31 Mar 2013

shitake canape, devilled egg, dan waldorf salad



Shitake Canape


BAHAN-BAHAN:

20gm cendawan shitake

3 keping roti putih

3 kepingan isi ayam Turki | dihiris kecil

5 biji tomato ceri | dihiris

200g Tuna (di dalam tin)

Daun salad secukupnya

Mayonis secukupnya

Cara-cara

1. Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.

2. Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.

3. Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.

4. Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.

5. Sedia untuk dimakan.



Deviled Egg

                                   
Bahan-bahan

3 biji telur

50 ml mayonaise

30g yellow mustard

Garam

50g lada/cili benggala warna merah  hijau 

50g bawang




Cara - cara

1. Rebus telur . Kalau mahukan tektur telur tersebut lebih menarik, semasa merebus telur itu bolehlah ditambahkan sedikit garam dan cuka.

2. Setelah telur tadi masak, telur tersebut dipotong kepada dua bahagian. Ambil telur kuning dan satukan dalam satu bekas.

3. Hancurkan telur kuning tersebut. Campur sekali dengan bahan-bahan lain seperti yang dinyatakan.

4. Sesuaikan rasa masakan anda




WALDORF SALAD

                                    
Bahan-bahan

50 ml Chantilly Dressing

250 gm epal merah rangup

65 gm seleri, dipotong dadu kecil

15 gm walnut, dicincang kasar

2 daun salad sebagai alas hiasan (lettuce)

10 gm walnut cincang (hiasan)


Cara Penyediaan:

1. Sediakan dressing dan simpan di dalam peti sejuk.

2. Potong epal kepada 1 cm tanpa membuang kulitnya.

3. Masukkan ke dalam dressing untuk mengelakkan lebam.

4. Masukkan seleri dan walnut. Gaul sekata.

5. Susun lettuce di atas pinggan.

6. Letakkan kira-kira 125-175 gm salad di atas nya dengan menggunakan scoop.

7. Taburkan walnut yang dicincang halus sebagai hiasan.

8. Simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...