Selamat petang, hari ini admin
nak berkongsi dengan anda sekali tentang beberapa jenis sarapan yang ada di
barat. Terlebih dahulu marilah kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan
sarapan,sarapan merupakan pengambilan makanan selepas sahaja kita bangun dari
tidur. Semasa kita tidur, kita sebenarya berpuasa kerana kita tidak mengambil
sebarang makanan semasa tidur. maka sejurus kita bangun dari tidur, badan kita
sebenarnya memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga untuk rutin harian
kita. Oleh itu sarapan yang baik mampu memberikan tenaga yang kita perlukan
untuk permulaan hari yang cemerlang.
Apakah yang dimaksudkan dengan
sarapan yang ‘baik’? Menurut mymetro Sarapan yang ‘baik’ ialah gabungan
karbohidrat, protein, serat, vitamin, garam mineral dan air. Kurangkan
pengambilan minyak, gula dan garam serta jangan lupa mengambil sayur-sayuran
dan buah-buahan untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Mengenai
keperluan nutrisi untuk tubuh, karbohidrat adalah sumber tenaga utama.
Karbohidrat yang dicernakan menjadi glukosa (gula darah) akan membekalkan
tenaga untuk sel, tisu dan organ serta digunakan untuk tenaga fizikal.
Sememangnya karbohidrat menjana kuasa seharian.
sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan jika diamalkan, sarapan pagi sebenarnya boleh dijadikan pendinding kepada mereka yang sedang berdiet kerana sarapan mampu menahan diri seseorang daripada lapar yang teramat sangat, dan ia menghalang kita daripada memakan makanan yang tinggi nilai kalori pada waktu tengahari. Selain daripada itu ianya membantu para kanak-kanak untuk kekal cergas semasa proses pembelajaran sedang berlangsung di kelas. Menurut kajian yang dijalankan , kanak-kanak yang tidak mendapat sarapan pagi sebelum ke sekolah akan cepat lesu dan letih, dan daya pembelajarannya kurang. maka dengan itu admin menyarankan kepada semua yang ada diluar sana agar bersarapan pagi sebelum kemana-mana. Admin teringat pesan seseorang pensyarah dulu, katanya jika tidak sempat untuk bersarapan pagi meminum air masak pun sudah cukup, tapi hakikatnya admin percaya ramai orang diluar sana yang tidak mengamalkan budaya sarapan pagi ini, terutamanya pelajar, kan?? Admin tahulah sebab admin pun pelajar juga kadang-kadang tu sampai terlupa atau tak sempat pun sarapan , lagi-lagi kalau kelas jam 8 pagikan.
Jangan lupa sarapan ye... :)
ReplyDeletebaiklah bonjour jgk keh3
ReplyDelete