10 Oct 2013

Lagenda : Mondowoi Si Gergasi Tambunan


Jika anda merupakan anak kelahiran asli Tambunan anda pasti pernah mendengar nama Mondowoi yang mana Mondowoi merupakan manusia bersaiz gergasi yang tinggal di Tambunan. Cerita ini mempunyai pelbagai versi, sehingga admin sendiri kurang pasti versi cerita manakah yang asal dan asli, admin sendiri pun kurang pasti. Tetapi cerita yang admin bakal kongsikan bersama pembaca hari ini ialah versi yang pernah admin dengar daripada orang-orang di sekeliling admin termasuk dadi admin sendiri. Selalunya sebelum kami tidur semasa kami masih kecil pasti dadi akan ceritakan kisah-kisah mitos dulu-dulu. "Tangon dongulu-gulu"(cerita) yang selalu akan berulang ialah cerita tentang mondowoi ini. 

Dari apa yang admin diceritakan dikatakan bahawa Mondowoi merupakan anak seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan "tompululangoi" hantu yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada pokok bambu dan mempunyai bulu kaki yang sangat banyak. Terdapat mitos sekiranya seseorang itu dapat mencabut bulu kaki "tompululangoi" tersebut orang itu akan menjadi kaya-raya.

Pada mulanya Mondowoi merupakan seorang manusia yang baik dan sentiasa menolong orang kampung yang berada di dalam kesusahan. Salah satu kebaikan yang pernah Mondowoi lakukan ialah ketika musim kemarau dikatakan Mondowoi telah berbaring secara melintang di sungai "Pagalan" untuk menakung air untuk menampung keperluan penduduk setempat.

Namun oleh kerana tubuh badannya yang besar dan tinggi daripada manusia biasa Mondowoi memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak, Mondowoi mulai mencuri haiwan ternakan masyarakat setempat untuk dijadikan makanan. Akibat perbuatannya itu penduduk tempatan membuat keputusan untuk membunuh Mondowoi kerana perbuatannya menyebabkan mereka tidak dapat memberikan makanan kepada ahli keluarga mereka. Dikatakan bahagian tubuh badan Mondowoi telah di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian kerana sukar untuk ditanam berikutan saiz dan kepanjangan badan beliau dan menurut mitos salah satu bahagian badan Mondowoi ditanam di Kampung Sandapak dan tanah dimana bahagian itu ditanam ditumbuhi sebatang pokok yang tinggi seperti ketinggian Mondowoi. Apa-apapun ini cumalah mitos dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pengajarannya kita tidak boleh membunuh hanya kerana perasaan marah dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya. Semoga cerita tersebut boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...