Showing posts with label REFLEKSI MASAKAN BARAT. Show all posts
Showing posts with label REFLEKSI MASAKAN BARAT. Show all posts

18 May 2013

Sesuatu Tentang Dessert


Cupcake termahal di dunia bernilai 10 juta


Pengenalan Dessert

Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan utama.
Boleh diertikan sebagai makanan pencuci mulut. Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

(i) panas;

(ii) sejuk;

(iii) dingin beku.

Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan.

  • Desert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak.
  • Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap dengan hidangan-hidangan lain.
  • Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.

Jenis-jenis Dessert

Desert panas

Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja dessert tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas.
Contoh desert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buahbuahan,coklat, kekacang, krim atau sos.

Desert Dingin Beku
  • Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai.
  • Desert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas terutama selepas makan tengah hari.
  • Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.

Chocolate Souffle
Souffle
  • Sejenis desert panas mempunyai campuran lemak dan tepungnya di masak sebelum memasukkan susu, kuning telur dan diikuti putih telur yang telah dienjut sehingga kembang.
  • Souffle boleh dibakar atau dikukus dan dihidangkan dgn sos yg sesuai.
  • Variasi souffle mengikut bahan perisa dan sos;-
a. Chocolate souffle – sos coklat/ kastard
b. Lemon/ orange souffle – sos oren/ lemon
c. Coffee souffle – sos vanila

Perkara penting semasa menyediakan Souffle1. Semua bahan dan alat memasak mestilah siap sedia sebelum memulakan kerja.
2. Gris bekas souffle dengan lemak cair
3. Adunan campuran lemak, tepung dan susu hendaklah sejuk sebelum memasukkan kuning telur
4. Putih telur hendaklah dienjut sehingga betul-betul kembang sebelum memasukkannya dengan perlahan dalam adunan tersebut.

Creepe
Crepe

  • Pankek biasanya dihidangkan dengan sos atau digulung dengan inti.
  • Ia dibuat dengan bater cair yang mengandungi gandum, telur, air dan susu.
  • Mentega dimasukkan untuk menambahkan rasa dan lemak.
  • Kuali leper atau kuali kalis lekat digunakan untuk memasak crepe.
  • Variasi:
a. Crepe au citron (Pankek with Lemon)
b. Crepe ala confiture (Pancake with Jam)
c. Crepe Normande (Pancake with Apple)
d. Crepe with Orange Sauce

Ice cream Comel
Ice Cream

  • Dibuat dengan menggunakan alat/mesin khas (ice cream maker)
  • Ia boleh juga dibuat dengan menggunakan peti dingin beku (freezer)
  • Bahan utama ialah gula, krim, susu dan kuning telur.
  • Secara komersial aiskrim dibuat dengan mesin khas.
  • Prinsip:
1. Gula yang berlebihan menghalang adunan aiskrim daripada membeku dengan baik dan jika kekurangan gula, tekstur aiskrim menjadi kasar.
2. Pastikan udara diperangkap semasa proses memutar dan mengacau adunan ais krim untuk dapatkan konsistensi yang baik.
3. Peti ais hendaklah dilaraskan suhu ke tahap paling.

Fruits Tart
Fruits tart

  • Tart buah-buahan dibuat dengan pastri rapuh atau pastri manis yang dibubuh inti, dihias dengan buah-buahan dan diglis utk mengilatkannya.
  • Persediaan bahan:
1. Pastri
Pastri rapuh/ pastri manis
2. Inti - kastard atau krim
3. Buah-buahan - buahan dalam tin dan buahan segar yang lembut.
4. Glis - jus buahan/ sirap yang dicampur sedikit tepung jagung dan dimasak hingga berkilat dan pekat. Sedikit jem berwarna merah dimasak dengan sedikit.

11 Mar 2013

Refleksi Kami (week 3)

Poached egg, sunny side up, omellete

Pancake ala mcdonald's
American Breakfast Kumpulan kami


Chef Illias
Pada 5 March 2013 iaitu pada minggu ketiga kuliah, kelas amali masakan barat telah bermula. Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi yang terdiri daripada beberapa menu iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake. Setiap ahli dalam unit saya akan menyediakan beberapa menu tertentu. Walaupun menu tersebut kelihatan agak mudah namun jika tidak dilakukan mengikut prosedurnya, masakan tidak dapat dihasilkan dengan baik. 
            Pada mulanya, En Saiful menunjukkan cara menyediakan hidangan-hidangan ini dibantu oleh ajk bahan pada minggu tersebut. Kemudian, kami menyediakan alatan yang diperlukan dan bahan-bahan mengikut sukatan yang ditetapkan. Saya ditugaskan untuk menyediakan pancake. Permulaan masakan, saya menolong kawan saya menyediakan scramble egg dan omolet terlebih dahulu kerana pancake boleh disediakan selepas masakan yang lain telah masak. Hal ini demikian kerana masa yang lebih boleh ditumpukan untuk pancake kerana kuantitinya yang banyak. Saya sangat berpuas hati dengan penyediaan pancake tersebut kerana mengikut standard yang dikehendaki dari segi rasa, tekstur, warna dan bentuk. 
           Kesemua menu dapat disediakan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan oleh En Saiful dalam kelas amali tersebut. Proses menghias hidangan pula perlu dilakukan untuk menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dan lazat. Hidangan tersebut dihidangkan mengikut tatasajian yang betul. 
            Komen yang diterima daripada unit lain akan kami perbaiki dalam kelas amali yang seterusnya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Cik Zahidah amat berharga kepada kami untuk digunakan pada masa akan datang. Ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas amali berlangsung akan sentiasa kami praktikkan dari semasa ke semasa. InsyaALLAH.

Chef Hendry
Pada minggu ini kami telah mempelajari cara-cara untuk memasak American breakfast.Untuk American breakfast ,setiap satu hidangan lengkap terdiri daripada telur, daging, kentang, kacang panggang, sosej dan minumannya pula terdiri daripada the ataupun kopi. Jika kita lihat dalam sebuah hidangan sepinggan lengkap sarapan barat ini, sarapan cara barat agak berat berbanding dengan continental breakfast yang mana dalam continental cuma mengandungi, roti dan minumannya pula terdiri daripada jus ataupun kopi perbezaan ini adalah kerana di barat, terutama di America, makan malam mereka adalah awal iaitu sebelum jam 8 pm manakala di eropah, makan malam agak lewat kerana mereka Cuma akan mula makan malam selepas jam 8 pm. 
         Cara penyediaan sarapan pagi ini agak mudah kerana tidak banyak bahan-bahan yang terlibat dalam proses penyediaannya, semuanya mudah dan tidak memakan masa yang lama untukdisediakan. Proses menyediakan makanan ini tidak mempunyai sebarang masalah dan amali pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Untuk komen daripada pelajar yang merasai makanan kami, mereka mengatakan, tekstur roti sudah kering, dan pancake telah dimasak dengan sempurna, dan warnanya ama menarik sekali. Cuma susun atur peranggu meja saja yang bermasalah kerana napkin yang disediakan lebih daripada yang sepatutnya. Untuk penambahbaikan pada masa hadapan, saya harus lebih pandai untuk menggunakan peralatan yang sesuai untuk menggoreng telur.Ini kerana jika kita menggunakan kuali yang tidak baik, maka telur itu akan melekat pada permukaan kuali tersebut. 


Chef Daus
Assalamualaikum, pada minggu lepas adalah hari pertama dimana kelas masakan barat bermula, dan sesi memasak berlangsung. Pada minggu lepas kami diberi pendedahan tentang masakan barat yang jarang-jarang kami ketahui. Kelas masakan barat memberi kelainan kerana sebelum ini kami belum pernah memasak masakan barat dan ini memberi cabaran baru kepada saya serta rakan-rakan yang lain untuk menyediakan menu yang telah di tetapkan oleh tenaga pengajar. 
            Pada minggu lepas kami diberi tugas untuk menyediakan Sarapan pagi, iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake . Sebelum menyediakan sarapan pagi, kami telah diberi tugas untuk menunjukkan asas potongan sayur seperti batonet, julienne, dan lain-lain lagi. 
            Seterusnya selepas menunjukkan asas potongan tersebut, kami terus menjalankan tugas memasak.kami mengagihkan tugas di dalam ahli kumpulan saya bagi mempercepatkan tugas. Saya diberi tugas untuk memasak French toast. French toast ialah roti yang disalur dengan telur, namun ditambah dengan susu segar untuk menambahkan rasa.Walaupun ianya nampak senang untuk dibuat, namun perlu mempunyai kemahiran untuk menyediakan, tambah-tambah kami belum pernah menyediakan sarapan seperti ini. French toast yang saya sediakan sedikit tawar, mungkin semasa menyediakan bahan-bahan saya meletakkan garam sedikit menyebabkan kurang masin. 
            Selepas sesi memasak kami dikomen oleh kumpulan 7, komen-komen yang diberikan oleh belia kami terima dengan hati terbuka agar minggu depan akan lebih berhati-hati dan mambuat dengan lebih baik.

8 Mar 2013

Resepi American Breakfast - Pancake


Pancake 
Bahan kering 
200g tepung 
20g gula 
10ml sebuk penaik 
½ tsp minyak 

Bahan basah 
1 ½ biji telur 
330ml susu 
42g minyak masak 

Cara penyediaan: 
  1. Campurkan semua bahan kering dan diayak. 
  2. Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul bersama sus dan minyak. 
  3. Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati. 
  4. Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat. 
  5. Tuangkan penkek di tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle. 
  6. Masak penkek sehingga keperang-perangan. 
  7. Hidangkan bersama madu, mentega atau jem. 

Resepi American Breakfast - Sausage And Baked Bean


Sausage and Baked Bean 
2 biji sosej 
2 sudu kacang panggang 

Cara penyediaan: 
  1. Rebus sosej dan toskan. 
  2. Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.

Resepi American Breakfast - French Toast


French Toast 
2 biji telur 
2 ½ tbsp susu segar 
1 ½ tbsp mentega 
2 keping roti 
Garam 

Cara penyediaan: 
  1. Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali sebagai ‘trimmed’ 
  2. Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga) 
  3. Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati. 
  4. Panaskan kuali dan cairkan mentega. 
  5. Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali sehingga roti berwarna keperang-perangan. 

Resepi American Breakfast - Scrambled Egg


Scramble egg 
2 biji telur 
2 tbsp susu segar 
1 tbsp mentega 
Garam dan lada putih 

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. 
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega. 
  3. Masukkan adunan ke dalam kuali yang telah panas. 
  4. Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan angkat sebelum telur terlalu masak (kering). 

Resepi American Breakfast- Poached Egg



Poached egg 
2 biji telur 
¼ periuk air 
1 ½ tbsp cuka 
Secubit garam 


Cara penyediaan: 
  1. Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih. 
  2. Masukkan cuka dan garam ke dalam air. 
  3. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah. 
  4. Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.



Resepi American Breakfast - Omelet, Sunny side Up)











Omelet
2 biji telur
1 tbsp mentega 
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼ bawang Holland (dipotong dadu)

Cara penyediaan:
  1. Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati 
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega 
  3. Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut. 
  4. Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan. 



Sunny-side up
2 biji telur
1tbsp minyak masak

Cara penyediaan:
  1. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  3. Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah. 

4 Mar 2013

Refleksi Kami (week 2)



Memang tidak memadai kalau admin tak masukkan sekali refleksi amali, barulah kita tahu apa yang admin pelajari di dapur. Apakata, chef-chef seperjuangan  admin nih...

Chef  Firdaus 

Melalui amali minggu ini, kami dapat mengetahui tentang sesuatu yang asas dalam masakan iaitu potongan. Jika selama ini kami hanya memotong dan tidak mengetahui nama potongan tersebut tetapi sekarang, kami sudah mengetahui nama-nama potongan tersebut. Nama-nama setiap potongan adalah unik. Setiap potongan adalah berbeza dan digunakan pada bahan-bahan yang sesuai untuk potongan tersebut. Dalam amali minggu ini, bahan yang digunakan ialah bawang besar, kentang lobak merah dan bunga kubis. Bahan-bahan ini dipilih adalah berdasarkan kesesuaian untuk potongan yang ingin diajar oleh pensyarah. Beberapa teknik memasal yang asas seperti teknik “sauté”  dan “blanching” juga telah saya pelajari . Melalui teknik ini telah memberi saya sedikit sebanyak idea tentang resipi asas yang ringkas dan menyihatkan .


Chef Hendry 

Pada minggu ini, dimana amali pertama telah berlangsung, kami telah mempelajari potongan asas untuk masakan barat. Dalam mempelajari teknik memotong ini kami telah diberikan demo oleh En. Saiful Azhar. Untuk memotong potongan asas ini cara memegang pisau haruslah betul agar keselamatan diri sendiri terjamin dan mengelakkan sebarang kecederaan. Selalunya potongan asas sayur hanya dilakukan pada sayur-sayuran jenis umbisi seperti lobak dan ubi kentang, dimana sayuran jenis umbisis ini boleh dipotong kepada jenis “strips” , “dice” dan turned “potatoes”. Potongan “strips” mempunyai 3 jenis  iaitu julienne, batonnet dan chiffonade manakala untuk bentuk “dice” potongan terbahagi kepada macedoine, bruinnoise dan paysanne. Bentuk potongan “strips” mempunyai cirri-ciri fizikal seperti segiempat tepat dan berbentuk panjang, manakala “dice” pula berbentuk dadu dimana saiznya adlaah berbentuk segiempat sama sisi.
Dalam kesemua jenis potongan yang diajar pada hari tersebut, potongan yang agak sukar dilakukan ialah tourne. Ini kerana untuk menghasilkan nombor ganjil pada kentang itu amatlah sukar. Mungkin latihan yang berterusan akan memudahkan kerja untuk membuat tourne ini. Selepas mempelajari teknik potongan asas, kami telah diajar teknik  sauté dan teknik mencelur ataupun  “blanching”.  Sauté adlah proses memasak dengan minyak yang sedikit ataupun dipanggil menggoreng  dengan minyak yang sedikit, manakala untuk mencelur ia digunakan untuk mencelur sayur dalam air panas untuk masa yang singkat dan hasil masakan tadi direndamkan ke dalam ais untuk memberhentikan  proses masak pada sayur tersebut . Diakhir    kelas kami diberi peluang untuk mencuba teknik sauté dan mencelur, hasil masakan kami dinilai oleh kumpulan 2 dan mereka dapati tekstur ubi kentang kami agak keras. Ini mungkin berlaku kerana kentang tidak cukup masak, dan untuk bunga kobis, rasa lada hitam agak kuat, kerana terlebih perasa. Secara keseluruhannya pada minggu ini amali berjalan dengan lancar ahli kumpulan bekerjasama dengan baik untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.



Chef Ilias 

Minggu pertama amali subjek penyediaan makanan barat berjalan dengan lancar dan teratur. Pada awalnya kami diberi sedikit penerangan mengenai pembahagian kumpulan dan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi dalam ‘kitchen’. Selepas itu kelas dibawah bimbingan En. Saiful diberi penerangan dan ‘flashback’ mengenai ‘basics cutting’ dalam kulinari oleh beliau. Antara asas yang difokuskan ialah ‘batonnet, julienne, medium dice, brunoise, macedoine dan lain-lain. Setiap potongan-potongan ini berada dalam kategori-kategorinya iaitu ‘strip cuts dan cube cuts’. En. Saiful menunjukkan demonstrasi ‘basics cutting’ ini kepada kami secara lansung dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan seperti lobak merah, ubi kentang, ‘cauliflower’ dan lain-lain.  Selain itu, dalam masa yang sama beliau turut menerangkan mengenai ukuran setiap potongan dan langkah-langkah yang terlibat. Seterusnya, kami diminta untuk mengulangi semula setiap potongan bersama dengan ukurannya secara individu. Kemudian, kami secara berkumpulan diminta membuat sebahagian sampel asas potongan tadi menggunakan sayur-sayuran yang disediakan. En. Saiful turut menunjukkan secara demonstrasi kaedah ‘saute’ dengan berasaskan sayuran hasil dari potongan tadi. Kami turut diminta memasak sayuran tadi dengan kaedah ‘saute’. Secara jelasnya pada hari tersebut, perkara utama yang kami pelajari ialah ‘basics cutting, saute’ dan beberapa perkara asas lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...