22 Mar 2013

Consommé




Bahan-bahan: 

Daging lembu – dikisar 100 g 

Putih telur 1-2 biji 

Stok putih atau perang – disejukkan 500 ml 

Campuran lik, celery, lobak merah dan 100 g 

bawang besar, dipotong mirepoix 

Pes tomato 25 g 

Sachet 1 bunjut 

Onion brule ½ biji 


Cara-cara: 

1. Campurkan daging, putih telur, bahan mirepoix, tomato dan 250 ml stok. Biarkan selama ½ jam. 

Adunan ini dipanggil clear meat. 

2. Campurkan baki stok dengan clear meat, sachet dan onion brule. 

3. Rebus hingga mendidih sambil dikacau sehingga telur berkumpul. 

4. Kecilkan api dan biarkan stok merenih perlahan selama 1 – 1½ jam. 

5. Tapis stok tersebut. 

6. Keluarkan baki lemak dengan menggunakan kain maslin dan paper towel. 

7. Sesuaikan rasanya.

16 Mar 2013

Sesuatu Tentang Sos


Sesuatu Tentang Sos

Definisi:

“Sos adalah cecair berperisa dan berperasa yang dipekatkan dengan agen pemekat”.

Tujuan perletakkan sos di dalam hidangan menu utama adalah sebagai penambah rasa pada makanan tersebut.


KEGUNAAN SOS

  1. Komposisi makanan 
  2. Satu kombinasi kerana ia dapat memberi rasa, tekstur dan warna yang seimbang dalam makanan
  3. Sebagai daya pemikat selera
  4. Sesetengah hidangan mempunyai kombinasi sosnya yang tersendiri 
KATEGORI SOS

1. Sos Asas (Mother Sauces)

Hasilan sos utama yang belum dipecahkan kepada hasilan pecahan sos kecil
Ia bertindak sebagai "sos dasar" kepada sos-sos kecil yang lain
Contoh; sos perang dapat menghasilkan Sos Lada Hitam atau Sos Cendawan
2. Sos Kontemporari

Hasilan sos yang mampu berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan sos asas.
Contoh sos jenis ini ialah “Jus Lie, Buerre Blanc” dan sebagainya yang boleh dikatakan diperbuat dari minyak,buah atau sayuran serta jus yang keluar dari hasil bahan utama yang dimasak.

STRUKTUR SOS

Terdapat 3 struktur sos iaitu:

1. Agen Pemekat

Roux, Buerre Manie, Liason, Slurries

2. Bahan Perisa dan perasa

lada hitam, herba dan rempah ratus
Tujuannya sebagai penambah perasa dan perisa pada hidangan
3. Cecair

Air, stok, wines dan sebagainya
TUJUAN SOS DALAM MAKANAN


  • Menaikkan rasa dalam sesuatu hidangan
  • Sebagai pelembab dalam makanan
  • Sebagai visual penarik
  • Pemberi rasa
  • Penambah tekstur pada hidangan


KEHENDAK UTAMA DI DALAM PENYEDIAAN SOS

Di dalam penyediaan sos terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira iaitu:

  1. Rasa - hasil konsentrasi herba dan rempah dapat memperkayakan sos tersebut
  2. Warna - bergantung kepada penggunaan stok yang betul dan baik; sos putih menggunakan hasilan stok putih
  3. Tekstur - boleh dicapai dengan penggunaan agen pemekat yang bersesuaian dan kuantiti yang betul. Ianya juga melibatkan cara penapisan dan penyimpanan
  4. Ketelusan/Opacity - diukur dengan penggunaan agen pemekat yang betul. Untuk mendapatkan sos yang lebih kelabu dan ketelusan rendah, penggunaan Roux adalah lebih efektik
KATEGORI SOS ASAS

1. Sos Asas Perang

Sos perang ini menggunakan stok perang sebagai cecair utama di dalam penyediaannya.
Empat eleman asas di dalam penyediaannya adalah; stok perang, Mirepoix, Pes Tomato, Brown Roux
Demi glace adalah hasilan daripada sos perang yang bermaksud “reneh kepada separuh”(reduce into half)

2. Sos Asas Putih

Sos putih yang menggunakan samada stok putih sebagai cecair utama dalam penyediaannya.
Veloute merupakan sejenis sos asas putih yang menggunakan stok putih dan dipekatkan dengan menggunakan roux putih.
Bechamel merupakan sejenis sos asas putih yang menggunakan susu dan “onion piquet” serta dipekatkan dengan menggunakan roux putih.

3. Sos Berasaskan Mentega/Minyak

Sejenis sos yang menggunakan mentega sebagai bahan asas untuk penyediaan sos.
Kebanyakan sos jenis ini melalui proses pembauran (emulsion) iaitu kaedah menggabungkan bahan yang tidak boleh disatukan seperti minyak dengan air.
Hollandaise dan mayonis adalah kategori sos yang menggunakan minyak sebagai bahan utama.

4. Sos Berasaskan Tomato

Sos yang menggunakan bahan utamanya adalah tomato dan stok
Walaupun pecahan sos dalam sos tomato tidak banyak tetapi ia tetap dikategorikan sebagai sos asas.
Banyak digunakan dalam penyediaan hidangan pasta dan karangan laut.

5. Sos Segera

Kewujudan sos segera banyak dipengaruhi oleh kehendak peniaga kecil yang menyediakan masakan barat.

Sos Espagnole dan Sos Tomato

Sos Espagnole

Bahan-bahan: 

500ml Stok perang 

25g Marjerin/mentega Brown roux 

25g Tepung gandum 

20g Tomato puri 

50g Bawang besar 

25g Lobak merah Mirepoix 

25g Seleri 

Sachet 

Garam 



Cara-cara: 

1. Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.
 
2. Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi brown roux. Sejukkan brown roux dan 
masukkan tomato puri, kacau sehingga sebati. 

3. Panaskan stok, di atas api perlahan.Masukkan stok ke dalam brown roux dan kacau sehinga mendidih. Masukkan sachet.
 
4. Tumis mirepoix sehingga perang, angkat dan tuskan minyaknya. 

5. Masukkan ke dalam sos dan rendidihkan selama 1-2 jam. Buangkan kekotoran jika perlu. 

6. Angkat dan tapis menggunakan kain maslin. 


Langkah ke enam tidak dipraktikkan dalam amali pada kali ini. Sos ini sesuai dihidangkan bersama daging panggang ataupun ikan panggang.


Sos Tomato

Bahan-bahan: 

375ml Stok perang 

10g Marjerin/mentega Brown roux 

10g Tepung gandum 

125g Tomato puri 

1 ulas Bawang putih 

100g Bawang besar 

50g Lobak merah Mirepoix 

50g Seleri 

1 helai Daun bay 

0.5g Thyme 

Garam 

Lada sulah 


Cara-cara:

1. Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.

2. Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi brown roux. Sejukkan brown roux.

3. Cairkan mentega di dalam periuk di atas api dan masukkan mirepoix, tomato puri, dan bawang putih. Tumis sehingga keperangan.

4. Masukkan stok ke dalam periuk brown roux sedikit demi sedikit dan kacau sehinga mendidih.

5. Renehkan selama satu jam, sesuaikan rasa dan sejukkan.

6. Angkat dan tapis menggunakan kain maslin.


Sos tomato pada kali ini ditambah dengan serbuk lada hitam untuk menaikkan rasa pedasnya. 







Stok Ikan

Stok Ikan

Pada minggu ini admin telah diberikan tugasan untuk memasak stok ikan, maka kenalah ada resepinya. Bahan-bahan untuk resepi ini sangat mudah dan cara-cara memasaknya pun senang, apa kata anda cuba memasaknya dirumah. Senang sangat, dan baik untuk pengetahuan tambahan.

Bahan-bahan: 

1kg tulang ikan 

2 L air 

60gm bawang besar 

30 gm cendawan mirepoix 

30 gm seleri 

2tbsp jus limau 


Sachet: 

1 helai bay leaf 

1tsp thyme 

1tsp lada putih 

4-6 batang pasli. 

2 bunga cengkih 

Cara penyediaan: 
  1. Bersihkan ikan. Kemudian, tulang dipotong kasar dan dimasukkan ke dalam periuk yang berisi 2 liter air. 
  2. Panaskan mentega, saute mirepoix. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang telah berisi tulang dan sauté lagi 3-5 minit.. 
  3. Masukkan jus limau dan sachet. Sacket disediakan denganmembungkus kesemua bahan-bahan kedalam kain maslin dan diikat dengan tali. Masak hingga mendidih. Keluarkan buih dan keladak. Proses ini dinamakan SKIM THE SCUM . Biar mereneh selama 30-45 minit. 
  4. Tapis stok ikan menggunakan kain maslin. 
Masa yang disyorkan untuk penyediaan stok ikan adalah 40-50 minit.

Stock, Thickening Agent dan Sause


Amali kali ini kami telah, mempelajari tentang cara-cara memasak stok , agen pemekat dan juga sos. stok merupakan salah satu daripada masakan asas yang wajib kita pelajari dalam masakan barat kerana boleh dikatakan ianya agak penting dalam masakan barat. hasil daripada air stok tersebut boleh digunakan untuk membuat agent pemekat dan juga sos. stok terdiri daripada 3 jenis stok iaitu, stok ayam, stok daging dan juga stok ikan. selalunya stok ini akan menggunakan tulang ikan, lembu ataupun tulang ayam untuk dijadikan stok, dan ianya selalunya tidak diperasakan. ini kerana semasa membuat sos ataupun agen pemekat barulah perasa diletakkan. untuk membuat sos terdapat dua bahan utama yang dipanggil mirepoix dan roux. roux pula terdiri daripada 3 jenis iaitu, blond roux, white roux dan juga brown roux. bahan-bahan untuk roux semuanya sama kerana inaya menggunakan tepung dan juga mentega, dan apa yang membezakan antara ketiga-tiga jenis roux tersebut ialah cara menyediakannya, untuk mendapatkan brown roux kita haruslah menggoreng roux tersebut dalam 4-5 minit ataupun sehingga warna roux tersebut berubah menjadi perang ataupun coklat. untuk mirepoix bahan-bahan asasnya ialah lobak, bawang besar dan seleri. selain daripada itu kita juga haruslah mengetahui satu bahan asas lagi dalam penyediaan sos iaitu, onion pique yang terdiri daripada bawang besar, bunga cengkih dan daun bay.

11 Mar 2013

Refleksi Kami (week 3)

Poached egg, sunny side up, omellete

Pancake ala mcdonald's
American Breakfast Kumpulan kami


Chef Illias
Pada 5 March 2013 iaitu pada minggu ketiga kuliah, kelas amali masakan barat telah bermula. Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi yang terdiri daripada beberapa menu iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake. Setiap ahli dalam unit saya akan menyediakan beberapa menu tertentu. Walaupun menu tersebut kelihatan agak mudah namun jika tidak dilakukan mengikut prosedurnya, masakan tidak dapat dihasilkan dengan baik. 
            Pada mulanya, En Saiful menunjukkan cara menyediakan hidangan-hidangan ini dibantu oleh ajk bahan pada minggu tersebut. Kemudian, kami menyediakan alatan yang diperlukan dan bahan-bahan mengikut sukatan yang ditetapkan. Saya ditugaskan untuk menyediakan pancake. Permulaan masakan, saya menolong kawan saya menyediakan scramble egg dan omolet terlebih dahulu kerana pancake boleh disediakan selepas masakan yang lain telah masak. Hal ini demikian kerana masa yang lebih boleh ditumpukan untuk pancake kerana kuantitinya yang banyak. Saya sangat berpuas hati dengan penyediaan pancake tersebut kerana mengikut standard yang dikehendaki dari segi rasa, tekstur, warna dan bentuk. 
           Kesemua menu dapat disediakan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan oleh En Saiful dalam kelas amali tersebut. Proses menghias hidangan pula perlu dilakukan untuk menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dan lazat. Hidangan tersebut dihidangkan mengikut tatasajian yang betul. 
            Komen yang diterima daripada unit lain akan kami perbaiki dalam kelas amali yang seterusnya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Cik Zahidah amat berharga kepada kami untuk digunakan pada masa akan datang. Ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas amali berlangsung akan sentiasa kami praktikkan dari semasa ke semasa. InsyaALLAH.

Chef Hendry
Pada minggu ini kami telah mempelajari cara-cara untuk memasak American breakfast.Untuk American breakfast ,setiap satu hidangan lengkap terdiri daripada telur, daging, kentang, kacang panggang, sosej dan minumannya pula terdiri daripada the ataupun kopi. Jika kita lihat dalam sebuah hidangan sepinggan lengkap sarapan barat ini, sarapan cara barat agak berat berbanding dengan continental breakfast yang mana dalam continental cuma mengandungi, roti dan minumannya pula terdiri daripada jus ataupun kopi perbezaan ini adalah kerana di barat, terutama di America, makan malam mereka adalah awal iaitu sebelum jam 8 pm manakala di eropah, makan malam agak lewat kerana mereka Cuma akan mula makan malam selepas jam 8 pm. 
         Cara penyediaan sarapan pagi ini agak mudah kerana tidak banyak bahan-bahan yang terlibat dalam proses penyediaannya, semuanya mudah dan tidak memakan masa yang lama untukdisediakan. Proses menyediakan makanan ini tidak mempunyai sebarang masalah dan amali pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Untuk komen daripada pelajar yang merasai makanan kami, mereka mengatakan, tekstur roti sudah kering, dan pancake telah dimasak dengan sempurna, dan warnanya ama menarik sekali. Cuma susun atur peranggu meja saja yang bermasalah kerana napkin yang disediakan lebih daripada yang sepatutnya. Untuk penambahbaikan pada masa hadapan, saya harus lebih pandai untuk menggunakan peralatan yang sesuai untuk menggoreng telur.Ini kerana jika kita menggunakan kuali yang tidak baik, maka telur itu akan melekat pada permukaan kuali tersebut. 


Chef Daus
Assalamualaikum, pada minggu lepas adalah hari pertama dimana kelas masakan barat bermula, dan sesi memasak berlangsung. Pada minggu lepas kami diberi pendedahan tentang masakan barat yang jarang-jarang kami ketahui. Kelas masakan barat memberi kelainan kerana sebelum ini kami belum pernah memasak masakan barat dan ini memberi cabaran baru kepada saya serta rakan-rakan yang lain untuk menyediakan menu yang telah di tetapkan oleh tenaga pengajar. 
            Pada minggu lepas kami diberi tugas untuk menyediakan Sarapan pagi, iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake . Sebelum menyediakan sarapan pagi, kami telah diberi tugas untuk menunjukkan asas potongan sayur seperti batonet, julienne, dan lain-lain lagi. 
            Seterusnya selepas menunjukkan asas potongan tersebut, kami terus menjalankan tugas memasak.kami mengagihkan tugas di dalam ahli kumpulan saya bagi mempercepatkan tugas. Saya diberi tugas untuk memasak French toast. French toast ialah roti yang disalur dengan telur, namun ditambah dengan susu segar untuk menambahkan rasa.Walaupun ianya nampak senang untuk dibuat, namun perlu mempunyai kemahiran untuk menyediakan, tambah-tambah kami belum pernah menyediakan sarapan seperti ini. French toast yang saya sediakan sedikit tawar, mungkin semasa menyediakan bahan-bahan saya meletakkan garam sedikit menyebabkan kurang masin. 
            Selepas sesi memasak kami dikomen oleh kumpulan 7, komen-komen yang diberikan oleh belia kami terima dengan hati terbuka agar minggu depan akan lebih berhati-hati dan mambuat dengan lebih baik.

8 Mar 2013

Resepi American Breakfast - Pancake


Pancake 
Bahan kering 
200g tepung 
20g gula 
10ml sebuk penaik 
½ tsp minyak 

Bahan basah 
1 ½ biji telur 
330ml susu 
42g minyak masak 

Cara penyediaan: 
  1. Campurkan semua bahan kering dan diayak. 
  2. Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul bersama sus dan minyak. 
  3. Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati. 
  4. Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat. 
  5. Tuangkan penkek di tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle. 
  6. Masak penkek sehingga keperang-perangan. 
  7. Hidangkan bersama madu, mentega atau jem. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...