5 May 2013

Panduan Membeli Daging Mengikut Bahagiannya

Guide to buying the best cuts

Lain bahagian, lainlah kelembutan isinya. Sebab itulah proses membeli daging boleh jadi mengelirukan. Mula-mula sekali anda perlu tahu yang daging terdiri daripada daging lembu, kambing dan biri-biri. Dikenali sebagai daging merah, ia mengandungi nutrien penting seperti zat besi, zink dan vitamin B12 yang berfungsi sebagai pembawa oksigen, meningkatkan sistem imun badan dan menghalang berlakunya anemia1.

Seeloknya, barangan segar perlu terus digunakan dan jangan disimpan lama. Elakkan juga membeli daging yang telah bertukar menjadi warna kelabu, berbau kurang enak atau berlendir. Pastikan anda membuang sehabisnya cebisan lemak yang terdapat pada daging bagi mengurangkan pengambilan lemak dalam hidangan.

Tip-tip daging:

  • Rusuk: biasanya terbahagi kepada tiga bahagian: 
  1. Tulang bahu dan belikat: Dipotong dadu untuk masakan brais. 
  2. Rusuk tengah: Sesuai untuk brais tetapi mengandungi lebih lemak berbanding tulang bahu. 
  3. Rusuk depan: Bahagian terbaik untuk dipanggang. 
  • Tulang kering: Boleh dimasak stew atau stik medallion. 
  • Dada: Terdapat di bahagian perut dan sesuai untuk direneh lama di atas dapur. 
  • Leher: Sesuai sekiranya anda memasak hidangan yang memerlukan daging cincang. 
  • Sirloin / Porterhouse/ Filet: Sesuai untuk dimasak stik. Yum! 
  • Daging Batang Pinang: Mengandungi sedikit lemak, sangat lembut dan selalu digunakan untuk memasak stik. 
  • Daging paha sebelah atas: Sesuai untuk dipanggang kerana ia lembut dan mempunyai bentuk yang membolehkannya dihiris nipis. 
  • Skirt: Otot berdekatan rusuk, daging batang pinang dan peha sebelah dalam. Ia tidak berlemak, penuh rasa tetapi agak liat jadi memerlukan masa penyediaan yang lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...