31 Mar 2013

Cold appetizer salad dan dressing



Appetizer, ataupun dalam bahasa melayu ialah pembuka selera . Manakala  dalam bahasa Perancis 
ianya disebut  Hors d’oeuvre (starter). Appetizer merupakan hidangan pembuka selera sebelum hidangan utama (main course) yang disajikan dengan tujuan membangkitkan nafsu makan atau pun selera makan. Menurut beberapa sumber lain yang boleh dipercayai : Appetizer merupakan pegantara  hidangan utama, sebagai hidangan pembuka untuk menimbulkan selera makan kerana itu porsinya sedikit dan makanan pembuka selera selalunya menggunakan rasa yang sedikit masin, pedas ataupun masam.

Appetizer hendaknya memiliki rasa yang enak (tastefull), ringan (ligth), menyegarkan (biasanya berasa agak asam untuk merangsang selera makan), berukuran kecil (bite size, finger food), dan disajikan dengan penampilan menarik. Appetizer boleh dihidangkan dalam hidangan panas (canape, fritters, soup) atau dingin (salad, Chilled Fruit Cocktail, Shrimp Cocktail), dan adakalanya berasa pedas.

Hidangan appetizer hendaknya disajikan dengan meliputi rasa, aroma, penampilan, dan kesesuaian dengan peranggu meja agar dapat membangkitkan selera dan memberikan bayangan bahawa hidangan yang akan disajikan seterusnya akan lebih enak lagi.

kita haruslah mengetahui dahulu apakah itu salad.

A. Serve salad 
1. Appertizer salad
2. Side salad 
3. Main course salad
4. Palate - Cleansing Salad
5. Dessert salad

B. Type of salad
1. Green salad
2. Vegetable salad
3. Bond salad

C. Dressing 
1. Vinagarette 
2. Creamy 
3. Cooked

D. Hors D' Ouerves
1. Canape
2. Crudite

basic vinagrrate dan mayonis

Basic Vinaigrette



Bahan-bahan 

20 ml cuka


½ @ 1 tsp garam

½ tsp lada sulah

35 ml salad oil

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.

2. Kacau lagi sebelum digunakan.




Mayonis


                                     


Bahan-bahan

4 biji telur kuning

6 ml cuka

2 tsp garam

2 tsp mustard kering

Secubit cayenne

200 ml salad oil

10 ml cuka

10 ml jus lemon


Cara penyediaan:

1. Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati.

2. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.

3. Masukkan salad oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.

4. Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.

5. Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon.

Pastikan putih telur dengan kuning telur terpisah, jika masih banyak saki baki telur putih pada kuning telur, warna kuning telur tidak akan berubah menjadi putih.

shitake canape, devilled egg, dan waldorf salad



Shitake Canape


BAHAN-BAHAN:

20gm cendawan shitake

3 keping roti putih

3 kepingan isi ayam Turki | dihiris kecil

5 biji tomato ceri | dihiris

200g Tuna (di dalam tin)

Daun salad secukupnya

Mayonis secukupnya

Cara-cara

1. Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.

2. Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.

3. Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.

4. Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.

5. Sedia untuk dimakan.



Deviled Egg

                                   
Bahan-bahan

3 biji telur

50 ml mayonaise

30g yellow mustard

Garam

50g lada/cili benggala warna merah  hijau 

50g bawang




Cara - cara

1. Rebus telur . Kalau mahukan tektur telur tersebut lebih menarik, semasa merebus telur itu bolehlah ditambahkan sedikit garam dan cuka.

2. Setelah telur tadi masak, telur tersebut dipotong kepada dua bahagian. Ambil telur kuning dan satukan dalam satu bekas.

3. Hancurkan telur kuning tersebut. Campur sekali dengan bahan-bahan lain seperti yang dinyatakan.

4. Sesuaikan rasa masakan anda




WALDORF SALAD

                                    
Bahan-bahan

50 ml Chantilly Dressing

250 gm epal merah rangup

65 gm seleri, dipotong dadu kecil

15 gm walnut, dicincang kasar

2 daun salad sebagai alas hiasan (lettuce)

10 gm walnut cincang (hiasan)


Cara Penyediaan:

1. Sediakan dressing dan simpan di dalam peti sejuk.

2. Potong epal kepada 1 cm tanpa membuang kulitnya.

3. Masukkan ke dalam dressing untuk mengelakkan lebam.

4. Masukkan seleri dan walnut. Gaul sekata.

5. Susun lettuce di atas pinggan.

6. Letakkan kira-kira 125-175 gm salad di atas nya dengan menggunakan scoop.

7. Taburkan walnut yang dicincang halus sebagai hiasan.

8. Simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...