26 Nov 2013

Gedion Hilarius - Suara Hati


Telah ku mencoba melupakan dirimu

Tapi ku tak berdaya menlenyapkan cintamu

Kerna ku tak sanggup kehilangan dirimu 

Meskipun ada yang milikimu



Chorus: 

Oh kasih kau dengarlah

Suara rintihan hatiku padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku



Mengapa kau harus mendustai cintaku

Semua yang ku mau kejujuran darimu

Takku menduga 

Kau tinggalkan diriku

Berkecai semua harapanku



Cho:

Kasihku kau dengarlah

Suara rintihan hatikuk padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku

Oh kasihku kau dengarlah

Suara rintihan hatiku padamu

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Takkan terhapus dari sanubariku

Yang telah terpaut di dalam jiwaku

Tkkan terhapus dari sanubariku

21 Nov 2013

SABUN BERAS COLLEGEN K BROTHERS area Tambunan



Makin lama makin ramia yang inginkan kulit yang lebih sempurna dan cantik, sabun collegen beras yang diimport khas daripada thailand ini memungkinkan anda mencapai hasrat anda itu. Orang Tambunan khususnya boleh dapatkan secara satu buku atau sedozen. Kalau beli sedozen sabun beras dari saya anda akan dapat sebatang Eyeliner Mac ini. Menariknya tentang eyeliner ini, ianya tidak seperti eyeliner konvensional, ia tidak perlu diasah dan hujungnya yang lembut tidak merengsakan kulit gebu anda dapatkan sekrang.

Harga sebuku RM 3.40 boleh dapatkan secara COD di Tambunan
komen di bahagian komen utk mendapatkan harga terbaik.

11 Oct 2013

Review : KUKUBIMA ENER-G!



Hilang satu peket sebab dalam sudah digunakan

Kawan-kawan sekalian hari ini admin akan mengulas pasal satu lagi produk tapi ini bukan produk kecantikan tetapi produk untuk tenaga ekstra ketika bersenam ataupun selepas bersukan. Tapi admin selalunya akan gunakan produk ini sebelum ke gym ataupun selepas habis bergym. Hakikatnya produk ini perlu diminum 2-3 peket sehari tapi macam rugilahkan kalau sudah makan banyak lepas tambah lagi minuman tenaga ni. Lainlah kalau yang betul-betul mau jadi body builder bolehlah, tapi kalau macam admin ni yang setakat mau tambahkan saiz sikit supaya nampak cantik lah kunun baju yang dipakai, kes mangsa fesyen lahni hehe. 

Admin pun selalu juga ambil ni kalau admin mau pergi gym tapi rasa kurang tenaga, sememangnya ianya membantu admin untuk menambah tenaga dan dari segi psikologinya diri akan rasa lebih kuat dan bersemangat semasa di gym sebab sudah meminum produk ini. Kalau dari segi kos mungkin adalah lebih baik beli glukos yang jual satu tin tu sebab kalau dikira-kira yang glukos tin biru tu lagi banyak dan jimat, kalau anda bernasib baik jumpalah yang glukos perisa original dengan harga RM9.90 selalunya yang admin jumpan yang harga dia RM 10.90 ataupun yang RM11.90 tapi lamalah juga pakaikan hehehe. Tapi admin selaunya campur saja dua-dua produk ini, lebih efisien kunun.

Baiklah mengenai produk ini rasanya seperti kopi tapi terasa macam kopi yang dicampur dengan glukos sikit, boleh dibancuh dengan air panas ataupun air sejuk dua-dua boleh, admin selalu guna air suam sebab suka tengok air macam mengelegak sebab kesan daripada sodium bicarbonate dalam produk ini kali. Tapi ada kafein taw produk ni kalau ko ada masalah susah mau tidur janganlah syok sendiri mau pakai nanti inda dapat tidur la jawabnya. Sesetengah gym ada jual ni barang tapi dorang jual by peket, RM1 dorang jual jadi bagus admin beli satu kotak terus, RM2.50 lagi jimatkan hehe. Jadi yang mau masuk gym tu boleh try ni barang manataw bagus untuk anda. 

Nota Ringkas......

Nama Produk : kukubima ener-g
Net : 6 sachet setiap sachet ada 4.5g
Syarikat : sidomuncul indonesia
Harga : RM 2.50
Rate : 4 star from 5 star
Kandungan : panax radix ginseng, royal jelly, honey, taurine, caffeine, vit B3,vit.B6,vit.12, Aspartame,cyclamate,acesulfame,sodium bicarbonate, citric acid,flavour coffe, instant coffe dan caramel.

10 Oct 2013

Lagenda : Mondowoi Si Gergasi Tambunan


Jika anda merupakan anak kelahiran asli Tambunan anda pasti pernah mendengar nama Mondowoi yang mana Mondowoi merupakan manusia bersaiz gergasi yang tinggal di Tambunan. Cerita ini mempunyai pelbagai versi, sehingga admin sendiri kurang pasti versi cerita manakah yang asal dan asli, admin sendiri pun kurang pasti. Tetapi cerita yang admin bakal kongsikan bersama pembaca hari ini ialah versi yang pernah admin dengar daripada orang-orang di sekeliling admin termasuk dadi admin sendiri. Selalunya sebelum kami tidur semasa kami masih kecil pasti dadi akan ceritakan kisah-kisah mitos dulu-dulu. "Tangon dongulu-gulu"(cerita) yang selalu akan berulang ialah cerita tentang mondowoi ini. 

Dari apa yang admin diceritakan dikatakan bahawa Mondowoi merupakan anak seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan "tompululangoi" hantu yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada pokok bambu dan mempunyai bulu kaki yang sangat banyak. Terdapat mitos sekiranya seseorang itu dapat mencabut bulu kaki "tompululangoi" tersebut orang itu akan menjadi kaya-raya.

Pada mulanya Mondowoi merupakan seorang manusia yang baik dan sentiasa menolong orang kampung yang berada di dalam kesusahan. Salah satu kebaikan yang pernah Mondowoi lakukan ialah ketika musim kemarau dikatakan Mondowoi telah berbaring secara melintang di sungai "Pagalan" untuk menakung air untuk menampung keperluan penduduk setempat.

Namun oleh kerana tubuh badannya yang besar dan tinggi daripada manusia biasa Mondowoi memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak, Mondowoi mulai mencuri haiwan ternakan masyarakat setempat untuk dijadikan makanan. Akibat perbuatannya itu penduduk tempatan membuat keputusan untuk membunuh Mondowoi kerana perbuatannya menyebabkan mereka tidak dapat memberikan makanan kepada ahli keluarga mereka. Dikatakan bahagian tubuh badan Mondowoi telah di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian kerana sukar untuk ditanam berikutan saiz dan kepanjangan badan beliau dan menurut mitos salah satu bahagian badan Mondowoi ditanam di Kampung Sandapak dan tanah dimana bahagian itu ditanam ditumbuhi sebatang pokok yang tinggi seperti ketinggian Mondowoi. Apa-apapun ini cumalah mitos dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pengajarannya kita tidak boleh membunuh hanya kerana perasaan marah dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya. Semoga cerita tersebut boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.

9 Oct 2013

Seram : Perbarisan Hantu Perang Dunia Ke ll Di Ranau Sabah





                                     Gambar yang diambil oleh Mayor John Tulloch 


RANAU - Kisah benar ini berlaku di Borneo ataupun dikenali sebagai Sabah pada tahun 1945 ketika perang dunia kedua masih berlangsung, ketika Perang Dunia ll buruh dan tawanan perang dipaksa untuk berbaris dan berjalan kaki daripada Sandakan menuju ke Ranau dengan kawalan ketat dan kejam dibawah senjata tentera Jepun.


"Perarakan Meriah" ini umpama suatu penyeksaan neraka kerana mereka dipaksa berjalan sejauh 160 batu selama sebulan dengan keadaan berkaki ayam, tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan dalam keadaan keletihan ditambah pula dengan cuaca yang panas terik.


Tidak cukup dengan seksaan itu mereka yang rebah dan tidak mampu meneruskan perjalanan akan dibiarkan mati begitu sahaja, ditembak ataupun dipancung. Tragisnya mereka yang masih hidup terpaksa memakan daging daripada mayat rakan mereka sendiri kerana kekurangan makanan.


Kesemua tawanan perang yang terdiri daripada 3600 orang indonesia dan Filipina serta 2400 tawanan perang yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat Australia mati akibat tidak tertahan dengan kedaan mereka. Hanya 6 orang tentera raykat Australia yang dapat melarikan daripada seksaan dahsyat itu. Ketika tragedi itu kian dilupakan oleh masyarakat sekeliling bahkan mungkin ada yang tidak sedar akan peristiwa tersebut, kini tragedi tersebut muncul kembali dalam sekeping gambar yang diambil oleh seorang warga Inggeris Mayor John Tulloch pada tahun 2010.


Gambar tersebut diambil ketika beliau mengambil gambar di kawasan jalan perarakan maut tersebut dengan tidak sengaja. Ianya dirakamkan ketika beliau di dalam kereta dan pada mulanya beliau menyangka bahawa ianya merupakan bayangan daripada tuala yang berada di papan pemuka kereta tetapi setelah diteliti ternyata imej tersebut menyerupai susuk tubuh manusia yang sudah menjadi kurus kering berjalan dalam satu perbarisan yang sangat menyeramkan. Mungkin Begitulah rupanya keadaan askar-askar yang telah diseksa 70 tahun yang lalu.


“Kami sedang melintasi jalan di sepanjangjalan itu , saya mengambil sekitar 200 gambar menggunakan kamera digital,” kata beliau, seperti dalam Daily Mail, Khamis 27 September 2012.


adakah berkemungkinana roh mereka masih tidak tenteram dan sebab itulah mereka masih merayau di sekitar jalan-jalan tersebut...

4 Oct 2013

Review : YOKO STYLE SUPER HOLD WAX

PRODUK RAMBUT

Baiklah salah satu produk lagi yang admin cuba baru-baru ini ialah produk rambut iaitu produk seperti yang berada dalam gambar diatas. Harga dia bolehlah tahan sebab kalau disebut tentang produk wax rambut ini memang mahallah apalagi kalau yang dari mandom tu yang warna putih tu onda perlu cakpalah harga dia yang paling kecil tu pun RM 2.90 dalam 20 g kalau tidak silap. Memang kikis duitlah bah juga kalau beli tiap-tiap minggu kan yalah kadang-kadang tiap-tiap pakai kalau pergi kelas atau kerja. Tapi untuk produk ini admin sebenarya terjumpa di salah sebuah kedai di Tambunan tempat admin sendiri. Wah tidak sangka ada juga produk seperti ini di sana yalah sebab selalunya di semenanjung ada baru di Sabah ada, mungkin ada tapi puas admin round-round inda juga jumpa-jumpa produk rambut ini, sebab harga di kedai yang admin beli tu RM 5.00 bah jadi manatau ada yang lebih murah lagi di semanjung (nama kedai dirahsiakan sebab admin mau beli sebelum habis hehe <<< sebenarnya lupa nama kedai tersebut) , tapi inda pula jumpa sedih jugaklah kalau tidak memang admin belilah banyak-banyak sebagi stok diri sendiri.

Kalau perempuan cakap rambut sebagai mahkota mereka begitu juga untuk para arjuna, manakan inda kadang-kadang orang yang biasa-biasa saja pun nampak hensem dari kebiasaan kalau menggunakan produk yang sesuai. Admin juga salah seorang pria yang menggunakan style rambut spike2 macam model dalam produk diatas, sebab kalau style rambut lain muka admin nampak lebih bulat dan tidak ada rupa geometri hehe, yang taw pasal bentuk muka tu tau-taulah apa yang admin maksudkan dengan geometri. Baiklah tentang produk ini admin agak suka menggunakannya memadangkan ianya mampu menyempurnakan style rambut admin. Rasanya kesannya hampir sama dengan produk wax yang lain yang berwarna putih tu maksud admin daripada rangkaian Mandom. Selepas memakai produk ini pastikan anda membasuh tangan sebab produk ini membuatkan tangan anda sedikit melekit. Tapi kalau pakai wax yang berwarna putih pun sama juga kena basuh tangan. Apa yang admin suka ialah ia tidak meninggalkan kesan-kesan putih pada rambut dan style rambut bertahan agak lama. 

Macam inilah rupa isi kandungan wax tersebut.


Rasanya kamu juga jarang jumpa wax berwarna jernih macam ini kan tapi percayalah memang ada wax seperti ini. Baunya pun menyenangkan mild fragrance katanya di sticker dia. Kepada jejaka-jejaka diluar sana sila membuat pilihan yang baik ketika membeli produk rambut ada juga produk yang membuat muka nampak berminyak seterusnya berjerawat tapi produk ini tidak memberikan kesan sedemikian



Nota Ringkas.......
Produk : Yoko Style Super Hold Wax
Nett : 100 g
Syarikat : Yoko China
Rate : 4 star from 5 
Harga :RM 5 mungkin lebih murah pun ada lagi
Ingredients : Water, Transparent Wax Base Material, Glycerine, propylene Glycol, Hydantoin and perfume.


Review : PIXY FACIAL FOAM BRIGHTENING

Harga di DIY  RM 6.90
Baiklah hari ini admin mahu hendak membincangkan tentang pencuci muka. Kalau cakap pasal pencuci muka pasti ramai lelaki diluar sana yang tidak seberapa mengambil perincian tentang produk pencuci muka ini.Ramai jejaka memandang enteng perkara tersebut dan terbukti sekali apabila ada yang menggunakan sabun mandi untu membersihkan muka. Untunglah kalau ada pria diluar sana yang mempunyai muka sudah sedia "flawless" dan tidak memerlukan produk yang khusus untuk penjagaan kulit wajah. Bagi admin sendiri pernah satu ketika dulu ketika masih di alam persekolahan memang pernah juga menggunakan sabun mandi seperti Lux, sabun Fruitale dan jenis-jenis sabun lain. Tapi apabila berada di tingkatan 2 pencuci muka seperti amat perlu kerana keadaan muka admin yang semakin berjerawat. Tapi pedulikan tentang itu semua itu semua kisah lalu memanglah bermasalah kalau tiap-tiap hari jalan kaki pulang rumah dan pergi ke sekolah kan, tapi syukurlah ada pengalaman seperti itu budak-budak zaman sekarang sudah ramai yang malu untuk berjalan kaki.

Dalam membeli produk pencuci muka admin mementingkan kesan pada kulit wajah admin dan juga kesan terhadapa kewangan admin. Yalah kadang-kadang produk yang bagus agak mahal menyebabkan dompet admin tergugat. Okeylah sebelum ini admin menggunakan produk Ponds yang warna Pink tu, bukan sebab apa tapi yang tu buat muka admin tidak berjerawat dan tidak mengeringkan muka admin, walaupun ada orang cakap itu produk untuk perempuan tapi bagi admin jika ianya sesuai dengan kulit muka kita, tidak salah jika pria turut menggunakannya tambahan pula memang tidak dapat dinafikan produk penjagaan lelaki sangat mahal. Baiklah baru-baru ini admin singgah satu kedai yang diberi nama DIY mungkin kedai ini cuma terdapat di semanjung kalau ada di Sabah tempat admin sendiri kan bagus. Kembali kepada topik tengah berkeliaran disana sini tiba-tiba admin terpandanglah produk pixy ini. Belek-belek macam ok ja, harga pun murah RM 6.90. Kalau pond dengan berat yang sama harganya 9.90 ataupun 10.90, bergantung kepada tempat anda beli produk berkenaan, kalau di GUardian atau Watson harga Pond ialah 10.90 kalau kedai-kedai biasa 9.90 jadi jimat RM 1. Dizaman yang serba serbi menggunakan duit ini setiap ringgit berharga. Untuk pengetahuan semua produk ini merupakan produk kosmetik daripada indonesia dan rasanya Pond juga produk Indonesia. Memandangkan sekarang ini admin banyak mencuba produk yang belum pernah dicuba maka admin pun beli setiub ini. Sampai rumah was-was juga untuk mencubanya, tapi kalau bukan sekarang bila lagikan?

Selalunya admin ambik masa seminggu untuk menentukan produk tersebut okey atau tidak pada admin. Buih yang terhasil agak banyak dan baunya juga menyenangkan berbeza sekali dengan pendapat admin pada awal pertemuan dengan produk ini. Oh patutlah syarikat Mandom yang menghasilkan produk ini patutlah produk ini berkualiti. Selepas seminggu penggunaan sememangnya ianya memuaskan hati admin. Tiada kesan yang tidak diningi seperti kulit kering dan berjerawat. Muka juga tidak bersinar selepas basuhan. Dengan harganya yang sememangnya bagi admin cukup berbaloi-baloi, admin akan beli lagi produk ini dalam 2-3 tiub sebelum balik sabah nanti. Confirm!!! (Admin tidak mendapat apa-apa tajaan untk produk ini ini cuma pendapat ikhlas dari admin, kalau tidak percaya cepat cuba!!!!! :) )

Nota Ringkas......

Nama Produk : Pixy Facial Foam Brightening
Net : 100 g
Syarikat : Mandom Indonesia
Harga : RM 6.90
Rate : 4 star from 5 star


11 Sept 2013

Asal Usul Orang Dusun dan Kadazan

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agamaKristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnikKadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Petikan diatas dipetik daripada blog http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.com/2012/03/sejarah-suku-kaum-kadazan-dusun-di.html admin cuma pinjam sebentar untuk tujuan pengkongsian harap admin blogzzpejuangbangsa tidak kisah ya.

Selain daripada berdasarkan cerita orang-orang lama, orang dusun ini berasal daripada Tanah Besar Cina dimana mereka menggunakan mungkin kapal-kapal air untuk sampai disini. Apapun salhsilah orang dusun masih diselubungi misteri sehingga pada hari ini kerana tiada rekod yang menyatakan sejarah asal usul dusun telah direkodkan.

Apa yang lebih penting bagi admin ialah admin berbangga dapat menjadi orang dusun dan sentiasa memperkayakan diri dengan pengengetahuan tentang kaum admin sendiri iaitu dusun. Cintailah bangsa dan sentiasa berbangga dengannya.

konvokesyen UPSI 2013 kali ke 15

wah sudah lama rupanya admin tidak update apa2 dalam blog ni kan, biasalah tu sibuk di kampung banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan sebagai seorang anak kampung, macam dia bilang si jimmy palikatkan anak kampaung susah banyak karaja tapi tiada duit.

banyak kerja yang saya laksanakan di kampung terutamanya membantu ibu-bapa yang lama sudah ditinggalkan di kampung, erm saya pun kurang pasti kemana sebenarnya hala tuju ni blog tapi hentam sajalah yang penting kamurang happy saya pun happy.

sebenarnya mau cerita pasal konvo kali ke 15 bah nie, tapi hakikatnya sudah juga kamu tau kan konvo tu apa?? bagi adik-adik yang tidak tahu, konvo tu merupakan hari penyampaian sijil habis belajar di universiti. ingat adik-adik bukan konvoi motor taw, atau combo KFC lain sudah tu makna dua-dua ayat tu :). saya guna ayat penyampaian sijil habis belajar sebab mungkin lebih mudah difahami oleh mereka yang masih di sekolah menengah. sebab dulu masa saya sekolah menengah saya sendiri pun tidak tau apa tu konvokesyen. mcm mana cara-cara tu konvokesyen. kurang pendedahan kali tapi saya yakin generayi Y skrg ni advance sudah jadi semua perkara kamu taw sudah. sebenarnya saya isi masa lapang seja bah ni. tapi kalau kamurang belajar betul-betul pasti konvo tu menjadi lebih bermakna. saya sendiri akan mengkonvokan diri hari esok kalau tiada masalah.

tapi kenapa macam saya tiada perasaan ni?? tengok kawan-kawan bukan main lagi update-update pasala konvo. mungkin saya pun patut ikut-ikut macam tu supaya saya ada semangatkan hehehe


sebelum pergi konvo sempat menemankan anak-anak buah pergi bagi ikan makan

jauh abang dia tingalkan adik dia 

2 Jun 2013

Apakah Makna Sebenar Unduk Ngadau.

Image
Immaculate Ratu Unduk Ngadau 2013
Unduk Ngadau bukan pertandingan
ratu cantik konvensional. Ia bukan
sekadar medan mencari
perempuan lawa, lampai dan
gedik (hingga ada yang kemaruk
mahu pakai mekap lima inci dan berdandan rambut 8 jam di salon
supaya dapat sanggul macam
pelakon opera Cina). Unduk
Ngadau membawa motif budaya
yang kudus. Ia adalah proses adat
untuk memilih persona representatif kepada Huminodun. Siapa Huminodun itu? Dalam lagenda KadazanDusun,
Huminodun merupakan anak gadis
Kinorohingan dan Suminundu yang
dijadikan korban pemujaan
semangat alam. Kenapa? Supaya
alam boleh menjanjikan rezeki dan makanan yang mencukupi. Jadi,
untuk menghargai pengorbanan
tersebut, masyarakat
KadazanDusun berikrar akan terus
mengingati Huminodun, khususnya
ketika tiba musim 'kaamatan' (mengetap padi).
Maksudnya, Huminodun adalah
simbolik kepada kejayaan
penanaman padi, iaitu aktiviti
paling sinonim dengan sosio-
ekonomi tradisional KadazanDusun. Pada era moden ini, majoriti suku
KadazanDusun telah memeluk
agama Abrahamiyah (sama ada
Islam atau Kristian). Justeru,
persona Huminodun bukan lagi
satu wakilan ritual untuk menggambarkan pemujaan dan
penyembahan semangat. Kini, ia
hanyalah satu simbolik kepada
keutuhan kosmologi budaya
KadazanDusun. Unduk Ngadau
yang dijadikan acara kemuncak Tadau Kaamatan merupakan salah
satu tunjang utama institusi
sosiobudaya suku ini: yang
tentunya merangkumi bahasa,
kesenian dan adat resam. Kerana inilah nilai status dan
simbolik seorang Unduk Ngadau –-
maka, calon-calon bagi mahkota
tradisi ini wajiblah fasih bertutur
dialek KadazanDusun. Bukan
sekadar tahu bercakap menerusi teknik hafalan (ketika
memperkenalkan diri!), TETAPI
mesti pandai bertutur secara
natural. Bahasa melambangkan
bangsa, kan? We can only verify
this quality through the Q & A session. Not through the
meaningless short pre-prepared
introduction speech, wahai Puan
Menteri! Perlu atau tidak seorang calon
Unduk Ngadau itu bertutur penuh
dalam KadazanDusun? This issue
had been rigorously debated long
years ago. Berdasarkan konsesus
ramai, ya.. memang perlu. You should stick to this consensus,
missus! Read me -- semua calon
mahkota Unduk Ngadau mesti diuji
supaya boleh, mampu, dapat dan
berupaya menggunakan bahasa
KadazanDusun (tidak kira dialek apa) dengan efektif. Lagipun, Unduk Ngadau terang-
terang merupakan satu acara
budaya, spesifik kepada suku
KadazanDusun. Jika elemen
budaya itu sudah menjadi generik,
maka Unduk Ngadau akan hilang uniknya. Ia serupa saja macam
pertandingan-pertandingan ratu
cantik yang lain. Sekadar mahu
mencari sumandak yang paling
gebu pipinya, paling montok
betisnya, paling galak matanya dan (barangkali) paling getis bila
bercakap. Dalam ertikata lain,
Unduk Ngadau ini hanya satu
metod untuk melacurkan
kecantikan gadis-gadis Kadus
secara visual. Bukan memperkenalkan keindahan
budaya asli Kadus..

Huminodun Si Semangat Padi yang telah Pergi

Semangat Padi
KEMARAHAN meluap-luap. Nada suaranya tidak lagi menggambarkan dia seorang tua yang harus dihormati. Apa lagi menjadikan kata-katanya itu daya rangsangan positif. Walau dahi berkeringat dan matanya pejam celik, namun belum cukup menyedarkan betapa panas matahari ini mengharuskannya bersabar. Sewajarnya dia perlu meneguk air bukan melancarkan hamburan maki hamun bagi mengurangkan asakan amarah. 

Dia orang tua yang sentiasa menghuru-harakan suasana saat-saat akhir musim menuai. Kulitnya yang hitam legam itu menjadi petanda kepayahan dan kesungguhannya selama ini. Usianya 70 tahun dan susuk tubuhnya kecil, tetapi tidak ada siapa pun yang menafikan kekuatannya. Dia pantang dicabar. Dia masih juga terbongkok-bongkok meneruskan pekerjaan tradisi ini. Menggagahkan diri mengharungi lumpur dari satu musim ke musim lain membanting tulang empat kerat. “Orang tua itu sudah gila. Sebelum magavau dia sudah mabuk. Berkelakuan seolah dialah raja. Dialah yang berjasa.” Ketua Kampung hanya mengangguk. Bukan menyokong anak buah atau orang tua itu. Tidak jua dia menolak kebenaran orang tua itu atau kesahihan hujah anak buahnya. Ada tusukan halus yang menjalar dalam sanubari. Terlalu dalam sehingga dia harus berhati-hati bertutur kata, apa lagi memberi jawapan yang akan di sambut dengan gelak ketawa. Dia perlu juga berdiam diri barang satu saat untuk berfikir. Hamburan kata Lacius sudah kedengaran sepuluh tahun lalu. Semakin lama kebenaran semakin jelas. Gemalai tarian tidak sepadan kepayahan yang tercurah ke bumi. Segalanya sudah berubah. Matlamat dan prinsip juga jauh terpesong. Demikian juga musim yang bercelaru menghambat keinginan. Mematikan langkah kaki dan hanya kerana kesedaran hidup harus diteruskan maka tanah sawah ini masih terus di usahakan. 

Dan akhirnya hanya kelihatan ‘orang-orang sawah’ yang longlai di tengah sawah padi. 

Itulah gelaran kepada Lacius. Orang tua yang masih juga menggagahkan diri mengusahakan sawah padi. 

Ketua Kampung pun tidak terkata jika Lacius berhujah. Dia sudah lama tidak menginjak kaki ke tanah sawah apa lagi mengangkat cangkul atau sengaja mahu terpalit lumpur. Gaji bulanan selaku ketua kampung sudah cukup menyara hidup tuanya. Dia hanya perlu prihatin dan peka akan laku anak buahnya. Sekali-sekala dia hanya perlu berdiri di tepi jalan raya memerhatikan jentera membajak tanah sawah dan jika berkesempatan bertanya jumlah hasil yang berjaya dikeluarkan musim ini. Jika hasil kurang dari musim sebelumnya, pasti ada yang tidak sempurna. Mungkin soalan itu diajukan pada alam atau bambazon. 

Tidak ada siapa yang tahu kegusaran menghambat-hambat dalam jiwanya setiap kali lori mengangkut semua hasil padi beredar. Siapa mungkin akan mengerti makna magavau jika keringat tidak mengalir di tengah-tengah panas mentari. Siapa mungkin akan merasa kenikmatan apabila burung pipit tidak sudi hinggap di rumpun padi dan meninggalkan padi yang tunduk berisi. 

Hanya orang tua sepertinya yang faham atau ibu tua yang masih bergantung harap pada rezeki si padi. 

Itulah yang menjadikan Lacius ‘mabuk’ sebelum waktunya. Bernostalgia saban musim. 

Tahun ini seperti juga tahun sebelumnya semakin mencabar buat Lacius dan orang-orang sepertinya. Musim sudah berubah. Tengkujuh menjadi kemarau. Kemarau menjadi ribut. Banjir tidak juga membunuh anak padi kerana empangan pun hampir kering. Dia tidak marah pada alam kerana alam jua yang menyuburkan segala yang hidup di muka bumi ini. Marahnya hanya pada manusia. Manusia yang lupa berbudi pada tanah. 


Sepanjang hayatnya dia mempercayai semangat bambazon. Apabila berakhir musim padi, magavau diraikan tanda kesyukuran dan berterima kasih penghasilan padi pada musim itu. Terlalu besar harapan di pikul agar hasil dituai berlipat-ganda pada musim seterusnya. Mendiang Orang Kaya-kaya (OKK) Sodomon, Ketua Anak Negeri Keningau yang mengusulkan idea sambutan ini dan 1960 diluluskan sebagai cuti umum. Tahun demi tahun satu Malaysia juga sedar akan pesta ini. 

Namun semakin lama dia pula semakin cuak. Saban waktu kegembiraan terbit kerana cuti umum bukan semangat menjalar dari pesta ini. 

“Jika sawah padi ini tidak lagi membuahkan hasil tetapi hanya lalang dan tidak ada seorang pun manusia berdiri di tengah sawah ini, apa maknanya magavau itu?” Dia tahu anak-anak muda menyamakan dirinya seperti orang-orang sawah. 
Sompoton

Mereka berseloroh bahawa burung pipit pun tidak akan takut malahan terbang mengejek. Ikan sepat, koruk dan jalak pun sengaja mengapungkan diri merasai kebosanan kerana tidak ada lagi suara anak-anak kecil yang nakal berlari-lari di sawah padi. Sang kerbau juga semakin menjauh. 

Tanah sawah ini amat sepi pembayang penghujung hayat seorang tua. Padi-padi ini hanya membesar bersama alam, bunyi angin atau burung pipit atau ditemani bunyi jentera. Jentera membajak. Jentera menanam padi dan penghujung musim, jentera menuai padi. Hinggalah bunyi lori yang hanya perlu menunggu di tepi sawah mengangkut hasil padi itu untuk di bawa pulang ke kilang. 

Dan Lacius akan mendapat bayaran setiap karung yang diniagakan. Atau menunggu sebulan dua setelah padi itu menjadi beras. Dia sengaja membawa pulang satu atau dua karung padi buat pelepas rindu. Jumlah itu tidak cukup memenuhkan ketawai dan sebelum musim bermula simpanan padinya sudah habis. Sekoyong-koyongnya dia perlu ke pasar raya membeli beras. 

“Kita sudah hilang penghormatan terhadap semangat padi. Kita terus juga berpesta dengan harapan rezeki akan datang lebih baik dan banyak. Tetapi lihat saja, siapa yang tinggal untuk mewarisi pekerjaan ini? Pesta apa yang kita teruskan?“ 

“Sudahlah! Jangan diturut marah. Seorang bayi pun akan menjadi orang tua seperti kita. Ideanya juga meluap-luap mencanai perubahan demi perubahan. Kita harus akur.” Ketua Kampung memujuk Lacius.

“Tetapi apa maknanya magavau jika satu hari nanti sawah padi semakin sukar ditemui? Apa yang harus dipuja Bobolian? Pasti bambazon akan hilang dan hidup kita semakin susah. Apa nasib kita jika segenggam beras sama harganya dengan minyak?” Orang kampung mengata dia sudah nyanyuk dan hanya menunggu waktu pergi. Lacius tidak peduli. Dia tahu anak-anak muda semakin bacul mengeluarkan idea untuk kebaikan bersama. Biarkan saja dia yang bersuara siapa tahu akan ada juga yang mahu berfikir walau berpura-pura tidak mendengar. 

“Selagi beras menjadi makanan rugi, sawah padi ini harus terus mengeluarkan hasil. Siapa tahu sepuluh tahun lagi kita akan mampu menduga kitaran alam. Kita akan dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi.“ Pujuk Ketua Kampung. Dia juga malu pada diri kerana hanya perlu menunggu wang sewaan tanah sawah. 

“Aku sudah bosan meraikan magavau sebegini. Kita sudah hilang semangat Kinoingan dan Huminodun. Mana Suminundu yang melahirkan anak-anak bersemangat tunduk do tadau?” Lacius mula menari Sumazau seperti laku burung layang-layang atau bambarayon. Tubuh kerasnya masih bersisa gemalai namun gerak tarinya melambangkan kekecewaan. Dia menjerit. Menendang tiang rumah. 

“Jangan begitu, kerana adanya magavau inilah, sawah padi ini masih juga mengeluarkan hasil.“ 

“Mungkin sekali lagi kita akan kebuluran? Adakah kita berharap Kinoingan akan mengorbankan anaknya sekali lagi?” Ketua Kampung semakin sukar mencela. Lacius sudah mabuk. Mabuk bersama keberangan. Matanya merah dan mula berkaca. 

“Siapa tahu Kinoingan akan mengorbankan anaknya sekali lagi bukan?“Ketua Kampung bertutur lembut. Lacius mengangkat muka. Sebak. Dadanya turun naik. Kesihatannya semakin merudum. Orang kampung juga menahan diri bertekak dengannya. 

Biarlah dia semakin marah sehari sebelum magavau. 

“Aku bukan Kinoingan.” 

“Aku tahu tapi semangat Kinoingan itu ada pada setiap ibu bapa. Selagi hidup, kita tidak akan berhenti berlari. Setiap saat kita inginkan kebaikan tetapi tidak semua kita peroleh walau pada saat akhir hidup.” Ketua Kampung mengintai botol-botol tuak yang masih berada dalam beg plastik. Demikian juga Lacius. Beg plastik itu benar-benar mengganggu ketenangan mereka. Ketua Kampung mengurut dada. Lacius tersedu. Sempat meneguk air kosong di depannya. 

“Aku kehilangan Huminodun yang tidak mahu berkorban diri untuk aku orang tuanya. Dia sudah lupa. Aku tidak mampu memberinya jambangan bunga atas kejayaan yang dicapainya.” Air matanya mengalir. Sedu tangisan seorang tua yang kehilangan amat menyayat hati. 

“Mungkin sudah menjadi resam Huminodun akan korbankan dirinya untuk kebaikan semua orang bukan setakat orang tuanya. Siapa tahu satu hari nanti dia akan kembali dengan ilmu, menjadi pemimpin bermoral. Huminodun tidak perlukan jambangan bunga yang akan layu dan tidak mengenyangkan. Cukup sekadar tangkai padi.” Pujuk Ketua Kampung. 

“Lihat aku tinggal sendirian di rumah ini. Sawah padi ini menjadi teman yang mengingatkan aku pada anak-anak. Mengisi waktu yang bagaikan terlalu panjang. Setiap kali magavau, rumah ini tidak pernah sunyi, tetapi sudah bertahun hanya aku menjadi penunggu di sini. Huminodunku sudah lama pergi. Aku berharap dia akan kembali.” Lacius tidak dapat berselindung lagi. Sekian lama dia menyembunyikan kerinduan itu di tanah sawah ini. Dia bukan bimbang siapa akan mewarisi semua ini tetapi resah bersendirian tanpa teman. Lacius mengalihkan pandangan dari beg plastik itu. Dia menarik nafas panjang. Tersenyum sayu mengekori bambarayon yang terbang pulang. 

*Menurut cerita lisan suku kaum Dusun, Kinoingan (Dewa) dan isterinya Suminundu mengorbankan anak gadisnya Huminodun untuk menyelamatkan suku kaum Dusun dari kebuluran. Kononnya sebahagian mayat Huminodun mengeluarkan benih padi maka wujudlah kepercayaan bahawa padi mempunyai semangat yang di beri nama sebagai bambazon. 


Glosari 

Magavau: Pesta Kaamatan 

Koruk: Ikan puyu 

Jalak: Ikan haruan 

Ketawai: Tempat menyimpan padi. Tunduk do tadau Sifat lemah-lembut tetapi berani/tegas 

Bobolian: Pemuja semangat padi 

Bambazon: Semangat padi 

Tuak: Arak buatan tempatan.

Resipi Tuhau - Makanan Tradisional Sabah (Selamat hari Kaamatan dan Hari Gawai)

Baiklah semalam yang mana baru saja dalam 3 jam yang lepas admin ada menyertai pesta kaamatan yang di anjurkan oleh salah satu badan persatuan gabungan anak-anak sabah yang diberi nama CUTE's UPSI. Dalam program tersebut mereka merayakan pelajar khususnya daripada sem 8 yang bakal menghabiskan pembelajaran di UPSI (termasuk admin la tu hehe ) maka dengan itu majlis tersebut admin dapat masuk FREE, ya, mmg semua orang suka kalau dapat makan FREE kan hehehe, makanan yang di sediakan terdapat dalam dua bahagian iaitu makanan tradisional dan makanan biasa(makanan yang biasa kita makan) 

Yang menariknya terdapat makanan tradisional Sabah yang di panggil "Tuhau" yang mana ianya mungkin boleh dikategorikan dalam suku sakat, budu kelantan tu. Cuma mungkin nampak betullah beza dia kan. Tuhau ni merupakan satu jenis jeruk yang semacam cili pototng. Ianya diperbuat daripada batang bunga kantan, jadi sapa yang tidak tahu batang kantan, memang tidak pernah masuk dapur hehe. Tapi bukan batang dia yang hijau tu tapi isi dalam batang tu yang digunakan ya. Alah yang warna pink-pink sikit tu. 

Inilah Batang Kantan 
isi Batang kantan

Baik hari ini admin mau ceritakan pula bagaimana membuat Tuhau. Tapi yang ini admin cuma cerita secara kasar tanpa sukatan sebab selalunya mami admin buat, main agak saja, sedap juga.

Bahan :

Cili padi
Cuka makan
Batang kantan
Bawang putih

cara penyediaan :
1. Senang saja, potong batang kantan tersebut secara cincang, tidak payah sampai putus pun boleh, sebab dalam bunga kantan tu ada macam tali-tali yang buat batang kantan tidak putus walaupun potong habis.
2. Kisar cili Padi, campur beberap ketul bawang putih.
3. Campurkan cuka dengan hasil kisaran tadi dalam botol dan tambahkan batang kantan yang sudah dipotong tadi, nah siap sudah Tuhau kita, boleh makan sudah. paling sedap makan dengan ikan masin dan juga nasi panas. Nyum-nyum.

Inilah Tuhau

Kalau pergi kebun atau "mindahu" lagi sadap makan ni sambil-sambil menikmati angin di kebun mesti tangkap leleh la hehehe. Sekian saja hari ini daa... 

p/s - tuhau tidak perlu di letak garam. Lepas campur pun tidak payah tunggu berhari-hari terus boleh makan. Belum pernah basi ini Tuhau kalau di rumah sebab anak-anak mami kuat makan tuhau hahahahah...

24 May 2013

Hinava Makanan Tradisional Sabah


Hinava yang di hidangkan dalam "siud" 
Baiklah, kali ini admin akan mengetengahkan satu masakan yang mungkin boleh dikategorikan dalam kategori Oriental Cuisine kerana Sabah merupakan salah satu negari Asia, kaedahnya yang mudah menyebabkan ianya senang disediakan oleh sesiapa saja. Tapi pastikan bukan anak-naka kecil yang lakukannya ya, nanti cedera pulak nanti sebab walaupun ianya tidak melibatkan api, tapi ianya melibatkan air panas. Selamat mencuba, dan post-postlah gambar Hinava anda tu disini ya...
 
Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )
Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

Cara-cara
  1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat
  2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
  5. Selamat mencuba masakan dari Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah )

18 May 2013

Sesuatu Tentang Dessert


Cupcake termahal di dunia bernilai 10 juta


Pengenalan Dessert

Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan utama.
Boleh diertikan sebagai makanan pencuci mulut. Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

(i) panas;

(ii) sejuk;

(iii) dingin beku.

Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan.

  • Desert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak.
  • Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap dengan hidangan-hidangan lain.
  • Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.

Jenis-jenis Dessert

Desert panas

Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja dessert tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas.
Contoh desert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buahbuahan,coklat, kekacang, krim atau sos.

Desert Dingin Beku
  • Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai.
  • Desert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas terutama selepas makan tengah hari.
  • Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.

Chocolate Souffle
Souffle
  • Sejenis desert panas mempunyai campuran lemak dan tepungnya di masak sebelum memasukkan susu, kuning telur dan diikuti putih telur yang telah dienjut sehingga kembang.
  • Souffle boleh dibakar atau dikukus dan dihidangkan dgn sos yg sesuai.
  • Variasi souffle mengikut bahan perisa dan sos;-
a. Chocolate souffle – sos coklat/ kastard
b. Lemon/ orange souffle – sos oren/ lemon
c. Coffee souffle – sos vanila

Perkara penting semasa menyediakan Souffle1. Semua bahan dan alat memasak mestilah siap sedia sebelum memulakan kerja.
2. Gris bekas souffle dengan lemak cair
3. Adunan campuran lemak, tepung dan susu hendaklah sejuk sebelum memasukkan kuning telur
4. Putih telur hendaklah dienjut sehingga betul-betul kembang sebelum memasukkannya dengan perlahan dalam adunan tersebut.

Creepe
Crepe

  • Pankek biasanya dihidangkan dengan sos atau digulung dengan inti.
  • Ia dibuat dengan bater cair yang mengandungi gandum, telur, air dan susu.
  • Mentega dimasukkan untuk menambahkan rasa dan lemak.
  • Kuali leper atau kuali kalis lekat digunakan untuk memasak crepe.
  • Variasi:
a. Crepe au citron (Pankek with Lemon)
b. Crepe ala confiture (Pancake with Jam)
c. Crepe Normande (Pancake with Apple)
d. Crepe with Orange Sauce

Ice cream Comel
Ice Cream

  • Dibuat dengan menggunakan alat/mesin khas (ice cream maker)
  • Ia boleh juga dibuat dengan menggunakan peti dingin beku (freezer)
  • Bahan utama ialah gula, krim, susu dan kuning telur.
  • Secara komersial aiskrim dibuat dengan mesin khas.
  • Prinsip:
1. Gula yang berlebihan menghalang adunan aiskrim daripada membeku dengan baik dan jika kekurangan gula, tekstur aiskrim menjadi kasar.
2. Pastikan udara diperangkap semasa proses memutar dan mengacau adunan ais krim untuk dapatkan konsistensi yang baik.
3. Peti ais hendaklah dilaraskan suhu ke tahap paling.

Fruits Tart
Fruits tart

  • Tart buah-buahan dibuat dengan pastri rapuh atau pastri manis yang dibubuh inti, dihias dengan buah-buahan dan diglis utk mengilatkannya.
  • Persediaan bahan:
1. Pastri
Pastri rapuh/ pastri manis
2. Inti - kastard atau krim
3. Buah-buahan - buahan dalam tin dan buahan segar yang lembut.
4. Glis - jus buahan/ sirap yang dicampur sedikit tepung jagung dan dimasak hingga berkilat dan pekat. Sedikit jem berwarna merah dimasak dengan sedikit.

Pavlova, Maggo Mousse dan Apple Pie



PAVLOVA (Cold) 

Pavlova
Bahan 

2 biji putih telur 

100g gula kastor 

1 tsp tepung jagung 

1 tsp esen vanila 

1 tsp cuka masakan 

100 ml krim putar 

50g strawberi 

50g kiwi 

50g mangga 

½ tsp garam 


Cara penyediaan

1. Panaskan oven ke suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.

2. Putarkan putih telur dan garam sehingga gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar laju selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi gebu berkilat.

3. Tambahkan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental. (meringue)

4. Gunakan spatula untuk mengaup meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.

5. Bakar selama 1 jam pada suhu 120 °C. Pavloava seharusnya berasa kering rapuh apabila disentuh. Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalam oven.

6. Putar whipped cream sehingga kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan buah-buahan.




MANGO MOUSSE (Cold)
Manggo Mousse
Bahan 

1 biji mangga (dicencang halus) 

½ biji lemon (diambil jus) 

1tsp gelatin 

½ cwn gula aising (diayak) 

1 tbsp gelatin 

¼ cup hot water 

300g krim putar 

Air 

Cara penyediaan
1. Kisar mangga bersama jus lemon dan aising sugar.

2. Larutkan gelatin dalam air panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan kacau sebati.

3. Masukkan whipped cream dan kacau sebati. Hidang dalam bekas yang sesuai. 





APPLE PIE (Hot)
Pelbagai jenis Pie Epal


Bahan kulit pai 

250g tepung serbaguna 

100g mentega 

75g gula aising 

1 biji telur 

Cara Penyediaan Doh

1. Gaulkan tepung, mentega, gula dan uli sehingga adunan menjadi seperti berderai.

2. Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut.


Bahan inti pai 

2 biji epal 

100g gula perang 

1tbsp gula kastor 

50g kismis 

½ inci kulit kayu manis 

½ tbsp tepung jagung 

50 ml air 

Cara penyediaan inti pai

1. Potong dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.

2. Setelah gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik bau.

3. Apabila epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air agar inti menjadi sedikit pekat.

4. Biarkan sejuk setelah inti masak.


Cara penyediaan Pai

1. Giling atau rolkan adunan doh tadi sehingga rata dan sama tebal.

2. Letakkan inti yang telah dimasak tadi ke atas doh yang telah digiling.

3. Lipat doh tersebut kepada dua bahagian dan potong bahagian doh yang berlebihan agar pai kelihatan cantik dan kemas.

4. Setelah siap, sapukan telur ke atas permukaan kulit pai. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 °C.

10 May 2013

Tentang Pastri


Beberapa jenis pastri

PENGENALAN KEPADA PASTRI RAPUH TANPA GULA (SHORT CRUST)

Pastri rapuh merupakan salah satu daripada jenis pastri yang biasanya digunakan untuk membuat pai, tart yang menggunakan filling/inti pedas atau savouri. Terdapat 2 jenis pastri rapuh iaitu pastri rapuh bergula dan pastri rapuh tanpa gula. Ia lebih dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastri. Bahan yang adalah tepung, garam, marjerin dan di gaul ramas untuk mendapat doh yang baik. Ia tidak menggunakan gula sebagai bahan utama. Blind bake adalah proses yang biasa digunakan untuk membakar doh pai untuk mengelakkan doh daripada mengelembung dan mencapai tektur terbaik. Perlu berhati-hati semasa menguli kerana marjerin mudah cair apabila terlalu lama menguli yang akan menyebabkan doh menjadi keras. Pelbagai jenis inti yang boleh digunakan untuk membuat pai dan tart daripada short crust pastry seperti quiche lorraine, pai ayam, pai daging, dan sebagainya.


MENGALAS TIN PAI DENGAN DOH
  1. Letakkan doh di atas kertas minyak aau kertas pembakar.
  2. Canaikan doh bentukkan kepada bentuk bulatan, tentukan bulatan doh melebihi dua cm daripada saiz tin dan doh mestilah setebal 2 mm. Dengan menggunakan kayu pencanai, letakkan ke atas tin pai.
  3. Tekankan doh supaya melekat pada tin dengan menggunakan kayu pencanai atau tangan.
  4. Potong pastry berlebihan dengan menggunakan pisau atau kayu pencanai.
  5. Cucuk di tengah atau di bahagian bawah pastri dengan menggunakan garpu.(Docking method)
  6. Bentukkan atau hiaskan di tepi doh dengan pelbagai kaedah iaitu crimping, fluting dan sebagainya.
  7. Untuk mengelakkan doh mengelembung, Ia hendaklah di alas dengan menggunakan ketas minyak dan diisi dengan kekacang atau beras. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 200°C atau menggunakan gas nombor 6 selama 15 minit. Keluarkan kertas minyak bersi kacang atau beras tadi dan masukkan inti (filling) dan di bakar semula selama 5-10 minit lagi sehingga kekuningan.(Blind bake method)
  8. Boleh diletakkan kulit doh di atas pai mengikut kesukaan. Canaikan pastry yang selebihnya dan di potong nipis memanjang. Aturkan di atas permukaan pai di selang-selikan seperti menganyam tikar atau jika suka ia boleh ditutup sepenuhnya dengan doh.

KAEDAH MENGADUN PASTRI RAPUH DAN PASTRI RAPUH BERGULA
Kaedah A

  1. Lemak di gaul bersama tepung sehingga menyerupai serbuk roti.
  2. Gula dihancurkan di dalam cecair yang di gunakan dan tuangkan ke dalam adunan tepung
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
Kaedah B
  1. Lemak di pukul bersama gula sehingga gebu
  2. Masukkan cecair, diikuti dengan tepung dan diuli sehingga menjadi doh.
Kaedah C
  1. Pukul lemak dan sebahagian tepung sehingga menjadi gebu.
  2. Masukkan cecair(larutkan gula ke dalam cecair) ke dalam lebihan tepung dan uli sehingga menjadi doh).
Kaedah D
  1. Gaulkan kesemua bahan sekali gus. Jika menggunakan mesin, hanya mengambil masa 20-25 saat sahaja. Jika terlebih masa yang dihadkan, doh kelihatan melekit dan susah untuk digunakan.

KESALAHAN DALAM PENYEDIAAN PASTRI RAPUH DAN PASTRI RAPUH BERGULA.
a) Pastri Keras(Hard)
  • Kadar lemak atau telur tidak mencukupi.
  • Kadar bahan pelembab tidak mencukupi.
  • Kadar bahan pelembab berlebihan.
  • Adunan digaul terlalu lama.
b) Pastri Mengecut(Shrunken)
  • Kadar lemak atau telur tidak mencukupi.
  • Kadar bahan pelembab tidak mencukupi.
  • Kadar bahan pelembab berlebihan.
  • Doh tidak direhatkan sebelum digunakan.
c) Rupa Bentuk Tidak Menarik(Poor Shape)
  • Kesalahan teknik mencanai.
  • Doh tidak direhatkan sebelum digunakan.
  • Adunan digaul telalu lama.
  • Kadar bahan pelembab berlebihan.
d) Pastri Terlalu Rapuh(Soft-crumbly)
  • Kadar sebuk penaik berlebihan.
  • Kadar lemak berlebihan.
  • Kadar gula berlebihan.
  • Adunan tidak digaul rata.
e) Pastri Agak Berminyak Dan Lembab (Soggy)
  • Kadar cecair berlebihan.
  • Suhu ketuhar terlalu sejuk.
  • Masa membakar terlalu pendek.
f) Pastri Melecur/Melepoh (Blistered)
  • Kadar air yang tidak mencukupi.
  • Adunan air yang dimasukkan tidak rata.
  • Lemak tidak digaul rata.


Pastri


PENGENALAN KEPADA PASTRI LAPIS

1. Pasri lapis adalah merupakan doh asas untuk menghasilkan Vol-au-vent, palmier, Danish, Croissant dan paf.

2. Menggunakan tepung yang bergluten tinggi, pastry marjerin dan air sejuk yang di adun sebati sehingga menjadi doh yang berlapis-lapis.Ini di sebabkan oleh udara yang diperangkapkan ke dalam pastri semasa proses melipat doh.

3. Di tambah pula dengan jus lemon yang berfungsi memberi kestabilan dan kenyal pada gluten dalam tepung bagi mengelakkan lemak atau pastry marjerin cari dan melimpah keluar. Proses pengrehatan doh juga penting bagi mendapatkan tekstur dan bentuk yang menarik.

4. Ini juga memerlukan proses pembakaran yang betul mengikut suhu dan masa yang ditetapkan. Proses pastri menjadi berlapis-lapis adalah disebabkan lapisan lemak yang teratur dan tersusun satiap lapisan doh dengan teknik yang betul semasa proses melipat.

5. Apabila dibakarkan ke dalam ketuhar, wap yang akan terhasil menjadikan pastri tersebut berlapis-lapis, naik dan berkeping.


FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENYEDIAAN PASTRI LAPIS

  1. Pastikan pastri marjerin serata dan tidak terlalu lembut apabila di canai. Lapisan pastri akan bercantum semula apabila dibakar, menyebabkan pastry kelihatan mampat.
  2. Pastri mestilah di rehatkan dahulu selama 30 minit di dalam peti sejuk untuk mengelakkan pastri anda mengecut.
  3. Gunakan pisau yang tajam apabila memotong dan membentuk pastry.
  4. Pastikan glis telur atau glis sirap tidak meleleh menutupi lapisan pastry. Ini boleh menyebabkan lapisan pastry terbantut.
  5. Lebihan pastri tidak boleh di campurkan begitu sahaja. Lebihan mestilah di atur selapis-selapis dan canai semula.
  6. Pastri lapis memerlukan suhu yang tinggi 200°F-420°F. Ketuhar yang sejuk tidak dapat menghasilkan wap yang cukup untuk memberikan kenaikan kepada lapisan pastry.
  7. Pastikan isian (filling) telah sejuk sebelum diisi di dalam pastry lapis. Jika isian masih panas, pastry akan masak di tengahnya dan apabila dibakar, bahagian tengah akan mendap dan berminyak.

Puff cream

PENGENALAN KEPADA PASTRI CHOUX

Pastri choux adalah sejenis pastri. Produk ini agak sukar sekiranya pelajar tidak berhati-hati. Antara faktor yang menyebabkan pastri choux tidak menjadi ialah;

  1. Timbangan tepung atau marjerin tidak betul.
  2. Masa memasak adunan di atas api terlalu sekejap.
  3. Masukkan telur semasa adunan masih panas.
  4. Putar telur di dalam adunan tidak rata.
  5. Kerap buka pintu ketuhar.
  6. Api ketuhar terlalu kecil.
Ketuhar tidak dipanaskan terlebih dahuluJadi, untuk mengatasi masalah ini, beberapa petua dan nasihat diberikan ialah :
  1. Timbang bahan dengan tepat.
  2. Pastikan marjerin cair, baru dicampurkan dengan air.
  3. Masak adunan lama sedikit (8-10 minit) sampai adunan berkerak sedikit di dalam periuk.
  4. Tunggu sehingga adunan suam-suam kuku barulah masukkan telur.
  5. Telur dimasukkan sedikit demi sedikit. Jadi, barulah kita boleh dapatkan adunan yang konsisten. Ingat, kalau nak senang pakai mixer kek  masa putar telur dalam adunan itu.

Pastri Lapis (Pai Ayam), Pastri Choux dan Softroll


Pastri Lapis

Pai Ayam

Bahan-bahan :

200g Tepung gandum (diayak)

150g Marjerin pastri 

50g Mentega 

125ml Air sejuk 

5g Jus limau/ krim tartar/ cuka diccampur

5g Garam 

Cara penyediaan:

1. Sukat dan timbang semua bahan.

2. Bentukkan 150g pastri marjerin kepada empat segi panjang dan nipis. Balut dengan plastic dan sejukkan di dalam peti sejuk.

3. Ayak tepung bersama-sama garam ke dalam mangkuk adunan.

4. Gaul serta ramas tepung dan 50g mentega sehingga menyerupai serbuk roti.

3. Buat lubang di tengah-tengah tepung. Masukkan cecair sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.

4. Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum digunakan.

5. Keluarkan dan canai doh menjadi bentuk bujur.

6. Letakkan marjerin pastry di atas 2/3 bahagian doh.

7. Lipat 1/3 bahagian yang tiada merjerin ke tengah. Tekan bahagian tepi pastri.

8. Canaikan doh secara memanjang. Kemudian lipat dengan teknik buku (book turn).

9. Balut doh dengan plastik. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

10. Keluarkan doh dan ulangi langkah 8 dan 9 sebanyak dua kali.

11. rehatkan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan.

Isian Ayam

150g isi ayam (dipotong dadu dan diperap dengan lada sulah) 

1 batang lik – dipotong dadu kecil 

70gm cendawan butang - dihiris 

1 tbsp mentega 

1 tbsp tepung 

50ml stok ayam 

1 tbsp pasli - dicincang 

½ tsp fresh thyme 

4 tbsp minyak masak 

1 biji telur (direbus dan dihiris nipis) 

Garam 

Lada sulah 


Cara penyediaan: 

1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam dan masak seketika selama 5 minit sehingga warna ayam keperang-perangan. Angkat isi ayam tersebut. 

2. Kemudian, di dalam kuali yang sama, masukkan pula lik dan cendawan. Masak seketika, angkat dan letakkan dalam bekas berasingan. 

3. Masukkan mentega, biarkan ia mencair. Kemudian, masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan stok dan kacau menggunakan whisk sehingga pekat. Masukkan isi ayam tadi, lik, cendawan dan tambahkan daun pasli dan thyme ke dalam kuali. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak hingga sebati dan pekat dan angkat. 

4. Sejukkan sebelum digunakan. 


Cara penyediaan Pai Ayam :

1. Sediakan satu kuantiti doh pastry lapis.

2. Panaskan ketuhar dan griskan acuan pai.

3. Canai pastry menjadi 0.5cm tebal. Bahagikan kepada dua keping.

4. Alaskan acuan pai dengan sekeping pastri. Potong bahagian tepi acuan pai.

5. Masukkan inti ayam ke dalam acuan dan letakkan hirisan telur di atas inti.

6. Basahkan bahagian tepi paid an tutup dengan sekeping pastri lagi. Tekan perlahan tepi pai untuk melekatkannya.

7. Gliskan kuning telur (egg wash) pada permukaan pai.

8. Slit bahagian tengah pai dan hiaskan dengan lebihan pastri. Bakar pada suhu 200° C sehingga

warna perang keemasan.


Pastri Choux

100 ml air 

45 gm mentega 

1 biji telur 

60 gm tepung serbaguna – diayak 

¼ tsp garam 

1 tsp gula 


Cara Penyediaan:

1. Didihkan air, masukkan mentega bersama-sama gula dan garam.

2. Alihkan perik dari api dan masukkan tepung sekali gus.

3. kemudian, letakkan semula di atas api. Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi periuk.

4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan.

5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan sambil memutar adunan sehingga sebati dan licin.

4. Dengan menggunakan nozzle dan piping bag, paipkan menjadi bentuk puff dan éclairs.


Inti Krim

250 ml susu – disuamkan 

1 biji telur 

1 biji kuning telur 

15 gm tepung kastard 

15 gm tepung jagung 

50 gm gula kastor 

¼ tsp esen vanilla 


Cara penyediaan:

1. Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanilla hingga sebati.

2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan hingga rata.

3. Masak di atas api sederhana sehingga kastard mendidih dan agak likat.

4. Sejukkan sebelum digunakan.






                                                              Soft Roll

190 gm Tepung High protein - diayak 

50 gm Tepung naik sendiri -diayak 

30 gm Majerin 

100 ml Susu 

30 gm Gula kastor 

6 gm Yis 

1 nos Telur 

3 gm Garam 


Cara penyediaan:

1. Satukan tepung dan buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, yis, gula dan susu.

2. Uli campuran tersebut hingga menjadi doh.

3. Masukkan marjerin dan teruskan menguli.

4. Akhir sekali, masukkan garam. Uli sekata. Rehatkan doh selama 30 minit-45 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.

5. Setelah direhatkan, pukul doh untuk mengeluarkan angin dan potong doh kepada 35 gm setiap satu.

6. Uli doh menjadi bentuk bulat dan bakar selama 15 minit pada suhu 180 °C.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...