Showing posts with label PANDUAN PEMAKANAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN PEMAKANAN. Show all posts

18 May 2013

Sesuatu Tentang Dessert


Cupcake termahal di dunia bernilai 10 juta


Pengenalan Dessert

Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan utama.
Boleh diertikan sebagai makanan pencuci mulut. Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

(i) panas;

(ii) sejuk;

(iii) dingin beku.

Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan.

  • Desert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak.
  • Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap dengan hidangan-hidangan lain.
  • Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.

Jenis-jenis Dessert

Desert panas

Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja dessert tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas.
Contoh desert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buahbuahan,coklat, kekacang, krim atau sos.

Desert Dingin Beku
  • Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai.
  • Desert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas terutama selepas makan tengah hari.
  • Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.

Chocolate Souffle
Souffle
  • Sejenis desert panas mempunyai campuran lemak dan tepungnya di masak sebelum memasukkan susu, kuning telur dan diikuti putih telur yang telah dienjut sehingga kembang.
  • Souffle boleh dibakar atau dikukus dan dihidangkan dgn sos yg sesuai.
  • Variasi souffle mengikut bahan perisa dan sos;-
a. Chocolate souffle – sos coklat/ kastard
b. Lemon/ orange souffle – sos oren/ lemon
c. Coffee souffle – sos vanila

Perkara penting semasa menyediakan Souffle1. Semua bahan dan alat memasak mestilah siap sedia sebelum memulakan kerja.
2. Gris bekas souffle dengan lemak cair
3. Adunan campuran lemak, tepung dan susu hendaklah sejuk sebelum memasukkan kuning telur
4. Putih telur hendaklah dienjut sehingga betul-betul kembang sebelum memasukkannya dengan perlahan dalam adunan tersebut.

Creepe
Crepe

  • Pankek biasanya dihidangkan dengan sos atau digulung dengan inti.
  • Ia dibuat dengan bater cair yang mengandungi gandum, telur, air dan susu.
  • Mentega dimasukkan untuk menambahkan rasa dan lemak.
  • Kuali leper atau kuali kalis lekat digunakan untuk memasak crepe.
  • Variasi:
a. Crepe au citron (Pankek with Lemon)
b. Crepe ala confiture (Pancake with Jam)
c. Crepe Normande (Pancake with Apple)
d. Crepe with Orange Sauce

Ice cream Comel
Ice Cream

  • Dibuat dengan menggunakan alat/mesin khas (ice cream maker)
  • Ia boleh juga dibuat dengan menggunakan peti dingin beku (freezer)
  • Bahan utama ialah gula, krim, susu dan kuning telur.
  • Secara komersial aiskrim dibuat dengan mesin khas.
  • Prinsip:
1. Gula yang berlebihan menghalang adunan aiskrim daripada membeku dengan baik dan jika kekurangan gula, tekstur aiskrim menjadi kasar.
2. Pastikan udara diperangkap semasa proses memutar dan mengacau adunan ais krim untuk dapatkan konsistensi yang baik.
3. Peti ais hendaklah dilaraskan suhu ke tahap paling.

Fruits Tart
Fruits tart

  • Tart buah-buahan dibuat dengan pastri rapuh atau pastri manis yang dibubuh inti, dihias dengan buah-buahan dan diglis utk mengilatkannya.
  • Persediaan bahan:
1. Pastri
Pastri rapuh/ pastri manis
2. Inti - kastard atau krim
3. Buah-buahan - buahan dalam tin dan buahan segar yang lembut.
4. Glis - jus buahan/ sirap yang dicampur sedikit tepung jagung dan dimasak hingga berkilat dan pekat. Sedikit jem berwarna merah dimasak dengan sedikit.

5 May 2013

Panduan Membeli Daging Mengikut Bahagiannya

Guide to buying the best cuts

Lain bahagian, lainlah kelembutan isinya. Sebab itulah proses membeli daging boleh jadi mengelirukan. Mula-mula sekali anda perlu tahu yang daging terdiri daripada daging lembu, kambing dan biri-biri. Dikenali sebagai daging merah, ia mengandungi nutrien penting seperti zat besi, zink dan vitamin B12 yang berfungsi sebagai pembawa oksigen, meningkatkan sistem imun badan dan menghalang berlakunya anemia1.

Seeloknya, barangan segar perlu terus digunakan dan jangan disimpan lama. Elakkan juga membeli daging yang telah bertukar menjadi warna kelabu, berbau kurang enak atau berlendir. Pastikan anda membuang sehabisnya cebisan lemak yang terdapat pada daging bagi mengurangkan pengambilan lemak dalam hidangan.

Tip-tip daging:

  • Rusuk: biasanya terbahagi kepada tiga bahagian: 
  1. Tulang bahu dan belikat: Dipotong dadu untuk masakan brais. 
  2. Rusuk tengah: Sesuai untuk brais tetapi mengandungi lebih lemak berbanding tulang bahu. 
  3. Rusuk depan: Bahagian terbaik untuk dipanggang. 
  • Tulang kering: Boleh dimasak stew atau stik medallion. 
  • Dada: Terdapat di bahagian perut dan sesuai untuk direneh lama di atas dapur. 
  • Leher: Sesuai sekiranya anda memasak hidangan yang memerlukan daging cincang. 
  • Sirloin / Porterhouse/ Filet: Sesuai untuk dimasak stik. Yum! 
  • Daging Batang Pinang: Mengandungi sedikit lemak, sangat lembut dan selalu digunakan untuk memasak stik. 
  • Daging paha sebelah atas: Sesuai untuk dipanggang kerana ia lembut dan mempunyai bentuk yang membolehkannya dihiris nipis. 
  • Skirt: Otot berdekatan rusuk, daging batang pinang dan peha sebelah dalam. Ia tidak berlemak, penuh rasa tetapi agak liat jadi memerlukan masa penyediaan yang lama.

Tentang Daging

Daging lembu adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging lembu ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Misalnya daging rusuk, daging batang pinang dan TBone sangat banyak digunakan di Benua Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan mentah stik sehingga bahagian ini banyak dikomersialkan. Akan tetapi di negara negara Asia lain, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Tambahan pula, bahagian daging lembu lain contohnya lidah hati perut dan daging punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.



1) Loin lembut lembu ialah potongan daging batang pinang lembu. Sebagaimana dengan semua kuadruped (haiwan empat kaki), loin lembut merujuk kepada bahagian lembu dari otot anterior Psoas major sehingga cuaran melintang vertebra lumbar yang berhampiran dengan buah pinggang. Disebabkan otot ini tidak banyak dikerjakan, ia merupakan bahagian lembu yang paling lembut. Potongan loin lembut boleh dipanggang atau dijadikan stik. Potongan bahagian itu daripada lembu kasi dan heifer paling biasa dijumpai di saluran kedai runcit, manakala potongan loin lembut daripada lembu yang lain biasanya didapati di restoran stik yang lebih murah.

Apabila potongan loin lembut tidak dibahagikan, ia dikenali sebagai filet. Satu tanggapan salah yang umum adalah bahawa filet itu juga dikenali sebagai stik Chateaubriand. Sebenarnya, Chateaubriand ialah resipi untuk sesuatu stik loin lembut yang khusus yang berasal dari Perancis.

Apabila dihiris, potongan loin lembut menghasilkan berbagai-bagai jenis stik. Bahagian yang berhampiran dengan hujung loin potongan itu, apabila dihiris setebal satu atau dua inci, dikenali sebagai "filet" atau kekadangnya "filet mignon". "Filet mignon" kekadang juga merupakan nama untuk hidangan yang terdiri daripada filet loin lembut lembu dan bukan kepada potongan itu pada dirinya.

Bahagian-bahagian loin lembut yang lain, apabila dijadikan stik, biasanya dikenali sebagai "stik loin lembut" sahaja dan bukannya "filet". Potongan loin lembut yang tidak dihiris sering dijual sebagai PSMO (pismos), singkatan untuk "peeled, silver skin, and side muscle left on", iaitu "kulit fasia terkopek, otot sisi dikekalkan". PSMO yang dimaterivakumkan di dalam beg plastik boleh disimpan dengan selamat lebih lama daripada banyak potongan daging yang lain. Ia juga jauh lebih murah daripada potongan-potongan yang lebih kecil kerana ia tidak memerlukan banyak pengelolaan penjual daging tetapi sudah tentu, ia memerlukan lebih banyak persediaan daripada tukang masak. Oleh sebab potong loin lembut merupakan bahagian lembu yang paling kurang berurat, kebanyakan hidangan daging lembu yang memerlukan daging yang bermutu tinggi, misalnya stik tartar, dibuat daripada potongan ini.

2) Loin pendek ialah potongan daging lembu yang datangnya daripada bahagian belakang lembu kasi atau heifer. Ia terdiri daripada sebahagian tulang belakang dan merangkumi loin atas serta loin lembut. Potongan ini memberikan jenis stik seperti:

stik porterhouse;
stik kepingan (Kepingan Kansas City, Kepingan New York); dan
stik tulang T: Potongan yang mengandungi tulang dan sebahagian loin lembut. Stik tulang T ialah potongan yang mengandungi kurang daging loin lembut berbanding dengan stik porterhouse. Kamus Webster mentakrifkannya sebagai "sebahagian sukuan belakang lembu betul-betul di belakang tulang rusuk yang biasanya digunakan untuk membuat stik."

3) Stik perut, juga dikenali sebagai plat pendek, ialah potongan daging lembu daripada bahagian perut depan lembu, betul-betul di bawah potongan rusuk. Ia menghasilkan jenis stik seperti stik skirt dan stik penggantung. Stik perut biasanya merupakan daging yang murah, liat, dan berlemak.


4) Tulang rusuk lembu atau Ribs adalah bahagian lembu yang berasal di sekitar tulang iga atau tulang rusuk. Biasanya di buat sup bagi kalangan orang melayu dan boleh juga di buang gulai dalca. Bahagian ini termasuk dari perlapan bahagian utama daging lembu yang biasa dikonsumsi. Seluruh bahagian daging rusuk ini terdiri dari beberapa tulang rusuk, mulai dari rusuk ke6 sampai dengan ke12.Untuk potongan daging rusuk yang akan dikonsumsi terdiri dari 2 sehingga 7 tulang rusuk. Ukuran lempengan lengkap (full slab) tulang rusuk lembu biasanya sekitar 10 inci persegi, dengan tebal berkisar antara 3-5 inci, berisi tiga atau empat ribs, otot interkostalis, tendon, dan lapisan daging tanpa tulang serta lemak yang tebal di hujung plak.

5) Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama InggerisnyaSirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di America adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di America potongan "top sirloin" merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat stik.

Daging batang pinang biasanya di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dinegara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia; iaitu satay.

6) Stik skirt ialah potongan stik daging lembu daripada potongan perut utama. Rupanya panjang dan leper. Ia sangat berasa, tetapi lebih liat daripada kebanyakan potongan stik yang lain. Justera, potongan skirt sering diperapkan. Potongan skirt ia potongan pilihan untuk memasak:

  • fajita (secara harafiah bermakna "tali pinggang kecil" atau "selempang" dalam bahasa Sepanyol),
  • stik lambung (arrachera) Mexico Utara;
  • pastri Cornwall; dan
  • hidangan goreng dan kacau Cina.
Stik skirt biasanya diperapkan dan ditumis-reneh pada suhu rendah atau digril. Ia perlu dihiris melintangi iranya sebelum dihidangkan. Bagi masakan Mexico, stik skirt dilembutkan secara mekanik (ditumbuk) sebelum disediakan.

Di Amerika Syarikat, potongan stik skirt pada keseluruhannya mempunyai klasifikasi pemotongan daging NAMP 121. Bahagian dalamannya yang lebih lembut (NAMP 121D) bersendi dengan sangkar rusuk (tulang rusuk 6-12), manakala skirt luaran yang lebih liat (NAMP 121C) terdiri daripada otot diafragma serta sehelai selaput yang tebal yang perlu dikeluarkan sebelum memasak.

Sejak pertengahan 1990an, stik skirt semakin mahal, akibat kepopularan masakan Mexico di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat dan Kanada.

7) Stik penggantung ialah potongan stik lembu yang dikatakan "bergantung" daripada diafragma lembu kasi. Daripada segi anatomi, diafragma merupakan satu otot tunggal tetapi ia biasanya dipisahkan menjadi dua potongan yang berasingan:
  • "stik penggantung" yang secara tradisi dianggap sebagai lebih sedap kerana ia lebih dekat dengan buah pinggang;
  • "stik skirt" luaran yang terdiri daripada otot di dalam diafragma dan lebih liat teksturnya.
Daging penggantung bersendi dengan tulang rusuk terakhir serta tulang belakang yang berhampiran dengan buah pinggang. Ia kelihatan seakan-akan stik lambung dan merupakan sepasang otot yang sedikit berbentuk V. Daging penggantung mempunyai satu selaput panjang yang tidak boleh dimakan pada bahagian tengahnya.

Stik penggantung bukannya sangat lembut tetapi ia banyak berasa dan paling baik diperapkan dan dimasak dengan pantas pada haba yang tinggi (menggril atau memanggang) lalu dihidangkan secara kurang masak atau kurang masak sederhana demi mengelakkan keliatannya. Tukang masak yang berpengalaman dalam menyediakan buah pinggang lembu melaporkan bahawa stik penggantung mengekalkan sedikit bau sedap buah pinggang.

Daripada segi tradisi, stik penggantung lebih popular di Eropah, berbanding dengan Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai:
  • onglet dalam bahasa Perancis;
  • lombatello dalam bahasa Itali; dan
  • solomillo de pulmon dalam bahasa Sepanyol

28 Apr 2013

Jenis ikan dan khasiatnya


Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.


Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.

Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.

Ikan Sebelah (Halibut)
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.

Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.


Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.


Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

21 Apr 2013

Jenis-jenis kentang


Kentang Russet

Russet adalah jenis kentang yang digunakan secara paling meluas di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya ditanam di kawasan barat laut. Kentang jenis ini boleh didapati sepanjang tahun, lebih berkanji dan boleh dikenali daripada kulit perang bersirat dan isi putih. Disebabkan kandungan kanjinya yang tinggi, teksturnya bertepung bila dimasak, menjadikan kentang jenis ini sesuai untuk dibakar, digoreng dan dilecek. Kentang ini juga dianggap sebagai kentang serba guna yang baik.

Jenis utama termasuk: Burbank, Norkotah, Ranger, Shepody



Kentang Putih Bulat 

Kentang ini boleh didapati sepanjang tahun. Kentang putih bulat mempunyai kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis warna perang muda dengan isi putih. Teksturnya gebu dan bentuknya kekal selepas dimasak. Dianggap sebagai kentang serba guna, kentang putih bulat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan amat sesuai untuk salad dan sajian yang berkeluk, dikukus, digoreng atau dipanggang.

Jenis utama termasuk: Atlantic, Katahdin, Norwis, Reba, Superior



Kentang Putih Panjang 

Kentang putih panjang berbentuk bujur, dengan kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis berwarna perang muda. Kentang jenis ini mempunyai tekstur pejal gebu bila dimasak. Kentang putih panjang sesuai untuk direbus, dimasak dalam ketuhar gelombang mikro dan ditumis goreng. Ia juga adalah kentang serba guna.

Jenis utama termasuk: Kennebec, White Rose, Cal-White




Kentang Merah

Kentang merah kini boleh didapati secara lebih meluas hampir sepanjang tahun. Ia boleh dikenali daripada kulitnya yang secara semula jadi berwarna merah, dengan isi putih, kuning ataupun merah. Kentang merah mempunyai tekstur kental, licin dan berlilin, menjadikannya sesuai untuk dibakar, dikukus, direbus dan juga dibuat salad. Kentang merah sering dirujuk sebagai “kentang baru” tetapi secara teknikalnya, “baru” merujuk kepada apa jua kentang yang dituai sebelum matang.

Jenis utama termasuk: Chieftain, Dakota Rose, La Rouge, Norland, Red La Soda




Kentang Kuning

Kentang kuning semakin digemari di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati hampir sepanjang tahun. Kentang jenis ini mempunyai tekstur padat dan gebu, dengan warna keemasan dan kelembutan rasa mentega. Kentang kuning sesuai untuk dilecek, dipanggang, dibakar, direbus dan dikukus.

Jenis utama termasuk: Yukon Gold, German Butterball, Sierra Gold





Kentang Biru Dan Ungu 

Kentang ini berasal dari Amerika Selatan dan sudah mula popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan kentang biru dan ungu boleh didapati pada musim luruh. Kentang yang boleh dianggap luar biasa ini mempunyai rasa seperti kekacang, dengan isi aneka warna, daripada warna biru tua atau lavender hingga warna putih. Warnanya kekal bila dimasak dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi ia juga boleh dipanggang dan dikukus. Warna kulit semula jadinya juga memberikan warna biru dan ungu menarik kepada mana-mana sajian.

Jenis utama termasuk: Purple Peruvian, All Blue




Kentang Jejari

Kentang jejari adalah satu daripada sajian paling hangat di restoran Amerika. Kentang kecil ini berbentuk tiub lonjong panjang seperti jari manusia. Ia boleh didapati dalam aneka warna semula jadi yang menarik, sungguhpun kebanyakannya mempunyai isi warna kuning. Ukuran panjangnya dari 5 hingga 10 sentimeter, dengan garis pusat 2.5-5 sentimeter. Teksturnya yang kental dan melekit menjadikannya sesuai dikukus, dibakar, direbus dan dijadikan salad.

Jenis utama termasuk: Russian Blue, Red Thumb, French Russian Banana







Khasiat kentang


Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?

Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.

Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.

"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.

Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi. Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

15 Apr 2013

Jenis-jenis Keju

Baiklah admin pasti ramai yang kurang pasti tentang jenis-jenis keju kan?? Maka hari ini terbukalah hati admin untuk memberitahu kepada kawan-kawan tentang beberapa jenis keju, keju merupakan salah satu produk tenusu yang dikatakan kaya dengan protein dan juga kalsium. Ianya merupakan berasal daripada susu yang mengalami penapaian dengan cara yang tersendiri. Baik admin pun taknak membebel panjang lebar, jom tengok apa yang ada dalam keju ini....


Camembert 
Keju lembut dari Perancis ini pertama kali di buat pada abad ke-18 di desa Normandia. Comembert terbuat dari susu lembu, teksturnya sangat lembut dengan warna creamy yellow. Keju ini mengandung lemak antara 45% – 50%. Selain enak atau sebagai table cheese, juga sesuai untuk campuran omelette, isi souffle, pancake atau apple pie. 



Ricotta 

Keju Ricotta berasal dari Italia. Keju lembut dari susu lembu ini teksturnya sangat lembut atau lembik. Kandungan lemaknya sangat tinggi, mencapai 65 %. kombinasi rasa yang berminyak dan lazat dengan aroma harum menjadikan terasa sesuai dipadukan dengan aneka masakan pasta Italia seperti Lasagna dan Spaghetti. 


Brie 

Brie termasuk kategori soft cheese dari Preancis. Ciri khas keju ini adalah kulit luarnya berwarna putih dan bahagian dalamnya lembut meleleh. Aromanya tajam dan kandungan lemaknya tinggi (45%). Brie sangat sesuai diguna sebagai bahan campuran salad, dimakan dengan buah olive ataupun pickle. 


Cream cheese 
Di pasaran kita dapat menemukan dua jenis cream cheese, double cream cheese adalah pilihan pertama dengan kandungan lemak 65% dan cream cheese(45% lemak) pilihan lainnya. Berbeza dengan jenis keju lainya, cream cheese memiliki rasa yang sedikit masam. Umumnya keju ini digunakan pada hidangan penutup, misalnya chesse cake, sebagai isi pie, atau dimakan bersama potongan buah-buahan. 


Mozzarella 
Mozzarella adalah keju Italia yang aslinya berasal dari susu kerbau liar. Keju halus dengan kandungan lemak antara 40 – 50%. Mozzarella akan meleleh ketika dipanggang, sangat sesuai untuk topping pizza maupun campuran fritata. 


Edam 

Salah satu keju asal Belanda yang popular. Teksturnya keras dengan aroma menyerupi kacang. Kandungan lemak keju ini sekitar 40%. Yang membezakan dengan keju lain adalah rupanya yang biasa terbungkus lapisan sejenis lilin berwarna merah. Edam sangat sesuai untuk campuran kuih kering seperti aneka cookies atau taburan pada hidangan panggang. 


Parmesan 
Salah satu jenis keju keras dari kota Parma, Italia. Pada umumnya berbentuk silinder dengan warna kuning muda. Teksturnya keras, sesuai untuk keju parut. Aroma Parmesan cukup tajam kerana proses pemeraman yang cukup lama, antara 14 bulan sampai 4 tahun. Keju ini sangat sesuai untuk taburan pizza, sup dan juga aneka pasta. Kandungan lemak keju sekitar 61%. 


Cheddar 
Salah satu jenis keju asal Inggris yang paling banyak pengguna di seluruh dunia. Rasanya yang lazat dengan aroma tidak terlalu tajam menjadikan cheddar sesuai digunakan untuk masakan apa saja. Sajian casseroles, soup, isi sandwich dan salad terasa lebih lazat dengan penambahan keju ini. Cheddar mengandung lemak 48% dengan masa pemeraman 9-24 bulan. 


Emmenthel 
Asal dari keju ini berasal dari Swiss, salah satu keju keras yang cukup popular. Emmenthal memiliki ciri-ciri yg berbeza dengan keju-keju lain, bentuknya unik karana jika dipotong akan terlihat lubang-lubang yang terbentuk selama proses pemeraman. Keju ini banyak disuka kerana cita rasanya lembut dan aromanya yang kaya. 









Jenis-jenis Pasta

Baiklah hari ini admin akan membincangkan secara ringkas tentang jenis-jenis pasta yang pernah admin lihat sama ada di kedai ataupun melalui internet. Admin pasti ramai yang sudah mengenali beberapa jenis pasta inikan? Mungkin juga ada yang selalu menjadikannya makanan harian di rumah? Ok mari kita lihat jenis-jenis pasta...


Angel Hair 
Teksturnya halus dan lembut. 
Waktu memasak: 3-5 minit. 




Farfalle ( sayap kupu-kupu) 
Dalam bahasa Itali, farfalle sendiri bererti kupu-kupu. 
Waktu memasak: 10-12 minit.




Fettuccine 
Spagetti yang terbuat dari telur ini biasanya memiliki lebar ¼ inci. Nama fettuccine sendiri bererti 'pita kecil'. 
Waktu memasak: 10-12 minit.





Fusilli atau Rotini 
Biasanya pasta dengan ciri khas bentuk seperti small coil (fusilli) atau spiral (rotini) dalam ukuran 1½ inci. 
Waktu memasak: 8-10 minit.




Jumbo shell 
Bentuknya seperti cengkerang. 
Waktu memasak: 11-13 minit.





Linguine 
Panjangnya seperti spagetti dengan ukuran lebar 1/8 inci. 
Waktu memasak: 10-12 minit.


Orecchiette 
Memiliki bentuk cekung, nama orecchiette sendiri bererti 'telinga kecil'. 
Waktu memasak: 10-12 minit. 






Orzo 
Bentuk pasta ini seperti beras. 
Waktu memasak: 9-11 minit.






Pappardelle 
seperti potongan kertas, pasta ini biasanya hadir dengan panjang 5/8 inci. 
Waktu memasak: 7-10 minit.




Penne 
Bentuknya sepertitube kecil berukuran 2-4 inci dengan potongan bahagian hujung seperti diagonal. 
Waktu memasak: 10-12 minit







Rigatoni 
Bentuknyaseperti tabung kecil dengan panjang 1½ dan diameter ¾ inci. 
Waktu memasak: 11-13 minit.




Shells 
Hampir sama dengan Jumbo Shells, hanya bentuk pasta dengan 'mulut' terbuka lebih kecil. 
Waktu memasak: 10-12 minit.





Spaghetti 
pasta yang memiliki panjang 10 inci ini. 
Waktu memasak: 9-11 minit.



Ziti 
Hadir dengan ukuran medium dengan lebar 2 inci lebih. 
Waktu memasak: 10-12 minit.




Elbow Macaroni 
Bentuk pasta satu ini seperti huruf C. 
Waktu memasak: 6-8 minit.




Jadi mana satukah yang menjadi pilihan anda untuk dijadikan sajian malam ini?? Apa-apa pun bentuk yang dipilih ianya pasti akan menjadi sedap jika anda pandai menyesuaikan rasa sos anda itu dengan pasta ini, baiklah sementara anda memikirkan mana satu yang nak dijadikan pilihan admin masak nasi dululah ya, sebab admin tak suka sangat pasta, kenyangnya tak rasa seronok macam kenyang nasi. Siapa setuju??

16 Mar 2013

Sesuatu Tentang Sos


Sesuatu Tentang Sos

Definisi:

“Sos adalah cecair berperisa dan berperasa yang dipekatkan dengan agen pemekat”.

Tujuan perletakkan sos di dalam hidangan menu utama adalah sebagai penambah rasa pada makanan tersebut.


KEGUNAAN SOS

  1. Komposisi makanan 
  2. Satu kombinasi kerana ia dapat memberi rasa, tekstur dan warna yang seimbang dalam makanan
  3. Sebagai daya pemikat selera
  4. Sesetengah hidangan mempunyai kombinasi sosnya yang tersendiri 
KATEGORI SOS

1. Sos Asas (Mother Sauces)

Hasilan sos utama yang belum dipecahkan kepada hasilan pecahan sos kecil
Ia bertindak sebagai "sos dasar" kepada sos-sos kecil yang lain
Contoh; sos perang dapat menghasilkan Sos Lada Hitam atau Sos Cendawan
2. Sos Kontemporari

Hasilan sos yang mampu berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan sos asas.
Contoh sos jenis ini ialah “Jus Lie, Buerre Blanc” dan sebagainya yang boleh dikatakan diperbuat dari minyak,buah atau sayuran serta jus yang keluar dari hasil bahan utama yang dimasak.

STRUKTUR SOS

Terdapat 3 struktur sos iaitu:

1. Agen Pemekat

Roux, Buerre Manie, Liason, Slurries

2. Bahan Perisa dan perasa

lada hitam, herba dan rempah ratus
Tujuannya sebagai penambah perasa dan perisa pada hidangan
3. Cecair

Air, stok, wines dan sebagainya
TUJUAN SOS DALAM MAKANAN


  • Menaikkan rasa dalam sesuatu hidangan
  • Sebagai pelembab dalam makanan
  • Sebagai visual penarik
  • Pemberi rasa
  • Penambah tekstur pada hidangan


KEHENDAK UTAMA DI DALAM PENYEDIAAN SOS

Di dalam penyediaan sos terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira iaitu:

  1. Rasa - hasil konsentrasi herba dan rempah dapat memperkayakan sos tersebut
  2. Warna - bergantung kepada penggunaan stok yang betul dan baik; sos putih menggunakan hasilan stok putih
  3. Tekstur - boleh dicapai dengan penggunaan agen pemekat yang bersesuaian dan kuantiti yang betul. Ianya juga melibatkan cara penapisan dan penyimpanan
  4. Ketelusan/Opacity - diukur dengan penggunaan agen pemekat yang betul. Untuk mendapatkan sos yang lebih kelabu dan ketelusan rendah, penggunaan Roux adalah lebih efektik
KATEGORI SOS ASAS

1. Sos Asas Perang

Sos perang ini menggunakan stok perang sebagai cecair utama di dalam penyediaannya.
Empat eleman asas di dalam penyediaannya adalah; stok perang, Mirepoix, Pes Tomato, Brown Roux
Demi glace adalah hasilan daripada sos perang yang bermaksud “reneh kepada separuh”(reduce into half)

2. Sos Asas Putih

Sos putih yang menggunakan samada stok putih sebagai cecair utama dalam penyediaannya.
Veloute merupakan sejenis sos asas putih yang menggunakan stok putih dan dipekatkan dengan menggunakan roux putih.
Bechamel merupakan sejenis sos asas putih yang menggunakan susu dan “onion piquet” serta dipekatkan dengan menggunakan roux putih.

3. Sos Berasaskan Mentega/Minyak

Sejenis sos yang menggunakan mentega sebagai bahan asas untuk penyediaan sos.
Kebanyakan sos jenis ini melalui proses pembauran (emulsion) iaitu kaedah menggabungkan bahan yang tidak boleh disatukan seperti minyak dengan air.
Hollandaise dan mayonis adalah kategori sos yang menggunakan minyak sebagai bahan utama.

4. Sos Berasaskan Tomato

Sos yang menggunakan bahan utamanya adalah tomato dan stok
Walaupun pecahan sos dalam sos tomato tidak banyak tetapi ia tetap dikategorikan sebagai sos asas.
Banyak digunakan dalam penyediaan hidangan pasta dan karangan laut.

5. Sos Segera

Kewujudan sos segera banyak dipengaruhi oleh kehendak peniaga kecil yang menyediakan masakan barat.

8 Mar 2013

Adik beradik Sarapan Cara Barat

Continental breakfast

Hi Everybody!! Dalam Post sebelum ni, admin ada cakap pasal sarapan pagikan? Ok kerana tema kita sekarang ni lebih menfokuskan kepada barat, maka admin kenalah ceritakan apa-apa yang berkaitan dengan sarapan barat.

Baiklah dalam konteks sarapan pagi cara barat, jenis-jenis sarapan pagi yang biasanya terdapat di barat ialah jenis america breakfast, Continental breakfast dan juga english breakfast, Untuk english breakfast dengan America breakfast, kandungan ataupun asas yang menhasilkan sarapan pagi tersebut adalah sama. Kedua-dua jenis sarapan pagi ini agak berat berbanding dengan Continental dimana jenis Continental cuma menhidang sajian ringan seperti pastri ataupun roti sahaja disertai dengan jus ataupun kopi. America breakfast mengandungi, karbohidrat, protein, dan gula. Contohnya dalam satu set hidangan sarapan pagi gaya america biasanya mengandungi, roti, sosej, telur , kacang panggang dan pancake. Ianya selalunya dihidangkan bersama kopi ataupun teh. 
America breakfast
Punca perbezaan pengambilan makanan ini adalah, di bahagian eropah, mereka mengambil sarapan pagi yang ringan yakni Continental , kerana mereka mengamalkan pengambilan makan malam agak lewat, berbanding di amerika dimana masa makan malam mereka ialah sebelum jam 8 Pm manakala di eropah, masa makan malam ialah selepas jam 8pm. Oleh kerana orang eropah mengambil makan malam agak lewat , maka apabila mereka bangun keesokan harinya, mereka akan kurang merasa lapar dan mengambil sarapan pagi yang agak ringan berbanding dengan barat.

7 Mar 2013

Hello,Pak Cik Sarapan Pagi...



Selamat petang, hari ini admin nak berkongsi dengan anda sekali tentang beberapa jenis sarapan yang ada di barat. Terlebih dahulu marilah kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan sarapan,sarapan merupakan pengambilan makanan selepas sahaja kita bangun dari tidur. Semasa kita tidur, kita sebenarya berpuasa kerana kita tidak mengambil sebarang makanan semasa tidur. maka sejurus kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga untuk rutin harian kita. Oleh itu sarapan yang baik mampu memberikan tenaga yang kita perlukan untuk permulaan hari yang cemerlang.
Apakah yang dimaksudkan dengan sarapan yang ‘baik’? Menurut mymetro Sarapan yang ‘baik’ ialah gabungan karbohidrat, protein, serat, vitamin, garam mineral dan air. Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam serta jangan lupa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Mengenai keperluan nutrisi untuk tubuh, karbohidrat adalah sumber tenaga utama. Karbohidrat yang dicernakan menjadi glukosa (gula darah) akan membekalkan tenaga untuk sel, tisu dan organ serta digunakan untuk tenaga fizikal. Sememangnya karbohidrat menjana kuasa seharian.
sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan jika diamalkan, sarapan pagi sebenarnya boleh dijadikan pendinding kepada mereka yang sedang berdiet kerana sarapan mampu menahan diri seseorang daripada lapar yang teramat sangat, dan ia menghalang kita daripada memakan makanan yang tinggi nilai kalori pada waktu tengahari. Selain daripada itu ianya membantu para kanak-kanak untuk kekal cergas semasa proses pembelajaran sedang berlangsung di kelas. Menurut kajian yang dijalankan , kanak-kanak yang tidak mendapat sarapan pagi sebelum ke sekolah akan cepat lesu dan letih, dan daya pembelajarannya kurang. maka dengan itu admin menyarankan kepada semua yang ada diluar sana agar bersarapan pagi sebelum kemana-mana. Admin teringat pesan seseorang pensyarah dulu, katanya jika tidak sempat untuk bersarapan pagi meminum air masak pun sudah cukup, tapi hakikatnya admin percaya ramai orang diluar sana yang tidak mengamalkan budaya sarapan pagi ini, terutamanya pelajar, kan?? Admin tahulah sebab admin pun pelajar juga kadang-kadang tu sampai terlupa atau tak sempat pun sarapan , lagi-lagi kalau kelas jam 8 pagikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...