diikuti putih telur yang telah dienjut sehingga kembang.
  • Souffle boleh dibakar atau dikukus dan dihidangkan dgn sos yg sesuai.
  • Variasi souffle mengikut bahan perisa dan sos;-
a. Chocolate souffle – sos coklat/ kastard
b. Lemon/ orange souffle – sos oren/ lemon
c. Coffee souffle – sos vanila

Perkara penting semasa menyediakan Souffle1. Semua bahan dan alat memasak mestilah siap sedia sebelum memulakan kerja.
2. Gris bekas souffle dengan lemak cair
3. Adunan campuran lemak, tepung dan susu hendaklah sejuk sebelum memasukkan kuning telur
4. Putih telur hendaklah dienjut sehingga betul-betul kembang sebelum memasukkannya dengan perlahan dalam adunan tersebut.

Creepe
Crepe

  • Pankek biasanya dihidangkan dengan sos atau digulung dengan inti.
  • Ia dibuat dengan bater cair yang mengandungi gandum, telur, air dan susu.
  • Mentega dimasukkan untuk menambahkan rasa dan lemak.
  • Kuali leper atau kuali kalis lekat digunakan untuk memasak crepe.
  • Variasi:
a. Crepe au citron (Pankek with Lemon)
b. Crepe ala confiture (Pancake with Jam)
c. Crepe Normande (Pancake with Apple)
d. Crepe with Orange Sauce

Ice cream Comel
Ice Cream

  • Dibuat dengan menggunakan alat/mesin khas (ice cream maker)
  • Ia boleh juga dibuat dengan menggunakan peti dingin beku (freezer)
  • Bahan utama ialah gula, krim, susu dan kuning telur.
  • Secara komersial aiskrim dibuat dengan mesin khas.
  • Prinsip:
1. Gula yang berlebihan menghalang adunan aiskrim daripada membeku dengan baik dan jika kekurangan gula, tekstur aiskrim menjadi kasar.
2. Pastikan udara diperangkap semasa proses memutar dan mengacau adunan ais krim untuk dapatkan konsistensi yang baik.
3. Peti ais hendaklah dilaraskan suhu ke tahap paling.

Fruits Tart
Fruits tart

  • Tart buah-buahan dibuat dengan pastri rapuh atau pastri manis yang dibubuh inti, dihias dengan buah-buahan dan diglis utk mengilatkannya.
  • Persediaan bahan:
1. Pastri
Pastri rapuh/ pastri manis
2. Inti - kastard atau krim
3. Buah-buahan - buahan dalam tin dan buahan segar yang lembut.
4. Glis - jus buahan/ sirap yang dicampur sedikit tepung jagung dan dimasak hingga berkilat dan pekat. Sedikit jem berwarna merah dimasak dengan sedikit.

3 Mar 2013

Ada Apa Dengan Pisau??


Bila kita sebut tentang pisau, ramai yang takut mendengarnya, apatah lagi, pisau dikaitkan dengan aktiviti jenayah,dimana pisau selalu digunakan untuk menyamun orang. Tapi untuk post kali ini, admin tak mau kaitkan dengan kes jenayah, nanti ada pulak yang fobia dengan pisau ni. Silap haribulan tak berani pegang pisau selamanya. Kesian suami nanti isteri tak masak kerana fobia pisau. Jika dikaji, pisau sudah  wujud dalam kehidupan manusia sejak dahulu kala lagi, malah penduduk terawal bumi iaitu manusia zaman paleolitik di Malaysia yang bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu sudah pandai menggunakan pisau sebagai alat pemotong. Cuma bezanya, pisau pada zaman tersebut diperbuat daripada serpihan batu. 

Walaupun pisau sudah lama wujud dalam kehidupan manusia, namun banyak yang tidak tahu bahawa pisau memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat kuno beratur-ratus tahun yang lalu. Pada zaman kuno, pisau diletakkan dibawah katil ibu yang menunggu masa untuk bersalin kerana dipercayai dengan perbuatan sebegitu, si ibu tidak akan merasai kesakitan semasa melahirkan anaknnya. Malah pisau juga diletakkan di dalam palungan bayi kerana mereka percaya pisau mempunyai semangat yang dapat melindungi si anak daripada kejahatan. Pisau juga disertakan sekali dengan orang mati pada zaman dahulu kerana mereka percaya pisau boleh digunakan oleh roh si mati untuk melindungi dirinya di alam barzah. Manakala menurut kepercayaan lama di Greece, menyimpan pisau dibawah bantal semasa tidur boleh mengelakkan diri daripada bermimpi buruk. Dan pada awal tahun 1646, orang-orang Greece percaya jika pisau diletakkan bersebelahan dengan peranggu meja yang lain maka ianya menandakan perbuatan sihir.

Oklah mukadimahnya terlalu panjang pula, kembali ke tajuk asal, pisau ataupun "knife" dalam bahasa inggeris selalunya digunakan sebagai utensil yang wajip ada di dapur kerana tanpa pisau kita tidak boleh memulakan proses pemotongan dan sudah semestinya ianya menjadikan hari kita tidak indah di dapur kerana  mungkin terpaksa menggunakan serpihan batu seperti orang zaman paleolitik. Baiklah kita buat secara ringkas aja, memandangkan sudah panjang lebar admin mengarut.

Mula-mula harus kita ketahui beberapa jenis pisau yang ada di dapur
Dari atas : 1.serrated slicer 2. bonning knife 3. paring knife 4. dan 5. bird's beak atau tourner knife


okey kemudian kita ada chef knife dimana pisau inilah yang admin selalu guna dalam dapur, kerana ianya memang dikhaskan untuk kerja potong memotong ini. Payah wa cakap lu, ingat potong memotong ni tak punya teknik, silap besar kalau anda semua fikir macam tu , ni admin tunjuk gambar cara pegang pisau yang betul

 Nilah chef knife dengan nama-nama setiap bahagiannya.

Ni dia cara pegang yang betul

Tujuan utama memegang pisau dengan cara yang betul ialah untuk memudahkan proses pemotongan dan untuk keselamatan diri kita dan orang lain. Bukan itu saja masa memotong ubi kentang pun ada tekniknya  meh sini admin tunjukkan.
Ni dia, namanya "claws grip"

Sebagai penutup kata, kita harus sedar akan kepentingan pisau dan jika kita selidiki satu persatu tentang pisau, memang tak menang tangan nak taip. Ini sekadar pengetahuan secara umumnya. Disini admin ingin menegaskan pisau adalah kekuatan seseorang chef tanpa pisau siapalah chef tersebut, tanpa chef maka tidak wujudlah makanan yang sedap-sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...