21 Apr 2013

Jenis-jenis kentang


Kentang Russet

Russet adalah jenis kentang yang digunakan secara paling meluas di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya ditanam di kawasan barat laut. Kentang jenis ini boleh didapati sepanjang tahun, lebih berkanji dan boleh dikenali daripada kulit perang bersirat dan isi putih. Disebabkan kandungan kanjinya yang tinggi, teksturnya bertepung bila dimasak, menjadikan kentang jenis ini sesuai untuk dibakar, digoreng dan dilecek. Kentang ini juga dianggap sebagai kentang serba guna yang baik.

Jenis utama termasuk: Burbank, Norkotah, Ranger, Shepody



Kentang Putih Bulat 

Kentang ini boleh didapati sepanjang tahun. Kentang putih bulat mempunyai kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis warna perang muda dengan isi putih. Teksturnya gebu dan bentuknya kekal selepas dimasak. Dianggap sebagai kentang serba guna, kentang putih bulat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan amat sesuai untuk salad dan sajian yang berkeluk, dikukus, digoreng atau dipanggang.

Jenis utama termasuk: Atlantic, Katahdin, Norwis, Reba, Superior



Kentang Putih Panjang 

Kentang putih panjang berbentuk bujur, dengan kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis berwarna perang muda. Kentang jenis ini mempunyai tekstur pejal gebu bila dimasak. Kentang putih panjang sesuai untuk direbus, dimasak dalam ketuhar gelombang mikro dan ditumis goreng. Ia juga adalah kentang serba guna.

Jenis utama termasuk: Kennebec, White Rose, Cal-White




Kentang Merah

Kentang merah kini boleh didapati secara lebih meluas hampir sepanjang tahun. Ia boleh dikenali daripada kulitnya yang secara semula jadi berwarna merah, dengan isi putih, kuning ataupun merah. Kentang merah mempunyai tekstur kental, licin dan berlilin, menjadikannya sesuai untuk dibakar, dikukus, direbus dan juga dibuat salad. Kentang merah sering dirujuk sebagai “kentang baru” tetapi secara teknikalnya, “baru” merujuk kepada apa jua kentang yang dituai sebelum matang.

Jenis utama termasuk: Chieftain, Dakota Rose, La Rouge, Norland, Red La Soda




Kentang Kuning

Kentang kuning semakin digemari di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati hampir sepanjang tahun. Kentang jenis ini mempunyai tekstur padat dan gebu, dengan warna keemasan dan kelembutan rasa mentega. Kentang kuning sesuai untuk dilecek, dipanggang, dibakar, direbus dan dikukus.

Jenis utama termasuk: Yukon Gold, German Butterball, Sierra Gold





Kentang Biru Dan Ungu 

Kentang ini berasal dari Amerika Selatan dan sudah mula popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan kentang biru dan ungu boleh didapati pada musim luruh. Kentang yang boleh dianggap luar biasa ini mempunyai rasa seperti kekacang, dengan isi aneka warna, daripada warna biru tua atau lavender hingga warna putih. Warnanya kekal bila dimasak dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi ia juga boleh dipanggang dan dikukus. Warna kulit semula jadinya juga memberikan warna biru dan ungu menarik kepada mana-mana sajian.

Jenis utama termasuk: Purple Peruvian, All Blue




Kentang Jejari

Kentang jejari adalah satu daripada sajian paling hangat di restoran Amerika. Kentang kecil ini berbentuk tiub lonjong panjang seperti jari manusia. Ia boleh didapati dalam aneka warna semula jadi yang menarik, sungguhpun kebanyakannya mempunyai isi warna kuning. Ukuran panjangnya dari 5 hingga 10 sentimeter, dengan garis pusat 2.5-5 sentimeter. Teksturnya yang kental dan melekit menjadikannya sesuai dikukus, dibakar, direbus dan dijadikan salad.

Jenis utama termasuk: Russian Blue, Red Thumb, French Russian Banana







Khasiat kentang


Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?

Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.

Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.

"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.

Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi. Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

Spicy Roasted Chicken served with Two Combination of Sauce accompanied with Mashed Potato and Chef Selected Vegetables




Spicy Roasted Chicken 

· Chicken whole leg 1 pcs 

· Olive oil 30ml 

· Paprika 10 g 

· Oregano 5 g 

· Lada benggala 2 nos 

· Thyme 5 g 

· Lada sulah dan garam secukup rasa


Cara-cara
1. Panaskan oven kepada 200 C.

2. Perapkan ayam ke dalam mangkuk dengan thyme,oregano, olive oil dan paprika selama 30minit.

3. Letakkan ayam di dalam dulang pemanggang, bakar selama 45 minit atau sehingga ia benar benar masak. 


Mushroom Black Pepper (Two combination)

· Bawang (Holland) (Cincang halus) 200 g 

· Bawang putih (cincang halus) 10 g 

· Butter 3 tbsp 

· Demi glaze 5 tbsp 

· Cendawan butang 250 g 

· Ground black pepper 50g 

· Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara -cara 
1. Panaskan butter. Kemudian sauté onion dan garlic dan masukkan bay leaf serta mushroom yang telah dihiris nipis (slice). 

2. Setelah naik bau, masukkan demiglaze dan lada hitam hancur. Kacau sehingga pekat dan perasakan


Mashed Potato

· Kentang 4 biji

· Susu 1 cawan

· Butter 40 g

· Freshly grated nutmeg 1 tsp

· Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara
1. Kupaskan kulit kentang. Rendamkan dalam air setelah dipotong dua.

2. Rebus kentang di dalam air bercampur garam sehingga empuk. Toskan.

3. Lenyekkan kentang dengan menggunakan pelenyek kentang.

4. Tambahkan butter dan susu yang telah disuamkan ke dalam kentang. Lenyek hingga sebati.

5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.





Chef Selected vegetables 

· Tomato cherry 50 g

· Broccoli 50g 

· Asparagus 50 g

· Garam dan lada sulah secukup rasa

· Mayonis 100 gm 


Cara-cara
1. Saute atau blanching sayur sehingga agak masak.

2. Perisakan dengan garam dan lada sulah jika perlu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...