3 Mar 2013

Ada Apa Dengan Pisau??


Bila kita sebut tentang pisau, ramai yang takut mendengarnya, apatah lagi, pisau dikaitkan dengan aktiviti jenayah,dimana pisau selalu digunakan untuk menyamun orang. Tapi untuk post kali ini, admin tak mau kaitkan dengan kes jenayah, nanti ada pulak yang fobia dengan pisau ni. Silap haribulan tak berani pegang pisau selamanya. Kesian suami nanti isteri tak masak kerana fobia pisau. Jika dikaji, pisau sudah  wujud dalam kehidupan manusia sejak dahulu kala lagi, malah penduduk terawal bumi iaitu manusia zaman paleolitik di Malaysia yang bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu sudah pandai menggunakan pisau sebagai alat pemotong. Cuma bezanya, pisau pada zaman tersebut diperbuat daripada serpihan batu. 

Walaupun pisau sudah lama wujud dalam kehidupan manusia, namun banyak yang tidak tahu bahawa pisau memainkan peranan yang penting dalam budaya masyarakat kuno beratur-ratus tahun yang lalu. Pada zaman kuno, pisau diletakkan dibawah katil ibu yang menunggu masa untuk bersalin kerana dipercayai dengan perbuatan sebegitu, si ibu tidak akan merasai kesakitan semasa melahirkan anaknnya. Malah pisau juga diletakkan di dalam palungan bayi kerana mereka percaya pisau mempunyai semangat yang dapat melindungi si anak daripada kejahatan. Pisau juga disertakan sekali dengan orang mati pada zaman dahulu kerana mereka percaya pisau boleh digunakan oleh roh si mati untuk melindungi dirinya di alam barzah. Manakala menurut kepercayaan lama di Greece, menyimpan pisau dibawah bantal semasa tidur boleh mengelakkan diri daripada bermimpi buruk. Dan pada awal tahun 1646, orang-orang Greece percaya jika pisau diletakkan bersebelahan dengan peranggu meja yang lain maka ianya menandakan perbuatan sihir.

Oklah mukadimahnya terlalu panjang pula, kembali ke tajuk asal, pisau ataupun "knife" dalam bahasa inggeris selalunya digunakan sebagai utensil yang wajip ada di dapur kerana tanpa pisau kita tidak boleh memulakan proses pemotongan dan sudah semestinya ianya menjadikan hari kita tidak indah di dapur kerana  mungkin terpaksa menggunakan serpihan batu seperti orang zaman paleolitik. Baiklah kita buat secara ringkas aja, memandangkan sudah panjang lebar admin mengarut.

Mula-mula harus kita ketahui beberapa jenis pisau yang ada di dapur
Dari atas : 1.serrated slicer 2. bonning knife 3. paring knife 4. dan 5. bird's beak atau tourner knife


okey kemudian kita ada chef knife dimana pisau inilah yang admin selalu guna dalam dapur, kerana ianya memang dikhaskan untuk kerja potong memotong ini. Payah wa cakap lu, ingat potong memotong ni tak punya teknik, silap besar kalau anda semua fikir macam tu , ni admin tunjuk gambar cara pegang pisau yang betul

 Nilah chef knife dengan nama-nama setiap bahagiannya.

Ni dia cara pegang yang betul

Tujuan utama memegang pisau dengan cara yang betul ialah untuk memudahkan proses pemotongan dan untuk keselamatan diri kita dan orang lain. Bukan itu saja masa memotong ubi kentang pun ada tekniknya  meh sini admin tunjukkan.
Ni dia, namanya "claws grip"

Sebagai penutup kata, kita harus sedar akan kepentingan pisau dan jika kita selidiki satu persatu tentang pisau, memang tak menang tangan nak taip. Ini sekadar pengetahuan secara umumnya. Disini admin ingin menegaskan pisau adalah kekuatan seseorang chef tanpa pisau siapalah chef tersebut, tanpa chef maka tidak wujudlah makanan yang sedap-sedap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...