11 Mar 2013

Refleksi Kami (week 3)

Poached egg, sunny side up, omellete

Pancake ala mcdonald's
American Breakfast Kumpulan kami


Chef Illias
Pada 5 March 2013 iaitu pada minggu ketiga kuliah, kelas amali masakan barat telah bermula. Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi yang terdiri daripada beberapa menu iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake. Setiap ahli dalam unit saya akan menyediakan beberapa menu tertentu. Walaupun menu tersebut kelihatan agak mudah namun jika tidak dilakukan mengikut prosedurnya, masakan tidak dapat dihasilkan dengan baik. 
            Pada mulanya, En Saiful menunjukkan cara menyediakan hidangan-hidangan ini dibantu oleh ajk bahan pada minggu tersebut. Kemudian, kami menyediakan alatan yang diperlukan dan bahan-bahan mengikut sukatan yang ditetapkan. Saya ditugaskan untuk menyediakan pancake. Permulaan masakan, saya menolong kawan saya menyediakan scramble egg dan omolet terlebih dahulu kerana pancake boleh disediakan selepas masakan yang lain telah masak. Hal ini demikian kerana masa yang lebih boleh ditumpukan untuk pancake kerana kuantitinya yang banyak. Saya sangat berpuas hati dengan penyediaan pancake tersebut kerana mengikut standard yang dikehendaki dari segi rasa, tekstur, warna dan bentuk. 
           Kesemua menu dapat disediakan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan oleh En Saiful dalam kelas amali tersebut. Proses menghias hidangan pula perlu dilakukan untuk menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dan lazat. Hidangan tersebut dihidangkan mengikut tatasajian yang betul. 
            Komen yang diterima daripada unit lain akan kami perbaiki dalam kelas amali yang seterusnya. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Cik Zahidah amat berharga kepada kami untuk digunakan pada masa akan datang. Ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas amali berlangsung akan sentiasa kami praktikkan dari semasa ke semasa. InsyaALLAH.

Chef Hendry
Pada minggu ini kami telah mempelajari cara-cara untuk memasak American breakfast.Untuk American breakfast ,setiap satu hidangan lengkap terdiri daripada telur, daging, kentang, kacang panggang, sosej dan minumannya pula terdiri daripada the ataupun kopi. Jika kita lihat dalam sebuah hidangan sepinggan lengkap sarapan barat ini, sarapan cara barat agak berat berbanding dengan continental breakfast yang mana dalam continental cuma mengandungi, roti dan minumannya pula terdiri daripada jus ataupun kopi perbezaan ini adalah kerana di barat, terutama di America, makan malam mereka adalah awal iaitu sebelum jam 8 pm manakala di eropah, makan malam agak lewat kerana mereka Cuma akan mula makan malam selepas jam 8 pm. 
         Cara penyediaan sarapan pagi ini agak mudah kerana tidak banyak bahan-bahan yang terlibat dalam proses penyediaannya, semuanya mudah dan tidak memakan masa yang lama untukdisediakan. Proses menyediakan makanan ini tidak mempunyai sebarang masalah dan amali pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Untuk komen daripada pelajar yang merasai makanan kami, mereka mengatakan, tekstur roti sudah kering, dan pancake telah dimasak dengan sempurna, dan warnanya ama menarik sekali. Cuma susun atur peranggu meja saja yang bermasalah kerana napkin yang disediakan lebih daripada yang sepatutnya. Untuk penambahbaikan pada masa hadapan, saya harus lebih pandai untuk menggunakan peralatan yang sesuai untuk menggoreng telur.Ini kerana jika kita menggunakan kuali yang tidak baik, maka telur itu akan melekat pada permukaan kuali tersebut. 


Chef Daus
Assalamualaikum, pada minggu lepas adalah hari pertama dimana kelas masakan barat bermula, dan sesi memasak berlangsung. Pada minggu lepas kami diberi pendedahan tentang masakan barat yang jarang-jarang kami ketahui. Kelas masakan barat memberi kelainan kerana sebelum ini kami belum pernah memasak masakan barat dan ini memberi cabaran baru kepada saya serta rakan-rakan yang lain untuk menyediakan menu yang telah di tetapkan oleh tenaga pengajar. 
            Pada minggu lepas kami diberi tugas untuk menyediakan Sarapan pagi, iaitu Omolet, Sunny-side up, Poached egg, Scramble egg,French Toast, Sausage&baked bean and Pancake . Sebelum menyediakan sarapan pagi, kami telah diberi tugas untuk menunjukkan asas potongan sayur seperti batonet, julienne, dan lain-lain lagi. 
            Seterusnya selepas menunjukkan asas potongan tersebut, kami terus menjalankan tugas memasak.kami mengagihkan tugas di dalam ahli kumpulan saya bagi mempercepatkan tugas. Saya diberi tugas untuk memasak French toast. French toast ialah roti yang disalur dengan telur, namun ditambah dengan susu segar untuk menambahkan rasa.Walaupun ianya nampak senang untuk dibuat, namun perlu mempunyai kemahiran untuk menyediakan, tambah-tambah kami belum pernah menyediakan sarapan seperti ini. French toast yang saya sediakan sedikit tawar, mungkin semasa menyediakan bahan-bahan saya meletakkan garam sedikit menyebabkan kurang masin. 
            Selepas sesi memasak kami dikomen oleh kumpulan 7, komen-komen yang diberikan oleh belia kami terima dengan hati terbuka agar minggu depan akan lebih berhati-hati dan mambuat dengan lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...