3 Mar 2013

Cara Pemotongan Sayur Sayuran

Minggu ni amali memasak dah mula tapi sebelum memasak tu kenalah belajara potongan asas dulu kan, macam kata orang putih, "back to Basic". Perkara akan lebih mudah jika kita mempelajari yang asas dulu barulah mula memasak. Memandangkan pada semester ini kami akan mempelajari masakan barat, maka kami kenalah belajar memotong sayur ala barat. Rasanya tak susah sangat pun paling-paling yang susah pun nak buat tourne je. Untuk memudahkan kita semua, kesemua jenis potongan disenaraikan dalam jadual dan ada sedikit huraian berkaitan dengan setiap jenis potongan tersebut.

No.
Jenis Bahan
Cara Pemotongan Bahan

1.

Lobak merah

·         Batone
-    Potong sayur kepada 3 inci panjang.
-    Potong potongan  tadi menjadi kepingan setebal 1cm.
-     Potong kepingan itu kepada bentuk baton 1cm x 1cm.

·         Julienne ( memanjang )
-     Potongan sayur panjang 3inci, lebar 4mm x 4mm.
-      Hiris nipis menjadi kepingan nipis.
-     Bentuk seperti batang mancis.

·         Fine julienne
-  Daripada potongan julienne yang diperolehi, kita perlulah memotong sayur itu tadi dengan lebih nipis.
-    Lebar 2mm x 2mm.

·         Brunoise
-    Daripada potongan julienne yang diperolehi, kita haruslah membuat potongan kecil yang berbentuk dadu kecil.

·         Paysanne
-  Untuk menghasilkan potongan ini, biasanya kita akan memperolehinya daripada batone.
-  Kita hanya perlu menghiris batone  yang telah terhasil tadi dalam bentuk yang nipis berbentuk segi empat.

2.
Bawang besar
·         Chop onion
-   Ambil bawang yang telah siap dikupas kulitnya.
-   Kemudian belah bawang tersebut kepada 2 bahagian.
-   Daripada bawang yang telah dibelah dua itu tadi, kita perlulah memotongnya dari bahagian atas ke bawah terlebih dahulu.
-   Kemudian hiris daripada luar ke dalam untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.
-    Akhir sekali, kita potong bahagian itu tadi untuk membentuk chop onion yang diinginkan.

·         Slice onion
-   Ambil bawang yang telah siap dikupas kulitnya.
-   Kemudian belah bawang tersebut kepada 2 bahagian.
-   Daripada bawang yang telah dibelah dua itu tadi, kita perlulah memotongnya nipis-nipis untuk mendapatkan potongan yang diinginkan itu tadi.

·         Chop fine onion
-   Daripada chop onion yang kita perolehi, kita perlulah mencincangnya supaya menjadi lebih kecil.


3.
Bawang putih
·         Chop garlic
-   Ambil bawang putih yang telah siap dikupas.
-   kemudian lakukan proses yang sama yang telah dilakukan kepada bawang merah di atas.

4.
Salad @ kubis
·         Chiffonade
-   Sayur-sayuran yang berdaun seperti salad dan kobis yang dimayang halus memanjang.

5.
Bunga kubis
·         Floret
-     Potongan ini digunakan untuk sayur-sayur yang berbentuk seperti bunga.
-      Sebagai contoh bunga kubis dan brokoli.
-      Kita hanya perlu memotongnya mengikut bentuknya sahaja supaya kelihatan lebih kecil.
-   Untuk menjadikannya lebih kemas dan cantik, kita bolehlah menajamkan bahagian bawah floret itu tadi.



mula-mula kenalah kupas kulit kan

Macedoinea
Brunoise
Batonne


Julienne di Blanching

Saute

Tourne


1 comment:


  1. Your blog has given me that thing which I never expect to get from all over the websites. Nice post guys!

    regards,

    oxone

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...