Omelet
2 biji telur
1 tbsp mentega
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼ bawang Holland (dipotong dadu)
Cara penyediaan:
- Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati
- Panaskan kuali dan cairkan mentega
- Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.
- Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.
Sunny-side up
2 biji telur
1tbsp minyak masak
Cara penyediaan:
- Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.
No comments:
Post a Comment