24 Jan 2017

Ratu Bambu dan Halia oktober 2016 / flashback

wah sekali buka blog sudah dua tahun berlalu sejak pos terakhir,  nikali saya kasi flash back semua design design saya masa ratu bambu...  sekarangni admin sedang  berjinak jinak dengan duni rekaan fesyen.  inda sia sia jugalah selama ni ambil fesyen 3 jam kredit masa di upsi.
miss carrey ann



berjaya dapat tempat ke dua dan ketiga
sekarang ni fokus untuk ratu bambu 2017 kalau dapatlah kalau inda apa bulih buat,  susah pulak jahit baju ini patutlah bila ada orang minta jahit baju mahal sikit hihi...
miss michael Anthony 
cuma tahun ini,  ratu bambu akan diadakan somewhere dalam bulan september,  bah yg di luar sana peminat2 fashion dan pageant datanglah tgk masa tu ya...  visit Tbunan 2017


23 Feb 2015

kerja!kerja! kerja!

Hai lama tidak jumpa kan dan lama tidak update blog ni, biasalah banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa tahun ni hampir setahun tidak tulis blog, untuk pengetahuan uolss iolss sudah mula kerja di sebuah sekolah yang di beri nama SMK Desa Wawasan Tambunan sangat berwawasan lah kan sekolahnya hehe, tadi students perempuan admin berabis kacau phone admin nah inilah hasil dorang punya gambar.              


clarice, vienna, eva dan juliet paling manang rajin kacau meja admin

lepas tu dalam tengahari pergilah pula kemas bengkel ert maklumlah sekarang ni ajar ert kenalah ada masak2 walaupun bengkel tidak seberapa tapi syukur ada juga alatan walaupun tidak banyak yang penting boleh masak sudah. 
maka pcuma ini barang barang yang afa di bengkel ert kami. skrg ni admin berusaha untuk meminta bantuan dari pihak sekolah umtuk memyambung bekalan air kebengkel ert ni, bukannya tiada air tetapi diputuskan atas sebab2 tertentu. harap by next week air dan elektrik ada agar dapatlah amali dilaksanakan.

25 Mar 2014

Lirik : Tupus Auh Nokoguli

Artis : Aznor
Tajuk : Tupus Auh Nokoguli

Hiti Langadku
Do Moningkau Kahandaman
Id suang pomusarahanku
Kakal Ponsorou diya toririmo
Minibok auh nokoguli

Kolunguyan mogowit kosindualan 
soira aiso ko hiti toningku
Natagak id sunduanku
Miampai dia notimporon hiti rusodku

Id kinoyonon toh id tolumis diti
Gompianku iti piupusan toh
Hiti oku noh da'a minamatos diau
Kolosuanku do sogigisom

Kolunguyan mogowit kosindualan 
soira aiso ko hiti toningku
Natagak id sunduanku
Miampai dia notimporon hiti rusodku

Id kinoyonon toh id tolumis diti
Gompianku iti piupusan toh
Hiti oku noh da'a minamatos diau
Kolosuanku do sogigisom

Id kinoyonon toh id tolumis diti
Gompianku iti piupusan toh
Hiti oku noh da'a minamatos diau
Kolosuanku do sogigisom
Kolosuanku do sogigisom

26 Nov 2013

Gedion Hilarius - Suara Hati


Telah ku mencoba melupakan dirimu

Tapi ku tak berdaya menlenyapkan cintamu

Kerna ku tak sanggup kehilangan dirimu 

Meskipun ada yang milikimu



Chorus: 

Oh kasih kau dengarlah

Suara rintihan hatiku padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku



Mengapa kau harus mendustai cintaku

Semua yang ku mau kejujuran darimu

Takku menduga 

Kau tinggalkan diriku

Berkecai semua harapanku



Cho:

Kasihku kau dengarlah

Suara rintihan hatikuk padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku

Oh kasihku kau dengarlah

Suara rintihan hatiku padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Tkkan terhapus dari sanubariku

21 Nov 2013

SABUN BERAS COLLEGEN K BROTHERS area Tambunan



Makin lama makin ramia yang inginkan kulit yang lebih sempurna dan cantik, sabun collegen beras yang diimport khas daripada thailand ini memungkinkan anda mencapai hasrat anda itu. Orang Tambunan khususnya boleh dapatkan secara satu buku atau sedozen. Kalau beli sedozen sabun beras dari saya anda akan dapat sebatang Eyeliner Mac ini. Menariknya tentang eyeliner ini, ianya tidak seperti eyeliner konvensional, ia tidak perlu diasah dan hujungnya yang lembut tidak merengsakan kulit gebu anda dapatkan sekrang.

Harga sebuku RM 3.40 boleh dapatkan secara COD di Tambunan
komen di bahagian komen utk mendapatkan harga terbaik.

11 Oct 2013

Review : KUKUBIMA ENER-G!



Hilang satu peket sebab dalam sudah digunakan

Kawan-kawan sekalian hari ini admin akan mengulas pasal satu lagi produk tapi ini bukan produk kecantikan tetapi produk untuk tenaga ekstra ketika bersenam ataupun selepas bersukan. Tapi admin selalunya akan gunakan produk ini sebelum ke gym ataupun selepas habis bergym. Hakikatnya produk ini perlu diminum 2-3 peket sehari tapi macam rugilahkan kalau sudah makan banyak lepas tambah lagi minuman tenaga ni. Lainlah kalau yang betul-betul mau jadi body builder bolehlah, tapi kalau macam admin ni yang setakat mau tambahkan saiz sikit supaya nampak cantik lah kunun baju yang dipakai, kes mangsa fesyen lahni hehe. 

Admin pun selalu juga ambil ni kalau admin mau pergi gym tapi rasa kurang tenaga, sememangnya ianya membantu admin untuk menambah tenaga dan dari segi psikologinya diri akan rasa lebih kuat dan bersemangat semasa di gym sebab sudah meminum produk ini. Kalau dari segi kos mungkin adalah lebih baik beli glukos yang jual satu tin tu sebab kalau dikira-kira yang glukos tin biru tu lagi banyak dan jimat, kalau anda bernasib baik jumpalah yang glukos perisa original dengan harga RM9.90 selalunya yang admin jumpan yang harga dia RM 10.90 ataupun yang RM11.90 tapi lamalah juga pakaikan hehehe. Tapi admin selaunya campur saja dua-dua produk ini, lebih efisien kunun.

Baiklah mengenai produk ini rasanya seperti kopi tapi terasa macam kopi yang dicampur dengan glukos sikit, boleh dibancuh dengan air panas ataupun air sejuk dua-dua boleh, admin selalu guna air suam sebab suka tengok air macam mengelegak sebab kesan daripada sodium bicarbonate dalam produk ini kali. Tapi ada kafein taw produk ni kalau ko ada masalah susah mau tidur janganlah syok sendiri mau pakai nanti inda dapat tidur la jawabnya. Sesetengah gym ada jual ni barang tapi dorang jual by peket, RM1 dorang jual jadi bagus admin beli satu kotak terus, RM2.50 lagi jimatkan hehe. Jadi yang mau masuk gym tu boleh try ni barang manataw bagus untuk anda. 

Nota Ringkas......

Nama Produk : kukubima ener-g
Net : 6 sachet setiap sachet ada 4.5g
Syarikat : sidomuncul indonesia
Harga : RM 2.50
Rate : 4 star from 5 star
Kandungan : panax radix ginseng, royal jelly, honey, taurine, caffeine, vit B3,vit.B6,vit.12, Aspartame,cyclamate,acesulfame,sodium bicarbonate, citric acid,flavour coffe, instant coffe dan caramel.

10 Oct 2013

Lagenda : Mondowoi Si Gergasi Tambunan


Jika anda merupakan anak kelahiran asli Tambunan anda pasti pernah mendengar nama Mondowoi yang mana Mondowoi merupakan manusia bersaiz gergasi yang tinggal di Tambunan. Cerita ini mempunyai pelbagai versi, sehingga admin sendiri kurang pasti versi cerita manakah yang asal dan asli, admin sendiri pun kurang pasti. Tetapi cerita yang admin bakal kongsikan bersama pembaca hari ini ialah versi yang pernah admin dengar daripada orang-orang di sekeliling admin termasuk dadi admin sendiri. Selalunya sebelum kami tidur semasa kami masih kecil pasti dadi akan ceritakan kisah-kisah mitos dulu-dulu. "Tangon dongulu-gulu"(cerita) yang selalu akan berulang ialah cerita tentang mondowoi ini. 

Dari apa yang admin diceritakan dikatakan bahawa Mondowoi merupakan anak seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan "tompululangoi" hantu yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada pokok bambu dan mempunyai bulu kaki yang sangat banyak. Terdapat mitos sekiranya seseorang itu dapat mencabut bulu kaki "tompululangoi" tersebut orang itu akan menjadi kaya-raya.

Pada mulanya Mondowoi merupakan seorang manusia yang baik dan sentiasa menolong orang kampung yang berada di dalam kesusahan. Salah satu kebaikan yang pernah Mondowoi lakukan ialah ketika musim kemarau dikatakan Mondowoi telah berbaring secara melintang di sungai "Pagalan" untuk menakung air untuk menampung keperluan penduduk setempat.

Namun oleh kerana tubuh badannya yang besar dan tinggi daripada manusia biasa Mondowoi memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak, Mondowoi mulai mencuri haiwan ternakan masyarakat setempat untuk dijadikan makanan. Akibat perbuatannya itu penduduk tempatan membuat keputusan untuk membunuh Mondowoi kerana perbuatannya menyebabkan mereka tidak dapat memberikan makanan kepada ahli keluarga mereka. Dikatakan bahagian tubuh badan Mondowoi telah di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian kerana sukar untuk ditanam berikutan saiz dan kepanjangan badan beliau dan menurut mitos salah satu bahagian badan Mondowoi ditanam di Kampung Sandapak dan tanah dimana bahagian itu ditanam ditumbuhi sebatang pokok yang tinggi seperti ketinggian Mondowoi. Apa-apapun ini cumalah mitos dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pengajarannya kita tidak boleh membunuh hanya kerana perasaan marah dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya. Semoga cerita tersebut boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...