2 Jun 2013

Resipi Tuhau - Makanan Tradisional Sabah (Selamat hari Kaamatan dan Hari Gawai)

Baiklah semalam yang mana baru saja dalam 3 jam yang lepas admin ada menyertai pesta kaamatan yang di anjurkan oleh salah satu badan persatuan gabungan anak-anak sabah yang diberi nama CUTE's UPSI. Dalam program tersebut mereka merayakan pelajar khususnya daripada sem 8 yang bakal menghabiskan pembelajaran di UPSI (termasuk admin la tu hehe ) maka dengan itu majlis tersebut admin dapat masuk FREE, ya, mmg semua orang suka kalau dapat makan FREE kan hehehe, makanan yang di sediakan terdapat dalam dua bahagian iaitu makanan tradisional dan makanan biasa(makanan yang biasa kita makan) 

Yang menariknya terdapat makanan tradisional Sabah yang di panggil "Tuhau" yang mana ianya mungkin boleh dikategorikan dalam suku sakat, budu kelantan tu. Cuma mungkin nampak betullah beza dia kan. Tuhau ni merupakan satu jenis jeruk yang semacam cili pototng. Ianya diperbuat daripada batang bunga kantan, jadi sapa yang tidak tahu batang kantan, memang tidak pernah masuk dapur hehe. Tapi bukan batang dia yang hijau tu tapi isi dalam batang tu yang digunakan ya. Alah yang warna pink-pink sikit tu. 

Inilah Batang Kantan 
isi Batang kantan

Baik hari ini admin mau ceritakan pula bagaimana membuat Tuhau. Tapi yang ini admin cuma cerita secara kasar tanpa sukatan sebab selalunya mami admin buat, main agak saja, sedap juga.

Bahan :

Cili padi
Cuka makan
Batang kantan
Bawang putih

cara penyediaan :
1. Senang saja, potong batang kantan tersebut secara cincang, tidak payah sampai putus pun boleh, sebab dalam bunga kantan tu ada macam tali-tali yang buat batang kantan tidak putus walaupun potong habis.
2. Kisar cili Padi, campur beberap ketul bawang putih.
3. Campurkan cuka dengan hasil kisaran tadi dalam botol dan tambahkan batang kantan yang sudah dipotong tadi, nah siap sudah Tuhau kita, boleh makan sudah. paling sedap makan dengan ikan masin dan juga nasi panas. Nyum-nyum.

Inilah Tuhau

Kalau pergi kebun atau "mindahu" lagi sadap makan ni sambil-sambil menikmati angin di kebun mesti tangkap leleh la hehehe. Sekian saja hari ini daa... 

p/s - tuhau tidak perlu di letak garam. Lepas campur pun tidak payah tunggu berhari-hari terus boleh makan. Belum pernah basi ini Tuhau kalau di rumah sebab anak-anak mami kuat makan tuhau hahahahah...

18 comments:

  1. Untuk pengetahuan penulis, pokok tuhau tidak sama dengan pokok bunga kantan, dalam keluarga yang sama tetapi spesis yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, mmg sy blurr tdi btng kntan dgn tuhau huhu.. Tq info nya yer Sis.. So mksud penulis ni tuhau tu D cmpur dgn btng kantan kh

      Delete
    2. Bunga kantan dgn tuhau tak sma ya

      Delete
  2. thanks encik carlz jafran atas pembetulan itu sgnt menghargainya

    ReplyDelete
  3. Ape bezanya...klu nak cri pokok tuhau mcm.mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di sarawak di panggil tepus.byk jual kat pasar yg jual sayur kampung.boleh search google mcm mana rupa tuhau@tepus.

      Delete
  4. batangnya hampir sama dgn bunga kantan tp warnanya merah pink2 gitu

    ReplyDelete
  5. Bukan lengkuas ka tu pink2x?

    ReplyDelete
  6. bunga kantan@pokok kantan,lengkuas,kunyit,halia n Tuhau.. daun hmpir sama bei.. tpi boleh beza dri bau daun.. depan rumah banyak ni Tuhau tumbuh..

    ReplyDelete
  7. Pokok tuhau sama spesis dengan pokok tepus d semenanjung..

    ReplyDelete
  8. eh.. tuhau sama kantan x sama tau

    ReplyDelete
  9. eh.. tuhau sama kantan x sama tau

    ReplyDelete
  10. Kalo di sarawak di panggil tepus.klo di sbh di panggil tuhau..tuhau/tepus bkn kantan.dalam spesis fizikal yg sma ttp rasa yg bbeza.bnga tuhau/tepus tumbuh diats tanah.mnkla bnga kantan berbatang sblm adanya bnga..begitu kn admin..😃☝️.

    ReplyDelete
  11. Tuhau dgn kantan(topu) tidak sama...rupa hampir sama tapi bau tidak sama.tuhau tidak berbunga mcm kantan(topu)...tpi batang kantan (topu) boleh d buat jeruk juga tpi jarang org buat. #topu adalah nama kantan d tpt kmi d sabah.

    ReplyDelete
  12. Nda boleh masuk tekak ni tuhau..busuk hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...