8 Mar 2013

Resepi American Breakfast - Sausage And Baked Bean


Sausage and Baked Bean 
2 biji sosej 
2 sudu kacang panggang 

Cara penyediaan: 
  1. Rebus sosej dan toskan. 
  2. Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.

Resepi American Breakfast - French Toast


French Toast 
2 biji telur 
2 ½ tbsp susu segar 
1 ½ tbsp mentega 
2 keping roti 
Garam 

Cara penyediaan: 
  1. Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali sebagai ‘trimmed’ 
  2. Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga) 
  3. Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati. 
  4. Panaskan kuali dan cairkan mentega. 
  5. Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali sehingga roti berwarna keperang-perangan. 

Resepi American Breakfast - Scrambled Egg


Scramble egg 
2 biji telur 
2 tbsp susu segar 
1 tbsp mentega 
Garam dan lada putih 

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. 
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega. 
  3. Masukkan adunan ke dalam kuali yang telah panas. 
  4. Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan angkat sebelum telur terlalu masak (kering). 

Resepi American Breakfast- Poached Egg



Poached egg 
2 biji telur 
¼ periuk air 
1 ½ tbsp cuka 
Secubit garam 


Cara penyediaan: 
  1. Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih. 
  2. Masukkan cuka dan garam ke dalam air. 
  3. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah. 
  4. Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.



Resepi American Breakfast - Omelet, Sunny side Up)











Omelet
2 biji telur
1 tbsp mentega 
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼ bawang Holland (dipotong dadu)

Cara penyediaan:
  1. Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati 
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega 
  3. Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut. 
  4. Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan. 



Sunny-side up
2 biji telur
1tbsp minyak masak

Cara penyediaan:
  1. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  3. Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah. 

Adik beradik Sarapan Cara Barat

Continental breakfast

Hi Everybody!! Dalam Post sebelum ni, admin ada cakap pasal sarapan pagikan? Ok kerana tema kita sekarang ni lebih menfokuskan kepada barat, maka admin kenalah ceritakan apa-apa yang berkaitan dengan sarapan barat.

Baiklah dalam konteks sarapan pagi cara barat, jenis-jenis sarapan pagi yang biasanya terdapat di barat ialah jenis america breakfast, Continental breakfast dan juga english breakfast, Untuk english breakfast dengan America breakfast, kandungan ataupun asas yang menhasilkan sarapan pagi tersebut adalah sama. Kedua-dua jenis sarapan pagi ini agak berat berbanding dengan Continental dimana jenis Continental cuma menhidang sajian ringan seperti pastri ataupun roti sahaja disertai dengan jus ataupun kopi. America breakfast mengandungi, karbohidrat, protein, dan gula. Contohnya dalam satu set hidangan sarapan pagi gaya america biasanya mengandungi, roti, sosej, telur , kacang panggang dan pancake. Ianya selalunya dihidangkan bersama kopi ataupun teh. 
America breakfast
Punca perbezaan pengambilan makanan ini adalah, di bahagian eropah, mereka mengambil sarapan pagi yang ringan yakni Continental , kerana mereka mengamalkan pengambilan makan malam agak lewat, berbanding di amerika dimana masa makan malam mereka ialah sebelum jam 8 Pm manakala di eropah, masa makan malam ialah selepas jam 8pm. Oleh kerana orang eropah mengambil makan malam agak lewat , maka apabila mereka bangun keesokan harinya, mereka akan kurang merasa lapar dan mengambil sarapan pagi yang agak ringan berbanding dengan barat.

7 Mar 2013

Hello,Pak Cik Sarapan Pagi...



Selamat petang, hari ini admin nak berkongsi dengan anda sekali tentang beberapa jenis sarapan yang ada di barat. Terlebih dahulu marilah kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan sarapan,sarapan merupakan pengambilan makanan selepas sahaja kita bangun dari tidur. Semasa kita tidur, kita sebenarya berpuasa kerana kita tidak mengambil sebarang makanan semasa tidur. maka sejurus kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga untuk rutin harian kita. Oleh itu sarapan yang baik mampu memberikan tenaga yang kita perlukan untuk permulaan hari yang cemerlang.
Apakah yang dimaksudkan dengan sarapan yang ‘baik’? Menurut mymetro Sarapan yang ‘baik’ ialah gabungan karbohidrat, protein, serat, vitamin, garam mineral dan air. Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam serta jangan lupa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Mengenai keperluan nutrisi untuk tubuh, karbohidrat adalah sumber tenaga utama. Karbohidrat yang dicernakan menjadi glukosa (gula darah) akan membekalkan tenaga untuk sel, tisu dan organ serta digunakan untuk tenaga fizikal. Sememangnya karbohidrat menjana kuasa seharian.
sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan jika diamalkan, sarapan pagi sebenarnya boleh dijadikan pendinding kepada mereka yang sedang berdiet kerana sarapan mampu menahan diri seseorang daripada lapar yang teramat sangat, dan ia menghalang kita daripada memakan makanan yang tinggi nilai kalori pada waktu tengahari. Selain daripada itu ianya membantu para kanak-kanak untuk kekal cergas semasa proses pembelajaran sedang berlangsung di kelas. Menurut kajian yang dijalankan , kanak-kanak yang tidak mendapat sarapan pagi sebelum ke sekolah akan cepat lesu dan letih, dan daya pembelajarannya kurang. maka dengan itu admin menyarankan kepada semua yang ada diluar sana agar bersarapan pagi sebelum kemana-mana. Admin teringat pesan seseorang pensyarah dulu, katanya jika tidak sempat untuk bersarapan pagi meminum air masak pun sudah cukup, tapi hakikatnya admin percaya ramai orang diluar sana yang tidak mengamalkan budaya sarapan pagi ini, terutamanya pelajar, kan?? Admin tahulah sebab admin pun pelajar juga kadang-kadang tu sampai terlupa atau tak sempat pun sarapan , lagi-lagi kalau kelas jam 8 pagikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...