2 Jun 2013

Apakah Makna Sebenar Unduk Ngadau.

Image
Immaculate Ratu Unduk Ngadau 2013
Unduk Ngadau bukan pertandingan
ratu cantik konvensional. Ia bukan
sekadar medan mencari
perempuan lawa, lampai dan
gedik (hingga ada yang kemaruk
mahu pakai mekap lima inci dan berdandan rambut 8 jam di salon
supaya dapat sanggul macam
pelakon opera Cina). Unduk
Ngadau membawa motif budaya
yang kudus. Ia adalah proses adat
untuk memilih persona representatif kepada Huminodun. Siapa Huminodun itu? Dalam lagenda KadazanDusun,
Huminodun merupakan anak gadis
Kinorohingan dan Suminundu yang
dijadikan korban pemujaan
semangat alam. Kenapa? Supaya
alam boleh menjanjikan rezeki dan makanan yang mencukupi. Jadi,
untuk menghargai pengorbanan
tersebut, masyarakat
KadazanDusun berikrar akan terus
mengingati Huminodun, khususnya
ketika tiba musim 'kaamatan' (mengetap padi).
Maksudnya, Huminodun adalah
simbolik kepada kejayaan
penanaman padi, iaitu aktiviti
paling sinonim dengan sosio-
ekonomi tradisional KadazanDusun. Pada era moden ini, majoriti suku
KadazanDusun telah memeluk
agama Abrahamiyah (sama ada
Islam atau Kristian). Justeru,
persona Huminodun bukan lagi
satu wakilan ritual untuk menggambarkan pemujaan dan
penyembahan semangat. Kini, ia
hanyalah satu simbolik kepada
keutuhan kosmologi budaya
KadazanDusun. Unduk Ngadau
yang dijadikan acara kemuncak Tadau Kaamatan merupakan salah
satu tunjang utama institusi
sosiobudaya suku ini: yang
tentunya merangkumi bahasa,
kesenian dan adat resam. Kerana inilah nilai status dan
simbolik seorang Unduk Ngadau –-
maka, calon-calon bagi mahkota
tradisi ini wajiblah fasih bertutur
dialek KadazanDusun. Bukan
sekadar tahu bercakap menerusi teknik hafalan (ketika
memperkenalkan diri!), TETAPI
mesti pandai bertutur secara
natural. Bahasa melambangkan
bangsa, kan? We can only verify
this quality through the Q & A session. Not through the
meaningless short pre-prepared
introduction speech, wahai Puan
Menteri! Perlu atau tidak seorang calon
Unduk Ngadau itu bertutur penuh
dalam KadazanDusun? This issue
had been rigorously debated long
years ago. Berdasarkan konsesus
ramai, ya.. memang perlu. You should stick to this consensus,
missus! Read me -- semua calon
mahkota Unduk Ngadau mesti diuji
supaya boleh, mampu, dapat dan
berupaya menggunakan bahasa
KadazanDusun (tidak kira dialek apa) dengan efektif. Lagipun, Unduk Ngadau terang-
terang merupakan satu acara
budaya, spesifik kepada suku
KadazanDusun. Jika elemen
budaya itu sudah menjadi generik,
maka Unduk Ngadau akan hilang uniknya. Ia serupa saja macam
pertandingan-pertandingan ratu
cantik yang lain. Sekadar mahu
mencari sumandak yang paling
gebu pipinya, paling montok
betisnya, paling galak matanya dan (barangkali) paling getis bila
bercakap. Dalam ertikata lain,
Unduk Ngadau ini hanya satu
metod untuk melacurkan
kecantikan gadis-gadis Kadus
secara visual. Bukan memperkenalkan keindahan
budaya asli Kadus..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...